Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 29 January 2014

P14G ku dalam kenangan

Assalamualaikum.

Hai what's up guys? Hari ni aku nak story-mory pasal P1 4G. Aku pasti korang pernah dengar yang mengatakan P1 tu penipu. Come on siap masuk paper lagi kot apatah lagi kat facebook tu siap ada group 
P1 Wimax Sucks lagi tau. Adik aku pernah cakap kat aku yang P1 ni menipu. Tapi, aku malas cara sebab aku rasa P1 is the best internet provider (at that time laa). 

Rembat kat google. credit to that blogger.
Ok cerita bermula masa aku asasi kat Merbok dan sewaktu aku berjimba di Central Square (CS), Sg. Petani. Masa tu aku second sem, memang aku nak pakai broadband sangat-sangat, nampak nau desperate sebab line wifi yang kolej provide tu nak kena share dengan 1 kolej. Pastu, aku sewa wifi yg kat situ, sama jugak laa cam haram linenya. Lagipon, aku fikir kalau guna broadband boleh bawa ke mana-mana sahaja, tak gitu?
Then, aku pon subscribe P1, bermula bulan Jun 2012. Aku amek yang To Go RM 69 per month. Hmm speed dia laju gila tu yang aku marathon drama online tak henti-henti tu dan most of my friends kagum dengan speed P1 dan aku pon promote ler. Oh yea, dalam pada itu (woah ayat aku) ada jugak berlaku gangguan (bukan mistik ok) line, menyirap darah gua. Hoi gua bayar tetiap bulan kot, apa cer tak dapat connect ni. Sampai aku kena turun bawah untuk connect Internet sebab masa tu aku tinggal kat tingkat 3, Kolej Masria takpon kalau nak online aku pergi dekat tingkap dan jugak aku kena menumpang kat bilik kawan aku, baru dapat line. Woi, apakah sadis sangat ceritanya pon. Tapi, masa tu aku masih sayangkan P1 dan aku tak mao kena bayar RM 200 kalau terminate sebelum contract habis. Satgi jadi Breach of contract pulak kan. Oh one more thing, i thought my contract is for 2 years, that's why i just keep calm and paid the monthly charge although i can't use the broadband.

Itulah, lain kali baca dulu terma dan syarat before sign any form/agreements. Kang jadi macam aku yang malas nak baca, just depends on what salesman said at that time. Haa, ini makan dia. Kalau tak, takdelaa kau menanggung beban kan? Oh pastu, broadband aku tu langsung tak boleh connect bila aku balik kampung kat Terengganu, kat Ipoh ok je. 

Yang paling membara bila aku belajar kat UiTM Penang, pergh memang membara perasaan rasa nak je aku pergi kiosk/HQ nak maki dia, boleh? Selama 3 bulan tu aku tak boleh connect, bayar saja-saja wa cakap lu. Oh dulu aku ingat, kalau kita tak bayar monthly payment, there wll be disturbance to my broadband speed. So, aku pon on time or before pergi bayar. Nampak gigihnya di situ. Lastly, aku give up, aku biar je berbulan-bulan. Pastu, bila aku pindah ke Kolej Delima, ok pulak line. Haish pelik betei. Padahal masa duduk kat Kolej Intan aku stay tingkat 1, kat Delima ni tingkat 6. Teori aku :- 'Semakin tinggi kita tinggal, semakin laju speed P1' tu boleh? So, sem 2 aku stay tingkat 7 dengan harapan line aku laju gila. Tapi hampeh dan aku memey nekad nak terminate acc cuti sem ni.

Dan alhamdulillah, pagi tadi aku pergi settle kat HQ P1 di PJ. Dan alhamdulillah tak ramai orang yang menunggu, semuanya settle around 20 min only. Aku kemain suruh ayah aku tinggalkan aku kat situ, dan pergi KL amek barang. Bajet ramai gilak orang nak gaduh terminate, eh tapi masa aku kat HQ tu memey semua yang datang tu nak terminate acc. Ada je yang marah-marah. Tapi aku wat lek wat peace je. Dan oh yeah, lupa nak kabo aku dapat rebate tau. Supposedly i have to pay RM 117.15 tapi tadi kena bayar RM 52 only. 

Komen aku tentang P1 penipu,<like the other users said.>

Well actually aku tak tau nak cakap camne. Tapi, based on my experience using P1, you know rite? And like seriously, if u wanna know what step to do or any enquiries, do ask them at P1 Careline P1 punya website dan ini pula group yang dibuat oleh mereka yang rasa tertipu, aku jumpa pon masa aku stalk kawan lama aku. Heheh. P1 Wimax Sucks - sila klik link yang aku letak kat atas tu. So, aku nak tau provider mana yang bagus aku nak untuk broadband dan boleh guna kat phone, pastu if possible aku tak mao tukar nombor. Sayang meh. Ok itu saja luahan hati. Be rational, tak guna maki-maki, buat penat je. Hehehe, padahal ...

p/s: Gua nak balik Terengganu CNY ni, so Happy Chinese New Year and Have a Safe Journey guys.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...