Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 17 January 2014

Maulidur Rasul 2014 dan Qasidah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. demam final exam for second sem sudah berakhir. Yang pasti kita dah usaha yang terbaik, tawakal je pada Allah. So, its quite a long sem break for about 1 and half months. To me, its a very short break as I can't work to find my own money untuk berjimba next sem. Tapi, kalau orang tanya aku cuti berapa lama, and I said 1 and half months, for sure they would say 'Wah lamanya cuti'.  Ok, mungkin bagi orang yang dah berkerja tempoh tu lama, tapi bagi students, ahh heaven gilak dapat balik rumah. Tapi, bagi aku cuti tu aku nak kerja-nak DUIT. LOL.

Ok, what I wanna tell uolls is about QASIDAH. Kome tau tak menda apa ni? Haa dulu aku pon tak tau. Marhaban tau laa. Meraban lagi tau. First time aku dengar Qasidah ni masa kat Merbok masa Majlis Lantunan Mahabbah Rasulallah S.A.W. Comel gila kot budak kecik-kecik pakai serban,jubah pastu berQasidah. Masya Allah. Start from that, aku berazam bila aku kahwin, aku nak panggil budak-budak tahfiz ni berqasidah. Lagi satu, nak hantar anak lelaki pergi tahfiz. InshaAllah. Amiin. Entrynya disini


So, 14 Jan lepas, UiTM Pulau Pinang anjurkan Malam Cinta Rasul UiTMPP Berselawat. Aku pergi sebab ada qasidah ni laa bukannya sebab nak jumpa Ustaz Syed Abdul Kadir alJoofre ye. Best kot. Sampai bergoyang-goyang kepala, pastu tangan pon nak gerak sama main gendang. Tapi hentak kat kaki dan lantai je laa pon. Kalau ada meja, sedap siket bunyinya kan. Bukan aku je, majority automatik akan jadi cenggitu. Tak percaya, kau pergi test dengar laa nak-nak secara berjemaah, terus naik 'syeikh' habaq hang. Pastu, kita kan tak biasa dengar qasidah ni, so tak berapa nak hafal laa, rentaknya tau. Oh maaf, aku je kot yang tak tau. Insha Allah lepas ni nak jadikan amalan. Bukan hanya pada Maulidur Rasul.Pastu, ada laa keluar lirik <something like that> kat skrin besar tu, haa lagilah bersemangatnya kan terutama yang Ya Hanana. 

   
Azam Maulid Nabi S.A.W
Aku nak share dengan korang apa yang aku dapat masa malam tu. Setiap kali, kita jumpa Maulid Nabi S.A.W why not kita tulis 3 sunnah Nabi dan amalkan. Tulis tu kena precise contohnya selawat 100x sehari, kalau kita tulis selawat setiap hari je, nanti mula-mula kita selawat banyak, lama-lama terus jadi sekali sehari je pulak. Pastu, bila jumpa Maulid Nabi tahun depan, tambah lagi 3. Insha Allah, kalau umur panjang selama 30 tahun, tak ke dah 90 sunnah Nabi kita dah amalkan. Just start from the small things like dahulukan yang kanan, tidur baca doa, solat tahajjud dan sebagainya. Ini bila cakap soal sunnah, kahwin 4 yang nampak, padahal Nabi ajar cara hidup yang complete start from bangun tidur until you sleep.

Apa hukum sambut Maulid Nabi dengan meriah? 
Aku pernah laa jugak jumpa kat FB dan dengar ada yang kata sambut Maulid Nabi tu haram laa bid'ah and etc. Aku terkejut laa jugak sebab selama ni kita celebrate every year kat sekolah, rumah dan sebagainya. Bukan buat apa pon, berarak dan berselawat, pastu panggil Ustaz dengar ceramah/kuliah. Itu pon haram ke, tak faham laa. Dah bagi aku, masa ni je laa kot kita nak berselawat dan makan makanan rohani. <Ok sebetulnya kita kena sentiasa berselawat,zikir,cari ilmu akhirat bukan masa ni sahaja.> Aku tak tau kot kau memey orang yang rajin pergi dengar kuliah agama kat masjid setiap hari kan. Aku ni pemalas, sebab tu ada program cenggini aku pergi. Bukan bajet alim ke apa tapi sebab aku tau diri aku camne.

Oh yang tadi tu jawapan based on my opinion yang tiada ilmu. On that day, moderator tanya Ustaz Kadir, pasal hukum ni. Beliau kata tak salah as long as tiada unsur-unsur haram dalam majlis itu seperti bercampur lelaki perempuan, kau buat parti bogel ke dalam majlis tu baru laa jatuh haram. Pastu, boleh jatuh hukum WAJIB menganjurkan Maulid Nabi sebab mengingatkan kita yang kita bukan cuti suka-suka tapi ada sejarah yang berlaku on that day. Yelah, kita ni birthday kawan boleh ingat, birthday Nabi haram nak ingatnya. 

Pastu, paling best bila Ustaz Hanif Haron cakap orang muda sekarang dah banyak beralih ke arah Islam. Tak main laa celebrate new year tengok bunga api je takpon celeb kat disco. Orang mudo zaman le ning, celeb kat tempat yang ada panggil ustaz-ustaz. Sedangkan pengarah KL Gangster pon sambut New Year dengan ceramah agama kat Penang hari tu dengan UAI sekali, apatah lagi kita yang tak berapa nak gangster ni.Fuhh terbakor beb.

Sebenarnya ada lagi input yang aku dapat malam tu, tapi buku yang aku tulis dah simpan dalam stor Kolej Delima. Ini je laa yang aku ingat. Apapon terima kasih kepada Rakan Pusat Islam UiTM Pulau Pinang kerana menganjurkan Malam Cinta Rasul ni. Terus aku terimbau kenangan di Merbok. So, lepas ni kalau ada majlis Ilmu moh ler kita pergi ramai-ramai. Wallahua'lam. Lastly, tak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada kalian yang beragama Islam. Hidupkan sunnah Nabi.

Oh nak minta tolong kat hangpa, tolong doakan tok akan sembuh dari sakitnya. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...