Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 27 January 2014

Keputusan #AJL28

Assalamualaikum.

Haa siapa tak tengok AJL semalam? Rugi tau. Acah je, taklaa bukannya kau dapat duit pon kalau tengok kan? Aku tengok just for fun. Dan bila AJL Final ni automatic aku akan teringat masa aku Asasi kemain penuh bilik TV siap ada yang hysteria malam tu.

So, aku up entry ni untuk share keputusan semalam for those yang tak sempat dengar kat radio Hot fm dan tengok siaran langsung di  Stadium Putra Bukit Jalil mahupon di kaca TV, TV3 malam tadi. Oh, aku tengok kat rumah je pon, kejadahnya aku nak pergi bersesak-sesak kat stadium tu haa. Tengok kat TV lagi jelas dan selesa, boleh baring-duduk-makan-eh macam-macamlah kau boleh buat kat rumah.

Vokal Terbaik dimenangi oleh Jaclyn Victor- Sebelah Jiwaku dengan membawa balik RM10,000 dan Trofi. Cantik je tema purple tambah pulak ada 5 orang diva yang terdiri daripada Salamiah Hasan, Dina Nazir, Adibah Noor, Atilia dan lagi sorang tak kenal dan tak ingat nama.      

Persembahan Terbaik  HAFIZ – Bahagiamu Deritaku RM10,000 dan Trofi

Tempat Ke-3, RM12,000 dan trofi dimenangi oleh Altimet dan Awi Rafael - Kalau Aku Kaya. Bagus Altimet, terus buat sujud syukur. Aku suka gila lagu ni walaupon orang nak kata lagu ni menyindir laa and blablabla. Bagi aku, lagu ni ada mesej yang baik. Mama aku pon siap tanya, ‘lagu Kalau Aku Kaya tu dah keluar belum, mama nak tidur ni.’ Aku cakap last sekali lagu dia, hmm tak dapek laa mama nak tengok, lambat benor.

Tempat ke-2 RM15,000 dan trofi Hyper Act – Hanya Aku. Lagu ni memey viral gila. Sebab drama Teduhan Kasih dan video budak yang ‘Saya Janji’ tu. Oh lagi satu pasal lagu ni, setiap kali sampai part ‘Rembulan masih ada blabla’ automatic aku tukar jadi version Klate sebab masa PDP, ada junior berlakon jadi penyanyi, dia nyanyi versi Klate. Itu yang terus lekat dalam kepala aku.

Tempat 1 RM350,000 dan trofi Hafiz – Bahagiamu Deritaku. Lagu ni memang sesuai kalau lepas break dengan bf/gf sebab memang feel seh lagu ni. Teman ni idok ler nyanyi lagu ni sebab break, ater boyfriend pon takde, nak break apakemenda? Tapi, layan je lagu ni.

Lagu paling banyak dimuat turun oleh pengguna Celcom dimenangi oleh Hafiz dengan lagunya Bahagiamu Deritaku.

Konklusinya, Hafiz jugak kaya malam tu. Hahaha. Tapi, semua lagu pon best gilak wa cakap lu. Kalau aku jadi juri, ahh pening nak pilih siapa yang terbaik. Semua lag u pon aku suka. Hehehe. Persembahan last sekali yang gabung ramai-ramai artis start from newborn artist to the OTAI or LEGEND orang panggil. Tapi, den tak pueh hati sobab si W.A.R.I.S nyanyi sokojap bonar dan den nak dio nyanyi lagu sendiri. Oh one more thing, masa Dato’ M.Daud Kilau nyanyi, pergh gila gamat stadium, sekali dengan Lan dan Fizo sekali bergelek.

p/s: amount RM yang 2nd and 1st place tu aku tak comfirm sangat sebab aku tengok sekali imbas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...