Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 21 December 2013

Cerita bas lambat

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepikan diri di laman sosial. Busy tu memey laa tapi masalah paling besar broadband aku dah jahanam. Aku tunggu masa je, cuku 2 tahun kontrak Julai tahun depan, aku terminate terus P1 tu. Ok, kita tutup cerita pasal P1, wa nak cerita sekarang gua sedang cuti study week and for the first time ever, gua berstudy week di rumah atas sebab kekeringan wang, boleh cenggitu? Haha. Harapnya dapatlah aku belajar dengan lebih tekun disamping mengajar adik yang bakal bertemu dengan SPM. Nampak niat murni di situ?

Ok, sekarang aku nak cerita pasal semalam (20 Dec 2013). Aku memang dah takde kelas hari Jumaat, cadangnya nak balik siang tapi malangnya semua tiket balik Selangor dah habis. Yang ada malam je, itupon bas tambahan. Ok aku tak kisah as long as boleh balik rumah. Akak tu siap cakap 'akak jamin adik dapat bas baru. Plat Number PKsomething. Consider as baru laa kot kalau kat Penang. So, aku gerak dari UiTM pukul 10.30 malam sebab takut akak prebet tu kena tahan dengan PB pulak kalau lambat masuk. 

Jadi, aku sampai jetty, terus pergi kaunter akak tu kata pukul 2330 baru datang balik. Aku pon pergi laa dinner dulu. Aku tak tahulah barang semua dah naik harga ke aku yang kena 'cekik' dengan peniaga ke camne. Dipendekkan cerita, aku pergi balik kat kaunter, dia tulis no plat bas. So, aku pon berdiri tercongok di situ sambil tengok jam berkali-kali. Suasana di stesen bas sangat meriah, full house, umpama nak balik raya. Ini kerana student Diploma UiTM cuti mid sem, student Degree UiTM cuti study week, budak poly aku tak tau laa cuti apa. Itu yang full house maybe. Kau tahu aku tunggu sampai pukul 1am. Whatthefff.

Kalau ikut hati, nak je aku maki akak tu. Kalaulah sumpah seranah, maki hamun tu boleh selesaikan masaalah, but one thing for sure, rasa puas bila dah maki/marah orang. Kau tak fikir pulak dosa mencarut masa tu kan? Jadinya sabar selagi boleh, walaupon dalam hati rasa tu dah meluap-luap, nak nangis pon ada sebab takut kena tipu, mao tidoq kat stesen bas aku malam tu. And luckily, i was with the rombongan makcik-makcik ke kolumpo. Ater, ada laa kawan aku. Kau tau aku sorang je malam tu. Oh aku jumpa Megat, tapi dia bas lain. Kat situ memey laa majority students UiTM tapi aku tak kenal depa personally. So, consider as strangers. But luckily, aku ni jenis yang ringan mulut jugak. Sembang-sembang siket, dapat kawan baru. Budak poly sorang, budak mekanikal UiTM sorang. 

LUGGAGE besar gabak

Semalam aku bawak balik satu luggage besar, dalam tu aku letak buku last sembalance yang aku tak jual kat junior, novel/buku agama/motivasi dan fail sijil-sijil. Mmemey berat wa cakap lu. Aku seret dari kolej pergi ke kereta akak tu, pastu sampai jetty seret siket dan aku biarkan kat tepi tu sambil aku pergi makan. Pastu aku angkat masuk kat tempat letak beg kat bas tu. Ye, memey nampak cam senang je, tapi kau tak tahu betapa berat dan susahnya aku nak angkat melepasi longkang, benteng, dan masuk dalam bas tu alone ok. I repeat ALONE. Manakah pergi gentleman semua? Fine. Dah pupus. Takpon, takde rasa peri kemanusiaan ke? Kalau aku, tengok orang tua walaupon pakcik ke makcik or sape-sape je lah, dalam kesusahan tolonglah. Hmm i dont know what to say.

Bas Tambahan

Sekali bas yang dinanti pon tiba around 1:30 am, sekali akak tu boleh kata, 'Siapa cepat dia dapat naik bas' Tak ke aku memang patut bagi WTF kat akak tu? Aku bayar kot, bukannya dapat tiket free. kejadahannya di situ. Aku kemain bersusah payah isi beg kat situ, sekali kata dah penuh. Tak ke mangkuk namanya. Akak tu kata, jangan risau bas lagi satu dah OTW lagi 10minit. Kepala lutut dia 10 minit, naik lenguh kakiku berdiri di situ konon nak cop tempat, aci cenggitu? Akhirnya, dapatlah jugak aku naik bas dan bertolak pukul 2am. Supposedly aku punya bas pukul 12 ok. 

Aku sampai pagi tadi pukul 640, ku pikirkan pakcik bas tu speed laa malam tu. Aku target sampai around 5-6am. Memey laa aku kena gembira sebab dah dapat jejak kaki di rumah as compared to those yang tak dapat balik rumah. Tapi, perasaan tu bengkek. Sampai kedai, tengok anak kucing tu dah besar, dulu masa aku balik kecik keneot je. 

Lastly, selamat berstudy week. Semoga kita semua dapat menjawab soalan final dengan mudah dan mendapat result yang cemerlang. Amiin. 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...