Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 1 December 2013

Site visit to Perak

Assalamualaikum.

Apa khabor yob dan yong sekalian? Haa nampak tak aku fasih bebenor cakap loghat Perak ni. Ater, teman baru balik dari Kuale Kangsor melawat ke kilang kicap Tamin dan labu sayong. Kicap Tamin tu terletak kat Enggor manakala labu sayong tu memang terkenal kat Kuale tapi keme pergi yang dekat Padang Rengas dan dia buat kat rumah je pon. Idokler berkilang benor pon. Oh ye, ini kali teman pergi ke Perak untuk site visit subjek International Business Management (IBM 530). Keme pergi satu bas je pon, kelas HR dan OM. Ater minggu ni bas UiTM full booked. Untunglah kome yang dapat pergi ke Family Day UiRC kat SEDIM. Padahal aku dah pernah pergi 2 kali kot SEDIM tu tapi suka hati aku laa nak pergi berapa kali pon.  

bas yang bawa kami ke sana ke mari. Bas UiTM dah habis. Banyak benor event budak2 UiTMPP ni.

muka bahagia nak tengok kicap. HAHAHA. 

ini replika sahaja tau. Jangan kau ingat memey wujud kicap sebesor ni.
Ok moh ler kita imbau kenangan ye. Imbau sangat, macam dah lama pulak memori tu terperam kat kepala ni haa. Padahal baru semalam perginya haa. Ok destinasi pertama yang dituju ialah kilang kicap Tamin. Ok, mungkin tak menarik sangat sebab i am expecting to see how they process the soysauce from A to Z. But we only can see how they did packaging, kacang soya yang ditanam dalam pasu. (kacang soya tu kena tanam ke tumbuh sendiri ek?). Pastu membeli-belah kicap, sos, perasa minuman and etc. Bergambor dan balik. 

dalam pasu ni ada kacang soya. Tapi tak boleh bukak selalu, sekarang kan musim hujan. Nanti dia basi kot ke quality dia kurang. Camtu laa.


haa nampak tu dia punya tagline. Dulu family aku memey pakai kicap ni, tapi dah lama jugaklah bertukar ke kipas udang tu haa. Aku pon tak tahu kenapa mama dah tukar. Yang pasti dua-dua pon sedap.

girls generation. Ni pakai kamera polaroid Nas. Aku tangkap direct, takde masa laa nak scan bagai.

Ini model kicap namanya. haha. Aku,Raihan,Bunga,Syida,Adda dan Dayah.

antara produk keluaran Tamin. Sekarang dah generasi ke3 ok. Keluaran Bumiputra.

Cantik kan susunan dia.

Pengalaman menaiki bot dan menyusuri Sungai Perak yang terbesar ke terpanjang? Eh, kau pergi bukak balik buku Geografi laa. 

Best scenery 1. Taman rasanya tu, tapi idakler aku ke sana. Lagipon cuaca mendung dan hujan.


Pastu, kitorang singgah laa kat Pekan Kuale alaa yang ada cam bazar tu depan ada Sungai Perak. Aku call Pak Me tanya mana tempat yang best makan kat area Kuale, Pak Me kata kalau rombongan memey dia singgah situ ler. Ater makan laa di situ dengan harga yang kena cekik. Tapi, best gila sebab dah lama tak makan tempoyak, pedas sampai tahap menangis pon layankan aje.Sebelum lunch, kitorang naik bot menyusuri Sungai Perak. Murah je, satu kepala RM6. Siap pakai jaket keselamatan lagi kau. Lepas tu, pekena Cendol pulak. Pergh, memang terangkat laa wa cakap sama lu. Eh, ni dah macam JJCM pulak. On the way nak balik ke bas, ada pakcik ni tahan suruh rasa dia punya rojak. Nama rojak dia Rojak Mengancam. And again Pergh, memang terancam rasanya. Kami yang rasa tu semua pakat beli. 




Sebelum naik tu sempat juga shopping cenderamata katanya. Disebabkan aku suka mengumpul fridge magnet, dapatlaa 2 biji aku beli. Dalam pada nak berjimat-konon tak nak keluar duit satu sen pon. Pfffttt. Eh tapi, mana boleh tu kan tanda kenangan. Cubaan untuk cover line. Tapi, yang tak syoknya jalan kali ni keluar duit sendiri untuk makan. Emm takpelah kan, kita ingat benda yang best-best je ok. 

Pastu, singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Cantik giloss. Aku tak tau kenapa kat Kuale ni bangunan dia semua cantik-cantik. And actually Perak have so many history and the building was made up during zaman penjajahan British. Kalau aku balik Ipoh pon, dan pergi bandar kedai-kedai tu semua jenis kayu. So, bawalah anak-anak anda mengenal sejarah dengan bawa anak-anak ke seluruh negeri di Malaysia dulu baru sibuk nak ke luar negara. Kat Perak ni ada Kellie's Castle, Pasir Salak, and etcetera. 


jangan cakap ini rumah hantu pehliss. Mungkin rumah tak siap. Kau boleh nampak bila menyelusuri Sg. Perak.

sebenarnya aku nak kabo, parking banyak dan luas, jadi tunaikanlah solat. 


siap ada air terjun buatan lagi kau. Tapi, jangan pulak kau pergi terjun mandi kat situ.

model air terjun.

SubhanAllah, cantik kan? Aku rasa yang kat kad raya tu gambor masjid ni gamaknya.

ni sekolah maahad tau. bangunan dia oldschool tapi cantik. Oklaa sebenarnya aku suka rumah kayu sebab dia antik kot.
Ok, next destination was Padang Rengas. Kitorang masuk kampung orang semata-mata untuk belajar buat labu sayong. Ok sebenarnya kami teruja nak belajar dan buat guna tangan yang macam kita tengok kat Majalah 3 or others documentary. Tapi laa ni orang dah maju, semua pakai mesin dan acuan, cuma yang ukir je pakai tangan. Oleh itu, marilah memborong dengan harga murah. Ada yang RM1 pon ok. Tapi yang murah ni kira macam ada crack siket laa. 
ni acauan dia. berat ok, aku ingatkan plastik je. 

tanah liat yg akan dikisar dalam tong biru belakang tu.
ini satu kebetulan, kami tak pakat pon. Tabi, takde lah jumpa deme kat sini. Masa kitorang sampai, deme baru je balik.
isi laa tanah liat yg telah siap diadun ke dalam acuan ini sebanyak 3 kali. Lapisan 1 untuk dinding luar, lapisan ke2 dan 3 untuk mampatkan dia.

makcik ni sedang membuat ukiran pada labu sayong tersebut.

labu sayong yg telah siap dibakar dan original colour.


tepak sireh versi kecik.

ni yang ada lampu. 

cantik2 dan murah2. moh ler beli weh.


ni je yang mampu diborong. beli banyak2 karang susah pulak nak bawak naik bas. Takut pecah satu hal.
Ok itu sahaja lintas langsung dari Kuale. Cett, padahal dah penat terbongkang siap pergi program T.O.T pagi tadi, baru ada chance petang ni nak update. Oh pastu, jalan jammed bak hang masa kami OTW balik Penang tu. Aku dah laa duduk belakang sekali, jenuh nak tahan rasa yang bergelora nak muntah, pening and etc. Ok, aku memey mabuk naik bas. Sebab tu standby plastik dan bam/minyak kapak. Tapi, aku belum lagi tahap muntah laa, cuma rasa loya je. Pastu, mungkin sebab lapar. Memeylah dah berhenti makan, tapi bila kerja asyik berjalan sana sini, terus jadi lapar balik. Nampak tak alasannya di situ. Apapon, aku enjoy the trip sebab ada kawan-kawan, inilah masanya nak luangkan masa bersama-sama dan masa belajar ni lah kau ada masa nak buat site visit cenggini. Kalau tak, haram kau nak jenguk kilang-kilang ni, baik meroloh.

Sila faham loghat Perak yang common sebab mama aku orang Ipoh.
Teman/Keme/Awak - Saya/Aku
Mike/Kome - Kamu
Idokler - Tidaklah
ayor - air
Ater - Dah tu
hangat pijor - panas gila
meroloh - tidur



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...