Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 24 January 2014

Nama Anak

Assalamualaikum.

Nama pon boleh jadi trend kan. Dulu orang letak nama satu patah je, laa ni ada je yang dah sampai 5-6 patah perkataan nama anak saja, belum campur nama ayah lagi. Kekadang tu sampai tak muat kotak nak tulis nama kat borang.

Ceritanya begini, dalam family besar aku maknanya belah mama dan ayah laa, ramai cikgu. Pastu, regular customer kedai ayah cikgu. Tak kira laa cikgu tabika, sekolah rendah mahupon sekolah menengah. Tadi, aku type list name student cikgu ni. Pergh, sekali nak terjojol mata aku nengok nama budak-budak tu. kemain laa meletop, bapak sedap dan panjang nama mereka. Itu yang tetiba aku nak up entry ni.Bukan aku nak dengki nama deme sedap bebenor tapi ada pros and cons nya. Kau sebagai mak bapak pandai-pandai laa yo. Dah nama pon anak ekau, bukannya anak den.

Nama panjang menyusahkan orang

Kepada mak bapak, tolong laa beragak siket nak letak nama anak tu. Kemain panjang berjela, kekadang nama anak 4 patah perkataan(pp) ayah pulak 3 pp. Pergh, total semua 7pp untuk nama anak kau je. Tahu tak susah nak taip sampai tak muat column. Lagi satu, penat cikgu nak taip/tulis nama anak awak tu. Kesian cikgu, dah laa kerja banyak, balik petang sambung kerja kat rumah, mana nak masak, jaga suami dan anak-anak, macam-macam laa lagi kerja cikgu ni. Gaya macam aku pulak yang kerja cikgu kan. Selain dari menyusahkan diri mak bapak nak tulis nama kat buku anak-anak, ahh senang cerita menyusahkan semua orang laa nak baca,sebut,hafal nama anak kau. Pastu, lagi satu yang aku tak berapa berkenan, nama nak banyak huruf berganda. Contoh Faerriis Yuesrie. Haha nama adik aku, aku adjust jadi contoh. Tak ke menyusahkan orang nak tulis nama anak kau. Eja betul-betul tak boleh ke? Ke mung nok bajet omputih ke apa, aku tak faham betei.

Nama copy paste

Pastu, kekadang aku tergelak jugak baca nama budak-budak ni. Nampak nau pengaruh novel, artis mahupon drama. Contoh disebabkan Ashraf Muslim tu handsome, so jenuh laa sedara-mara suruh letak nama baby Ashraf Muslim. Tapi,nasib baik ayah dia taknak.nak letak Muhammad Ashraf je. Kalau tak dah glamour kau Asyraf oii. Ini yang berlaku dalam family aku laa. Pastu, aku ni kan boleh laa dikira sebagai pembaca tegar novel Melayu. So, aku tau laa tu nama watak dalam novel. Sebab aku ni jenis kalau nak pilih novel, aku ushar nama hero dan heroin dulu. Kalau sedap plus cover cantik, sinopsis pon ok, terus ler beli. Sekali dah baca, bosan terus simpan dalam almari. Huwaa burn duit aku camtu je.

Pastu, kekadang nama tu jadi trend pada tahun tersebut. Contoh, mama aku cakap masa tahun aku lahir, kawan-kawan mama aku asal anak dia lelaki, majority nama Syafiq dan Afiq. Pastu, nanti dalam kelas kekadang sampai 3-4 orang nama yang sama. Dah kena panggil dengan nama bapak sekali ataupon gelar dia. Contoh Syafiq Panjang, Afiq Gemok dan macam-macam lagi. 

Nama yang membawa maksud yang baik

Lastly, just an advice. Tak guna nama sedap kalau takde maksud atau maksud tak elok.Nama kita kan main peranan penting sebab apa yang keluar dari mulut kita kan DOA, pastu nanti Allah akan panggil nama penuh kita untuk ambik buku rekod/catatan amalan kita di dunia ini. I'm just shared with uolls what my ustaz told me during my school years. Haa yang ni aku sensitif siket. Nanti adalaa yang cakap nama aku membawa maksud tak baik. Beb, nama gua ada (') before A. Aku dah refer ustazsss(means aku rujuk banyak orang alim), mereka kata nama aku takde masalah pon. Aku ada up entry pasal nama aku. Nama aku yang bervariasi Kalau ada yang tanya 'Kenapa nama kau ada (') maksudnya nama aku dalam jawi ain bukan alif. Itu yang membezakan maksud namaku. Pastu, aku tengok Ustaz Syarhan ada share 'Nama-nama yang sering diganggu oleh Jin'. Nama yang sering diganggu oleh Jin 

Maybe before you pick a name for your baby, you should refer to ustaz/ustazah/orang alim tentang nama yang kau nak letak kat anak kau tu.Pastu kan kadang-kadang nama tu tak sesuai dengan badan kita, mungkin kita asyik menangis je ataupon selalu sakit. Macam mama aku nama Fazidah, pastu masa kecik asyik nangis je panggil Naziha tapi dalam IC nama Fazidah jugak laa.Aku bagi contoh, aku suka nama anak-anak ayah Chik dan Mak Chik aku. Nama mereka ialah Siti Aishah, Imran al-Hakim, Yazid al-Irfan dan Siti Damiah. Kau ingat senang ke di abad millenia ni, nak ada nama seperti isteri-isteri, anak-anak, cucu-cicit, para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Oh one more anak Siti Sarah dan Shuib Sepahtu tu, Uwais Alqarni. Aku baca kat paper ke kat blog gosip kot, dia amek nama tu lepas join Semanis Kurma, Ustazah Siti Norbayah dan suami dia bagi suggestion. Sedap kan nama tu plus semoga sempena dengan nama itu dia dapat jadi seorang yang berjasa kepada agama,keluarga,bangsa dan negara.

Akhir kata, pandai-pandailah nak hidup. Dah nama pon kome nak jadi mak bapak, ater carilah dan galilah ilmu sebanyak yang mungkin kalau tahu diri kita ni cetek ilmu agama mahupon ilmu mendidik anak-anak. Jangan tau beranak je, jaga tak ndak. Pastu, just my opinion. Kalau kita dah beragama Islam, tak payah laa nak letak nama omputih macam kau letak nama CR football player tu ke, Kate Middleton ke and blablabla.Kang orang tak boleh beza pulak anak kau Islam ke tak, nak-nak pulak kalau imej dia tak menggambarkan Islam langsung.Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...