Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 23 December 2014

Cerita di Jalanan

Assalamualaikum and hello guys.

Sekarang ni cuti study week dan aku memey tengah gigih study kat rumah ni. Mohon percaya. Well, malam ni aku nak berangkat balik Penang dah dengan harapan aku pulun study. Lepas ayah hantar aku naik bas, ayah n mama gerak balik Ganu. Semoga perjalanan kami (satu hala ke Utagha, satu hala ke Pantai Timur) selamat sampai ke destinasi yang dituju.

So, cerita di Jalanan ni sebenarnya aku nak cerita pasal apa yang selalu berlaku di jalan raya ler. Kau ingat ini cerita picisan ke hah? Hahaha ini kisah dari pengalaman untuk dijadikan pengajaran. 

Last Sunday, my family and I went to PLKN Indera Pahlawan at Jengka 6, Pahang. #ThisisDarulMakmur. Disebabkan adik aku mengada-ngada acah macam tak pernah duduk asrama sampai tunjuk protes sebelum pergi dan berniat untuk lari dari kem tu. Whatthe! So, mama aku suruh angah n aku balik. Kau nampak tak betapa menggediknya budak tu. Taulah dia adik, selama ni duduk kat Shah Alam boleh kata tetiap weekend poie tengok dia kalau tak boleh balik rumah. Aku sebenarnya memey taknak balik rumah study week sebab takde kekurangan wang dan konon nak study. Dah dia mengada, terpaksa ler Along n Angah  nya balik. Oh yang pasal dia kata nak fly tu, masa naik bas dari Putrajaya tu dia tidur, tu yang dia acah nak lari. Sekali bila pergi solat Jumaat kat luar kan naik bas PLKN tu baru ler dia tau betapa dia duduk dalam hutan belantara. Cikgu dia siap cakap kalau nak lari pon nak pergi mana, rumah orang asli ada la. Hahaha. BTW, from my observation, aku rasa ok je plkn tu.Aku tak faham kenapa adik aku dan kawan-kawan dia menggelupur taknak PLKN. Hmm mohon bertabah kejap je habis. 

******Ok sorry terbebel pulak*******

Selalunya kalau balik Ganu, ayah aku memey akan rotate drive. Sekali masa pergi Jengka ni, ayah tak rotate pon sebab cerita mama aku. Aku and Angah dah cop la sape nak drive dulu. Biasalah budak baru dapat lesen kan. Tapi, aku surrender awal-awal sebab demam. Masa dinner malam sebelum gerak tu, mama cerita mak Siti (kawan mama masa kerja Canon)  dia sekeluarga pergi bercuti kat Utara. Pastu, anak dia Nana baru dapat lesen dan dia drive. Then, before sampai Behrang, ayah dia suruh tukar, biar ayah bawak. Then, dia pon tukar lah walaupon sebenarnya berat hati. Well, i told u budak baru dapat lesen memey begitu. Nak test power. Tipulah kalau kau tak pernah gitu. Then, tetiba kat Behrang brek cam tak makan dan kereta terbalik. Masya Allah, aku dengar pon dok terbayang kejadian tu. Takut weh. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang berlaku dan driver ada pengalaman. Cuba kau bayangkan kalau budak yang baru dapat lesen faced that insiden, mau tak gelabah. Pastu, mereka buat report polis dan polis syak tow truck yang tabur minyak bagi jalan licin kat lane tengah. Sebab dah banyak kes yang sama berlaku. Ya Allah, aku dah lah memey lalu laluan tu. Moga selamat semuanya. Amiin. So, sebab cerita tu ler ayah aku terus tak berani nak kasi kitorang drive. Setakat ni kami tak pernah lagi test drive kat Karak. Sheramm.

Lagi satu cerita, pasal laluan motor. Pak lang aku cakap kat kitorang (family), Jangan lalu kat laluan motor waktu malam sebab orang yang repair motor tu tabur paku@minyak, lagi satu kes penjenayah pasang perangkap. Bila motor lalu, dia serkup la kau, pastu dia rompak. Ya Allah, jahat betul. Yang ni area Shah Alam sebab paklang aku ronder (camne ntah nak eja) Shah Alam je.

Lastly, ni kejadian yang berlaku kat Karak. Pasal superbike. Aku tau motor kau besar, mahal, bayar road tax pon mahal tapi bro, bawak tu biar berhemah siket. Dah la bawak laju, pastu main lipat je. Ada ke patut dia kona baring lagi siket nak naik atas bumper keta ayah aku. Kalau terbaring kat depan tu, fuhh trauma aku. Ni ayah aku yang cakap ye 'Kau tu dah la baru je bawak superbike tu, main lipat sesedap rasa. Itu yang banyak kes mati @ accident tu.' Well, biasalah budak baru nak up, baru dapat motor kan. Bukannya aku dengki tapi cara kau bawak tu fuhh kitorang yang dalam kereta ni pulak yang seriau tau dak? Aku suka tengok orang naik superbike sebab aku rasa beliau sungguh macho. pffftt tapi bila dah gini pergh slek r brader. Dan aku suka tengok konvoi-konvoi ni dan pasang niat nak beli superike, pastu join konvoi misi kemanusiaan walaupon ditentang hebat oleh parents aku. 'Takde kerja naik motor berjam-jam, buat sakit bontot je.' Huhu, yelaa yelaa.

Konklusinya, sama-samalah kita membawa@memandu secara berhemah. Sayangi nyawa anda. Satu yang kau kena ingat jalan tu bukan kau sorang guna, semua orang pon guna. So, behave! And to you yang cari rezeki di jalan raya, tolong berperikemanusiaan siket. Kau ingat berkat ke rezeki kalau menganiaya orang? Aku pernah ada pengalaman kereta brake down kat area Gurun, sekali 3 tow truck datang kat aku. Sanggup seberang highway yang semua kereta bawak laju nak mati.


Ps 1: Doakan kami pelajar Ijazah yang akan menghadapi final exam hujung bulan ini. Doakan semua bukan hanya untuk UiTM students sahaja. SEMUAAAA. Pehe dop?


Friday, 21 November 2014

Test your Brain

Assalamualaikum

Haa kemain kali ni entry aku macam ilmiah cket. Well, actually aku suka jawab test personality dan seangkatan dengannya. Kan kalau kat sekolah dulu ada minggu apa ntah yang Unit Kaunseling buat, so, sejak itu aku fall in love with that kind of test. And, i will take online test just for fun and to know more about myself. Yea, mesti korang cakap aku noob sebab tak kenal diri sendiri. Err, its up to you.

So, here is my result. BTW, Aku amek test ni lepas baca blog sape ntah. Tak ingat. BTW thanx sis. Ni website dia, kot2 korang pon jenis macam aku suka main test camni atau saja takde kerja bolehlah main test ni. Erk main ke ahh apa-apa jelaa. KLIK SINI!!!

So, here is my result. Saja nak share and for my own reference. Aku ni pelupa, nanti kang aku buat lagi test yang sama. Hahaha.

I am left brained which is I got 72% and the other 28% is right brained. So, those who are left-brained you are more in :-

1. Rules

Aku memang jenis ikut rules. No means No. Memang orang akan cakap noob gila ikut law, ikut peraturan. Skema gila kau. Pergi mati. Suka hati akulah. Diri aku. Aku rasa bagus untuk diri aku menjadi sebegitu so that aku tak cross the border line. 
 
2. Languages

Emm aku boleh describe aku language person sebab aku suka baca novel and books. And also I love to wrote diary, novel, blog, poems and etc.
 
3. Strategy

Aku suka tulis atau list 'Things To Do' or 'Things To Buy'. and this is what I called as Strategy. Kira macam aku plan my life. Ahaks, mohon percaya. Aku suka sangat sangat merancang tapi nak buat tu nan hado. Eh, bukan aku tau cakap je, aku buat cuma tak istiqamah je. Contoh, aku tulis perbelanjaan harian aku siap ada buku khas dan tampal resit. Tapi, kejap je, pastu stop, pastu sambung balik. Hahaha. Pastu, aku ada banyak plan yang mencanak-canak dalam fikiran cuma kekangan masa dan wang. Sebab tu, aku nak kerja bagus-bagus or to be exact jadi KAYA and contribute to society especially to Malay. 
 
4. Rationality

Aku berfikir secara rational? Emm sometimes but aku rasakan most of the time by emotion. Eh, tapi aku dah amek test wether aku rational or emotional. And i got BALANCE. OMG, I cant believe it! Poyo gila nak cakap ghope itu.

5. Logic

Aku rasa aku tak based on logic, aku jenis decide on the spot. Tak fikir pon keburukannya, logic ke tidak. Aku fikir apa yang aku rancang mesti jadi, kalau tak aku akan sedih berduka cita tak keluar bilik 7 hari 7 malam. Motif??

6. Details

Weh aku rasa point aku yang kat Strategy tu sebenarnya Details. Ahh kira sekalilah tu. 


And those who are right-brained, you have the criteria of :-

1. Images
2.Chaos
3.Creativity
4. Intuition
5. Fantasy
6. Curiosity


ok actually this entry aku taip on 14th Nov 2014. 

Friday, 14 November 2014

Keluarga Diutamakan, Yang Lain Tolong Ke Tepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Well well, so long not updating my blog haa. Ini ada kesempatan internet, meh ler guna to the max. One of the reason aku suka balik rumah ialah dapat online sampai lebam kat kedai ayah. Letaklah aku kat kedai tak payah balik rumah pon takpe asalkan ada internet. Ya Allah, teruknya kau ni Syira.

Actually, aku nak cerita dan explain sebab aku balik rumah this weekend walaupon ini bukan cuti sem ataupon cuti mid sem. The reason i want to make it cleared because I dont want people tall back about me. Kau ingat diorang baca blog picisan kau ni? Oh ok baii, maaf I ingat blog I yang femes amous yang semua orang dok sebut-sebut. Hahaha.

Sebab TAK nak balik
Sepatutnya minggu ni, aku ada meeting program hujung bulan ni pada malam Rabu which is right after CTU class. Then, weekend aku ada kem RPI kat Yan,Kedah. Minggu ni macam free siket sebab class cancel on Wed and Thursday. Oh cancel sebab my lect ada conference dan dah ganti kelas. Kang ada spekulasi pulak. Pastu Jumaat memang off day to our course. Heaven gila. Dan, aku juga ingin mengambil kesempatan cuti yang ada untuk menyiapkan assignments and study. Pfftt, percaya sangat. Dan juga nak settle pasal program yang aku lantik diri sendiri sebagai Pengarah Program. Rasakan kau. So, di kesempatan yang ada ramailah budak kelas aku decide nak balik rumah. Aku masa tu 50-50 sebab agenda yang aku tulis di atas.

Sebab TERjadinya NAK balik
Hinggalah berlaku 'kejadian' pada pagi Selasa. Masa aku tengah gosok baju nak pergi kelas (ye, aku jenis gosok pagi bukan malam sebelum tu macam yang Ayah selalu suruh masa sekolah dulu), ayah call. Aku terkejut tergamam tercuak dan ter ter yang lain. Angkat call dan ayah tanya kelas pukul berapa? Aku jawab 'pukul 9, tengah gosok baju ni'. Dan ayah terus letak. Aku pon terdiam sebab terkejut. Eh, tu je? Dan perasaan dan fikiran ku mula lah memikir jauh 200km ke depan. Mama sakit ke? Mama masuk ward ke? Something happen there? Blablabla and for sure aku taknak call ayah balik on that time sebab emosi aku dah tak stabil, kang belum aku keluar soalan, air mata keluar dulu. 

So, aku call Angah yang tak reti-reti nak angkat call. Lagilah buat aku cuak. Mungkin Ayah call Angah pulak. Dan aku pon pergi berlari-lari beli makanan dan menaiki bas menuju ke Bertam. Dalam bas aku tak tidur memikirkan kejadian tadi, selalu aku tidur ok walaupon perjalanan 20 minit je. Then, sampai kelas kol 8:30am, aku tengok Angah whatsapp tanya kenapa call blabla. Aku pon ceritalah, gigih menaip sambil makan tak tahan tu. Well, dah biasa walau lembab taip pakai tangan kiri. Angah pon cakap Ayah call tanya kelas kol bape? Kami dua-beradik pon mempunyai instinct yang negatif. Angah tak boleh balik sebab ada test and PALAPES. (tak tau betul ke tak ejaannya). Sepanjang kelas hari tu memang dalam kepala dok mikir je la. 

Then, rehat tengahhari tu aku lepak library, of course for the sake of online dan nak siapkan article Staffing. Pastu, naik solat Zohor, aku jumpa kak Syida tanya bas dia kol bape and suddenly perasaan sebak tu datang dan berlakulah drama air mata sebabak. Terkejut classmates aku sampai tak jadi nak solat. Dah siap pakai telekung pon datang kat aku. Really appreciate you guys for being there with me, pujuk aku, siap bagi tisu bagai. Thanx a lot babeh! Korang mesti ingat parents aku masuk sepital or whatsoever kan dari gaya aku nangis sampai tak cukup nafas tu. Tak weh, aku memang macam tu. Emosi tak stabil semedang.

Semua suruh aku balik, ada yang suruh balik laa tu jugak.Woi, kau dah kenapa, benda tak urgent cuma aku yang tak sedap hati dan fikir banyak sangat. Yelah, aku taknaklah jadi macam kes hari tu yang semua family aku tau kecuali aku sebab ayah kata kalau ayah bagi tau aku, aku balik time tu jugak. Yeah, that's for sure.Then, aku bulatkan tekad nak balik jugak no matter what happen. Eceh, gaya macam lautan api sanggup ku redah, sape halang aku balik, aku sanggup bertumbuk dengan dia. LOL. 

Aku pon whatsapp la murobbi aku tu yang aku terpaksa tarik diri dari pergi kem which is names that will be shortlisted to go for this camp will be sent via message by that day tapi sampai ke petang aku tak dapat respon pon dan aku dengan sendirinya menarik diri sendiri. Entah-entah nama aku memey tak shortlisted pon. Huahuahua. Aku sangat teruja kot nak pergi kem ni dari awal walaupon takde kawan. Lagi satu task yang aku paling risaukan ialah nak tukar tarikh program yang mana aku  serahkan tugas kepada Wawa. Lastly, inform aku tak dapat datang meeting Rabu nanti. Thanks semua sebab memahami aku yang serabut ni.

Pastu, perasaan nak balik tu makin kuat bila aku rasa Allah dah memudahkan jalan untuk aku balik which is semua benda tu dah settle dan kelas CTU malam tu pon postpone to next week bila aku as a class rep(CR) pergi ws ustazah. Alhamdulillah dapat ustazah yang sporting boleh tolak ansur dengan students. So, dapatlah kami sekelas (most of classmates balik kecuali Sabah Sarawak dan Pantai Timur) balik malam Selasa tu jugak. Jadi, dapatlah balik kampung selama 5 hari. Ok, clear eh sebab aku balik. Bukan nak lari dari tanggungjawab ke apa.

Apa yang aku buat kat rumah?

Aku sampai Shah Alam kol 6 pagi yang mana hampir nak tertinggal sebab aku tidur tak sedar diri. Penat kot kelas Selasa pack dari pagi sampai kol 10 malam, shoot bas 12:15pm. Gila ke tidakk? Then, bila dah sampai S.17, baru call ayah, memang kena sabarkan diri sebab salah sendiri. Aku dah lah pagi2 memang datang rasa nak membuang dan aku takkan guna public toilet sebab tak suka rasa tak bersih blabla kecuali kalau TERPAKSA. Tapi, masa tu aku fikir barang nak letak mana, ada laptop kot. So, tahan je lah sampai ayah datang. Ada sejam. Big clap, Syira dah jadi penyabar siket. Pastu, pergi rumah maksu tumpang solat Suboh dan pergi breakfast. Balik rumah mandi dan mama bagi aku tidur puas-puas sebab nak kerah tenaga aku petang, malam dan pagi esok. HAHAHA. Aku tidur kejap je, kol 11:30 dah bangun dan mulalah kupas bawang seguni dan halia. Pastu, makan maggie sebab mengidam sangat2. Pastu, sambung kupas kentang seguni sambil layan drama kat tv yang macam haremmm. Pastu, lepas Asar tidur balik. 

Oh lupa nak cakap, aku bukan buat kenduri kahwin weh. Ini parents aku amek job jadi caterer bidan terjun untuk jamuan kat sekolah maksu. 300 packs makanan untuk students. Dan aku ada tambahan kerja which is maksu ask me to be an icecream girl. Aku jadi tukang delivery icecream la. So, malam tu keluar dengan maksu pergi tempah aiskrim kat Giant Kemuning. Pastu, balik tu aku pergi transfer duit program kat Tuan Izram. Takut seh pergi sorang2, mula lah fikir kalau kena rompak ni. Masha Allah minta dijauhkan. Amiin. Pastu, balik tolong tengok dan makan malam sambil reply whatsapp. Yelah, masa aku tengah drive lah whatsapp nak masuk. Then, tidur. Esoknya bangun pukul 3 pagi.

Dia punya penat tu tak tau nak describe. Alhamdulillah, we manage to send all foods before 10am at school and then rushed to Giant. And ALHAMDULILLAH Ayah berkeras nak pergi sekali sebab nak jimat minyak, takpayah guna 2 kereta. Aku cadang bawak viva oklah since my upah is RM 50(20 Minyak dan 30 upah angkat aiskrim). Sekali tengok humakaih dah lah berat pastu dia isi dalam kotak pampers yang besar gabak tu. Penuh kereta innova bapak aku and my dad pon cakap 'Haa tengok? Kalau ayah takde, camne nak bawak? mana muat kereta viva.' Ye ye semuanya betul, tapi kalau aku bawak jugak viva, aku sumbat jugak no matter what and i'll ask giant staff to help me. Clap clap.

Now, slowly clean and clear the utensils that we used and house. Tau tak rumah dah macam buat kenduri especially kat Dapurlah. Sama macam buat kenduri, kita akan penat masa kendara tu. Penat woi. Pinggan periuk semua dah sudah basuh, cuma tinggal nak mop rumah je esok. And my parents said that 'Nasib Along balik, kalau tak mama dan ayah tak cukup tangan nak buat semua kerja'. Tetiba rasa dihargai, disayangi dan di di yang lain walaupon aku cuma tolong siket je. Dapatlah upah RM 100 dan mama bayar tiket pergi je lah. Balik sendiri. hahaha.

Last activity is this Sunday macam ala-ala kemuncak programnya ialah beday party kat rumah maksu. Kepala mung beday party. Just jamuan family untuk beday atok yang dah lepas dan tahlil untuk arwah opah. Pastu, petang pergi tengok adik yang lagi seminggu nak habis SPM and you'll be free forever. Then, shoot terus balik Penang. Aku taknak balik malam sebab esok ada test and aku sedang gigih menaip blog bukannya study. Kbaiii.

Koklusi

Secara tuntasnya, aku merasakan yang aku balik ni bermakna dan berbaloi untuk self satisfaction. Haha. Walaupon tujuan asal aku balik sebab rasa tak sedap hati. Only those yang ada parents or your beloved one ada penyakit will know how that feel when you get call earlier in the morning. It should be emergency call for me la. Pastu, aku fikir mungkin ini hikmah Allah bagi kat aku (part time work) sebab niat aku balik nak tengok parents (niat baik kan?). Dan, selagi kita ada parents, keraplah balik melawat mereka dan bertanya khabar. Aku macam terpukul tau masa ayah call tu. Yelah selama ni kalau bergayut malam-malam mesti dengan mama je. Mana cakap dengan ayah, jaranglah. Aku rasa diri ini sungguh unfair sedangkan ayah selalu berkorban untuk aku. HUWAA nak nangis. Aku fikir lepas kejadian tu, mungkin ayah rindu aku. Huhu perasannnya. Yelah, masa aku call balik, mama cakap ayah call tadi sebab tengah tunggu roti canai. Ayah aku tu boleh tahan sentimental. Contoh 'kalau Along ada ni, dia suka makan roti canai banjir.' Auuu terhawuuu angat-angat. Penampor nak tak Syira?



Sekian luahan hati saya untuk kali ini. Nak tunggu aku update tunggu cuti sem la which is next year. Oh, kalau aku rajin, japgi atau esok aku nak update pasal Konser Amal:Kasih Siswa k. Stay tune... acah kau.

Saturday, 4 October 2014

Because of me


Assalamualaikum.

Ini ada satu cerita. Semoga kamu mendapat iktibar dan aku menjadi lebih kuat dan matang.

Satu hari aku dapat call dari ayah. Aku sebagai anak yang baik terus angkat call. Ehemmm

Aku : Hello, ada apa ayah?

Ayah : Along, ada berita tak baik ni. 

Like seriously, sel-sel otak aku dah mula berhubung memikirkan perkara yang tidak-tidak. If u knew what i meant. Hatiku berdebar bagai nak gila, air mata dah standby nak turun tapi aku cuba pura-pura coolio la kan. Dalam hati dah libang-lubu weh.

Along : Ada apa? Cakap je lah.

Lama ayah mendiamkan diri. Aku tanya lagi dan lagi. At last, ayah cakap takde apa. Then, ayah passed phone to mama. Mama cerita pasal kedai but i kew there is something fishy here but i just watlek wat peace. Tapi, memang lepas letak phone aku menangis dan fikir segala keberangkalian itu. 

Then, tadi dah sampai rumah baru mama cerita. Sebenarnya semua orang tau kecuali aku je. Mama dapat call dari Hospital Putrajaya, doc suruh mama pergi kimo, mama terus tak selera nak makan and menangis takde semangat nak move on. Pastu, mama pergilah appointment then discuss with the doc at Institut Kanser Negara, the doc said that my mom at stage 1 only, and should not do kimo just radiotheraphy is fine. Alhamdulillah, doa mama termakbul. 

Mama cakap dengan Angah, Adik dan semua adik beradik mama jangan post kat FB n whatsapp group pasal mama sebab my family knows that i'm not that strong enough to face all this. Mama n ayah dah boleh jangka yang kalau Ayah bagi tau aku malam tu, la tu jugak aku cari bas balik Selangor. Like seriously, aku memang jenis nekad, aku tak dengar cakap orang, i just follow what my heart want it to be. Wooo. And for sure, i'll cried like crazy. 

But then, aku tak suka bila mereka tak inform aku anything so that i'll think that everything is fine here instead of there is something bad happened. Aghhh. Boleh tak kalau nak marah diri sendiri yang lembik, serupo ponde asal ada problems menangis. Natang...Aku pernah je terfikir what if masa aku tengah exam, aku terima phone call. Ya Allah, aku baru bayangkan je, dah lemah. 

But one thing for sure i knew that Allah takkan bagi sesuatu dugaan tu pada hambaNya yang tak mampu. Aku tau aku kuat, my family are strong enough to face any kind of problems together. Insha Allah Amiin...

Dan aku dari sudut peribadi will not allowed my mom to undergo kimo. Its hurt. Doc said that my mom should go for about 5 sessions which is each session have 5 times. So, total kimo will be 35 sessions. Oh Allah! And after kimo, patiets live will be up to 5 years only. This is only doctor expectation but Allah is the one who knows when and where we will be die. Allahu akbar! 


m

Sekian dari Syira yang cuba untuk menjadi gagah perkasa zahir dan batin.

Review Novel Diagnosis



Assalamualaikum.

Well, dah lama gila kot aku tak review novel. Pergh, since when kau aktif review novel. LOL. Ok enough merepek meraban. Korang follow blog FL x? Kenal ke idok FL tu? Alaa Dr. Fatin Liyana yang comel tu. Boleh ushar blog dia at http://honeykoyuki.blogspot.com
 
Tajuk

In my opinion, this is not a novel, emm buku ilmiah laa senang cerita. The title is DIAgnosis. Hmm sepatah je? Tak menarik langsung tak macam Rindu Awak 200%. Lalala. Walau sepatah je tajuknya tapi isi dia kawkaw weh. Full of fact, dah boleh jadi doctor dah lepas baca ni. Haha gurau je. 

Penulis

Buku ni ditulis oleh 3 orang doctor yang berbeza major. The first writer is Dr. Anwar Fazal. Dia ni cousin Syamsul Yusof (I stalk his ig). Then, Dr. Aizzat with his beloved wife Dr. Azah. Sweet kan both husband and wife doctors, so that they can share the experience and understand each other. May Allah bless u docs!

Sinopsis

Err, I don’t think that I will tell ya the whole story in that book. Kau ingat aku apa? Story teller? Besides, I don’t want to be a spoiler or plagiarism. Just a short review. The story wrote by the doctors came from either their own experiences or the other doctors experiences. Like seriously, in this book you will laugh, cry, smile and etc. I don’t know why, maybe I had go through some of the experiences although I’m not a doc, but the experience to stay at hospitals, accompanied my family members there make me knew how it feels. Pergh, acah je kau kan. Aku ni suka observe orang, dah tu bosan kot dok kat sepital tu, dulu cita-cita nak jadi doctor. Dah tu kau ingat senang, baru amek science stream dah lemas, acano? 

Cerita-cerita yang ada dalam buku ni jugak make us realize that Allah is the number one that we must seek for help by DOA not ask the doc. Doc will do their job to the max, he/she for sure will try their very best to save the patients. Kau tak payah cakap pon takpe, dah memey itu kerja doc kot. 

Antara cerita yang buat aku menangis, syahdu dan best gila ialah ‘Pray’, ‘Yang Halal Itu Indah’, ‘1098’ sebab aku selalu complain GH lambat servis padahal doc penat melayan patients yg tak pernah surut dari pagi. Maafkan saya. Nak cepat pergi private dear myself!! Insha Allah tunggu aku dah kerja n berkemampuan, mama n ayah sakit hantar private. Insha Allah Amiiin… ‘Alif Ba Ta’ sebab kena shoot dengan doc Alif Ba Ta-ubat, paham ke idok? Pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. ‘Tangisan yang Dinanti’ buat aku seolah-olah berada di tempat kejadian. Well, aku kalau baca buku/novel memey selalu hayati watak dengan menjadikan diri aku sebagai that person. Itu yang meleleh air mata. Lastly, semua cerita yg ditulis oleh Dr. Aizzat tu aku rasa sangat bermakna dan boleh dijadikan iktibar. Cerita dia lah yg aku menangis. 

Where can I buy this book?

Actually mula-mula aku stalk ig SY tu, then terjumpa la ig Dr.Anwar Fazal coz I’m fall in love with his words (aku kan jenis orang yg suka baca motivation words), then jumpalah DIAGNOSIS ni. Pastu bukak ig whitecoatenterprise tu. Aku dah cari kat popular, mph and etc either by walk in and online.(some area at Penang only). Tapi, at last aku decide beli direct from whitecoatenterprise. Aku email terus detail and tanya bape RM. Oh, aku habaq terus la nah, RM 25 including postage. Ni semenanjung je la ye. Boleh email to whitecoatenterprise@gmail.com atau follow IG White Coat Ent

Siapa yang patut beli?

Aku tak kata buku ni ditulis oleh doctor kepada doctor. NO. Buku ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat so that you will understand what if you at the doc’s place. Ingat senang ke nak inform and make the family members calm and accept the truth walaupon pahit untuk ditelan. Ini kang, tetiba nak saman doctor n hospital. Oopss. Ini pulak apa yg ditulis di belakang buku ini. 

DIAgnosis tercipta untuk member inspirasi dan pengajaran BUKAN HANYA pada doctor, bakal doctor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat. 

Cadangan dan Pandangan 

Saya rasa buku ni kena tebal lagi sebab rasa sekejap gila dah habis and rasa tak puas, nak lagi lagi dan lagi. Eh eh over tau. Inilah manusia, tak pernah puas. Lastly, thanx to white coat ent atas layanan yang baik, cepat, pantas dan efisien. Good job! Korang patut beli dan baca.




Ini FL yang review novel ni and she will be a writer in Diagnosis 2 that will be come out by the end of this year. Aku ni dahlah jenis suka mengumpul. Contoh kalau aku ada satu novel dia, memang seboleh-bolehnya semua novel beliau aku wajib ada. Ahhhh can’t wait for it. So, check it out!  FL Review Diagnosis


Friday, 26 September 2014

20 Facts about Me!



Assalamualaikum and holla holli ku beri nama saudara saudari cikeboom cikeboom ali baba. Hahaha hambar… Tiba-tiba je kan?

Ok, actually aku tak tau nak update apa kat blog. Actually aku nak update tentang program yang berlambak-lambak aku joined tapi bila big M tu peluk aku ketat-ketat, memang tak dapat lah kan.
So, ni kira simple entry la untuk aku melepaskan rindu di blog ini.

1.       Nama aku Nurul ‘Asyirah bt Mubi. Nickname Syira since forever tapi bila kerja kat Idaman and masuk Penang, orang panggil aku Nurul. So, aku ada masalah kecelaruan identity bila membahasakan diri. Kejap aku jadi Syira, kejap jadi Nurul. Dalam family, tak kira kecik besar panggil aku Along. Saya bukan Ahlong, saya Cuma Along.

2.       Aku anak sulong dalam keluarga. Supposedly should be garang, tegas and etc, rite? But, I don’t know why I’ve a very soft-hearted (LOL), manja and etc. Haha, lawaknya nak mengaku diri sendiri punya perangai. Tapi, ni apa yang orang sekeliling aku cakap eventho I try my hard to be firm. Weh, aku garang sebenarnya, Tanya adik-adik aku, paling kuat menjerit, membebel dan memekak kat rumah aku lah. Hahaha 

3.       I’m very talkative person. Err sometimes maybe. Eh, nope most of the times i’ll talk and talk. Habislah laki aku nanti penat nak tadah telinga dengar bini dia berceloteh. Lalala. Aku jugak senang nak buat kawan baru. Contoh, dalam bas aku akan bersembang dengan orang sebelah aku, alah Tanya simple Q’s like ‘Awak turun mana nanti?’ ‘Kerja/belajar kat mana?’ and etc. Tapi, tengok mood aku jugak la, kot dating big M tu, memang diam sepanjang 6 jam perjalanan tu.

4.       Aku ni hot-tempered tapi aku tak suka lepaskan, bila aku marah aku senyap taknak cakap dengan orang yang cari pasal dengan aku. Aku sangat kurang sikap sabar. Lambat je aku mula nak baran tak memasal. Contoh, kalau order makanan tak sampai within 10 min, memang mengundang. 

5.       Kuat menangis. Ye, itulah aku. Baca atau tengok cerita sedih siket, terus sebak dan menangis. Sampai kawan aku gelar aku hati kapas. Huhu, nak buat camna ntah. Aku rasa kan sebab aku baca surah Thaha kot, sebenarnya aku baca tu untuk lembutkan hatiku semoga tak keras tapi tak tau lah, Allah knows better, rite? 

6.       Penyayang. Huhuk. Err, betullah, contohnya masa nak berpisah dengan kawan asasi yang kenal selama setahun je, berapa gelen air mata aku terbazir. LOL. Setiap kali hantar kawan aku sorang-sorang balik, aku menangis. Pastu kan, I don’t what kind of habit I have, sebelum tidur selalunya aku akan fikir what if this is my last day or my others kesayangan punya last day. Oh my, mulalah mengalir air mataku. Pernah banyak kali jugaklah aku pergi cium angah n adik and cakap ‘Along sayang korang sangat2’. Weh drama queen gila kau kan.

7.       Menangis yang teruk. Yeah, aku tak suka menangis sebab once I cried mata dah comfirm merah dan bengkak, tapi yang aku tak suka aku cry sampai sesak nafas. Fuhhh. Aku rasa diri aku negative gila weh. 

8.       Aku suka bagi kucing makan sebab aku tau rezeki kita akan murah tapi aku TAKUT kucing. Kat kedai aku ada kucing, aku sayang dia tapi once dia datang dekat, kaki aku pon mulalah terangkat ke atas. Nak makan pon tak senang tau. Sabarlah, lepas aku makan, aku bagi punya kau makan. Kucing aku semua stok nak menggesel je. Dan adik-beradik aku semua takut kucing.

9.       Aku suka warna BIRU. Especially biru laut. Tapi, masa sekolah dulu aku gila PINK even sampai sekarang pon. Girls always be like that. Setiap kali aku nak beli barang, tak tau kenapa warna pink jugak yang cantik di mata. Next favourite colour is PURPLE. 

10.   Most of my clothes are BLACK. It is not because of I’m lack of confidence like what the research told ya but I don’t know why I felt more comfortable, confident and easy to mix and match with whatever scarf I wear. One more thing, boleh Nampak kurus. Hahaha hambar…

11.   Aku takut a.k.a tak confident untuk menunggang motor walaupon aku ada lessen motor. Kalau dalam kampong atau tiada penumpang ada confident siket.

12.   Novel lovers. Hobi yang tak pernah padam sehingga ke hari ni walaupon cerita tu klise sampai dah boleh tahu jalan ceritanya dan aku sedar tu semua khayalan. Haha kesah pulak aku, duit aku kan? 

13.   Aku suka ingat tarikh-tarikh penting especially birthday kawan-kawan dan aku akan wish them kalau aku ingat. Jangan terkejut kalau aku cakap dalam diari/planner/calendar aku catat sape punya birthday. Kalau aku tak wish korang tu maknanya calendar aku M.I.A atau aku busy. Haha

14.   I’m an active person. Kalau tengok dari fizikal aku, memang kau takkan percaya. But, trust me I’m a business student. Eh, tetiba je. Contohnya, aku suka main badminton, NAK jogging petang2, taekwondo and etc. The problem is aku takde kawan. Huhu sedih. Dulu, every weekend atau petang kitorang adik-beradik akan main badminton.

15.   Idealist. Haha, what’s that? I don’t know the correct term. Aku ni ada banyak gila idea yang mencanak-canak dalam kepala aku Cuma aku malas tulis in black and white. Kan best kalau boleh terlintas je idea terus boleh fotostat atau scan. 

16.   Bercita-cita untuk menjadi novelis. Hahaha. Ini rentetan daripada nombor 15 eh. Aku dah tulis banyak tapi aku tak istiqamah, cepat je aku dapat idea untuk cerita lain. So, jadi cerpen je lah yang mampu kot. Tak tahulah bila nak publish kan, aku malu lah nak post kat blog walaupon aku tau that is one way to promote my so-called novel.

17.   Aku tak boleh duduk diam. Kaki ni panjang je langkahnya, orang perak panggil JONGKET. Hehe. Aku suka pergi jalan-jalan and drive. Hopefully, my future husband suka berjalan, taknak lah duduk kat rumah je. Bosannn. Dan disebabkan itu, setiap kali cuti sem aku akan kerja untuk dapatkan duit dan juga to avoid boredom by going back and forth from house to kedai ayah.
 
18.   Bercita-cita untuk take over my dad business one day dan cuba untuk melebarkan sayap. Aku sebenarnya nak bina satu big company so that I can hired all the needy persons especially Malay and Bumiputras. Racist huh? Projek homestay dengan Angah juga tak dilupakan. Haha.

19.   Kerja rumah yang paling tak suka ialah menggosok baju sebab panas (gosok baju tutup kipas sebab taknak baju terbang2) dan berdiri (aku tak reti/kekok gosok baju duduk).

20.   Aku tak reti/kekok makan bersila, I meant takde meja makan sebab emm tak taulah. Please jangan cop aku bajet anak orang kaya. Mama aku pon macam tu. Lagi satu, aku tak suka orang tengok aku makan pakai tangan sebab aku makan cara lain. Dalam adik beradik mama aku, ada 2 orang camtu dan menurun ke aku. So, kalau aku pakai sudu garfu tu untuk cover my weakness. 

Sekian saja fakta mengenai aku yang aku rasa dah macam nak buat essay je. Banyak lagi nak tulis tapi cukuplah 20 je. Aku bukannya kena tag kat IG ke hape, tapi saja suka-suki nak buat. IG pon tak aktif kecuali untuk stalk orang. Haha. Sebab aku tak suka bergambar. Itu FAKTA. I’ve low self esteem to selfie, kau pk kau cantik??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...