Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 20 February 2014

JJSM : Ikan Bakar Sri Tanjung

Assalamualaikum.

Mesti korang tertanya-tanya JJSM tu menatang apa kan? Haa ni aku acah-acah nak promote kat korang kedai makan yang best kat korang. Family aku kan selalu travel jauh-jauh, dari Utara ke Pantai Timur. Hehe. So, sepanjang perjalanan tu for sure kitorang akan berhenti untuk makan. Ater, lapor kot, mana boleh tahan. Oh back to JJSM tu. It stands for Jalan-Jalan Sambil Makan dah tu takkan aku nak amek JJCM pulak kan. 

So, entry pertama ni aku dedicate kepada Ikan Bakar Sri Tanjong yang terletak di Bentong sebab ni kedai yang the latest aku check in. Ngehngehngeh. Actually, first time makan masa mama aku admitted dekat Hospital Bentong masa OTW back from send Qila to her Matrik Jengka. First time makan dengan ayah, adik dan aku laa. Sedap sangat. Apa yang specialnya ialah kuah atau sambal dia yang marvellous tu dan  dicurah atas ikan bakar tu. Pergh sedap hingga meleleh ayaq liur. Ditambah pulak dengan air asam. Pergh, pasti terangkat wa cakap lu.

Dan disebabkan kitorang bercerita kat mama betapa punya sedap ikan bakar kat situ, masa OTW balik Terengganu sanggup, singgah Bentong dulu semata-mata nak makan ikan bakar kat sini. Padahal nak balik Ganu tak lalu situ pon lainlah kalau korang nak balik ke Kelantan, Raub dan Lipis tu. 

Kali ketiga which is Isnin lepas, kitorang OTW back from Klate, mama ajak singgah. Fuhh, umpama orang mengantuk disorongkan bantal dan umpama orang kebulur disuakan nasi. Haa, betapa aku rasa nak menjerit dan melompat tinggi-tinggi bila mama macam faham-faham je apa yang aku mengidam. Ya Allah, kalau lah perjalanan cuma 5 minit, sekarang jugak aku pergi sana. Heh. 

Oh yeah, selain dari Ikan Bakar yang menjadi tarikan kat kedai ni, macam-macam ada. Macam mama aku, dia tak makan ikan. So, mama order sotong masak paprik. Ok laa not bad. Tapi, dah nama kedai pon Ikan Bakar Sri Tanjung, for sure dia memey pro bab ikan bakar. Dan tugas korang semua pi try ikan bakar dia. Kalau datang lambat, memang tak banyak pilihan laa. Semalam tu pon pukul 11 malam baru sampai situ, nasib ada lagi sekor ikan siakap dan ikan-ikan yang lain. 

Kedai ni terletak di tepi jalan selepas dari Tong Fatt yang besar gabak tu kalau korang mai dari arah hospital tu. Selain dari itu, sepanjang aku pergi kedai ni, tak pernahnya kosong, sentiasa full house pastu selalunya customer dia datang sekali 2-3 family, cantum meja. Nasib family aku jauh-jauh, kalau tak dah lama call depa ajak open table. Pastu, aku rasa advantage kedai ni sebab situ memey laluan orang nak balik Kelantan. Kenapa kalau nak balik Ganu tak lalu sini? Kalau tak, every time OTW balik ganu, mesti punya kitorang singgah. Ini dah jadi satu kerja pulak nak masuk dalam Bentong, lepas tu nak keluar balik. Haish.

Jadi, apa tunggu lagi, pergilah cuba. Haa ini blog dia Ikan Bakar Sri Tanjung, Bentong

Oh sorry laa sebab takde gambar sebab aku pergi makan waktu malam, so gelap kot. Jadahnya aku nak bergambor malam-malam buta, kang masuk entiti dalam gambor den, terus tak tido jawabnya. Cett, padahal nak cover line, dapat makanan terus makan laju-laju sebab memey standard laa keluarga aku makan laju jalan laju. Heheh.

Tuesday, 18 February 2014

Beza Lampu Tinggi dan Rendah

Assalamualaikum.

Hai hai, penat masih terasa, sengal-sengal badan kami. Ini semua salah HUSM, jenuh kot nak jalan, jauh gilak tambah pulak jalan hala ke Klate nuh kemain berlingkor. Tok aku akan stay kat sana for at least 4 months. So, after this, memey kitorang akan ulang-alik balik Kelantan jah. No more Ganu babeh for a mean time. Oh I miss Ganu. 

Ok, sekarang gua nak cerita pasal beza antara lampu tinggi (read:highbeam) dengan lampu rendah or biasa yang kita bukak waktu malam atau hujan lebat tu kan. Ok, based on my experience travel to North and East, i found this kind of bangang attitude of drivers in Malaysia. 

Ceritanya begini, bila takde kereta kat lorong sebelah ataupon jalan terlampau gelap, kan kena pakai highbeam then bila ada kereta dari arah bertentangan, of course laa ayah aku and other drivers akan tukar jadi lampu rendah kan. Masalahnya ramai yang vangang ingat kita bagi highbeamkat dia. Siap ajak bergaduh, kat tepi jalan. Gila samdol betei. Pastu, bila selalu jadi cenggini, ayah aku akan 'ajar' depa dengan bagi dua-dua lampu, biaq depa tau beza. Tapi, dia tak faham jugak, bagi balik kat kita lampu tinggi. Hoi, silau laa. 

Itulah ceritanya. Dan di sini aku nak tegakkan keadilan, nak bagi explanation siket dan senang cerita, kalau lu rasa lampu tinggi, lu pergi tanya kat Perodua dan Toyoto pasaipa lampu depa tinggi padahal kami tak kasi lampu tinggi pon. Oh aku bagi contoh dua tu je laa pasai ayah aku pakai kereta keluaran depa. And BTW one thing for sure, sebelum kereta tu dijual, comfirm dia hantar kereta tu pergi PUSPAKOM or check for Quality Check (QC). Dan kalau kereta tu dah dijual maknanya kereta tu lepas QC laa dan kami tak salah apa pon. Faham?

Pastu, ni aku bagi tau tulus ikhlas laa ni. Aku sendiri pon pelik jugak kenapa lampu kereta tu tinggi sangat and sungguh menyilaukan mataku dan pemandu yang lain. Masalahnya bukan kereta ayah aku sorang je, orang lain pon sama, tapi macam aku dah kata tadi laa, we have no point to argue sebab dah lepas QC.

Then, aku ingat bila kereta MPV atau tinggi macam lori je yang lampunya dispesifikasikan sebagai lampu tinggi walaupon sebenarnya tak. Pastu bila ayah aku beli Viva, perkara yang sama jugak berlaku. Ayah aku bukan jenis berabis duit untuk modify kereta. Ini fakta. Ayah aku beli kereta original, viva tu dah dekat 4 tahun, haram ayah aku nak cat bumper. Gasakkan janji boleh bawak. Jadi, dont you dare to say that ayah aku adjust lampu tu bagi tinggi. Kepala lutut dia!
gambar credit to that blog. baca entry beliau di punca silau malam

Haa ni aku google tips nak rendahkan lampu. Ubah sendiri ketinggian cahaya lampu depan

Dan kalau kome tau camne nak adjust lampu tu jangan terlampau tinggi ke hape, mohon comment di bawah. Dan sila faham, sila bertimbang rasa yang kami ni bukan suka-suki nak bagi lampu tinggi, dah memang itu lampu rendah kereta keluaran syarikat terbabit. And i am also curious whether this incident happen to the other drivers? Haa pastu, yang lampu kemain berkaler-kaler tu, memey nak cari peluang orang nak maki kau. Kalau jumpa kereta pasang lampu kaler-kaler takpon stiker overdose memey kena cop kaf lam ya nga dengan family aku. Sekali tengok ore kito. Hahaha. Peace yau.

Friday, 14 February 2014

Soalan bocor

Assalamualaikum. Haa hampa dok ingat aku bagi soalan bocor apa? Aku tau ramai dok google soalan bocor SPM sebab aku dulu-dulu pon cenggitu jugak. Memey ada kan, nak kerja senang je. Daripada waste time google sana sini, baik pi amek buku, baca dan buat latihan. So, ini soalan bocor dari Kubur. Alaa masa sekolah, ceramah / kuliah agama kan ada ustaz/ustazah cerita pasal alam barzakh. Tapi, kita kan manusia yang selalu lupa. So, let me share with uolls apa yang aku dapat melalui facebook. 


Tanya : Man Rabbuka? Siapa Tuhanmu?
Jawab : Allahu Rabbi. Allah Tuhanku.

Tanya : Man Nabiyyuka? Siapa Nabimu?

Jawab : Muhammadun Nabiyyi. Muhammad Nabiku

Tanya : Ma Dinuka? Apa agamamu?
Jawab : Al-Islamu dini. Islam agamaku

Tanya : Man Imamuka? Siapa imammu?
Jawab : Al-Qur'an Imami. Al-Qur'an Imamku

Tanya : Aina Qiblatuka? Di mana kiblatmu?
Jawab : Al-Ka'batu Qiblati. Ka'bah Qiblatku

Tanya : Man Ikhwanuka? Siapa saudaramu?
Jawab : Al-Muslimun Wal-Muslimat Ikhwani. Muslimin dan Muslimah saudaraku..

Jawapannya sangat sederhana bukan?
Tapi apakah sesederhana itukah kelak kita akan menjawabnya?

Saat tubuh terbaring sendiri di perut bumi.
Saat kegelapan menghentak ketakutan.

Saat tubuh menggigil gemetaran.
Saat tiada lagi yang mampu jadi penolong.

Ya, tak akan pernah ada seorangpun yang mampu menolong kita.
Selain amal kebaikan yang telah kita perbuat selama hidup di dunia.

Astaghfirullahal 'Adzim..
Ampunilah kami Ya Allah..

Kami hanyalah hamba-Mu yang berlumur dosa dan maksiat..
Sangat hina diri kami ini di hadapan-Mu..

Tidak pantas rasanya kami meminta dan selalu meminta maghfirah-Mu..
Sementara kami selalu melanggar larangan-Mu..

Ya Allah...
Izinkan kami untuk senantiasa bersimpuh memohon maghfirah dan rahmat-Mu..

Tunjukkanlah kami jalan terang menuju cahaya-Mu..
Tunjukkanlah kami pada jalan yang lurus.
Agar kami tidak sesat dan disesatkan...


Memey laa soalan-soalan yang bakal dijawab tu dah bocor, tapi ini bukan tiket untuk kita pass jawab dengan sempuna di alam barzakh nanti. Sebab at that time, bukan kita yang jawab, tapi segala anggota kita yang akan jawab. Anggota badan kita yang akan menjadi saksi kepada apa yang kita buat di atas dunia ini. Pastu kan, aku suka dengar orang baca Talkin, masa tu kita akan rasa insaf dan rasa dekatnya dengan kematian. Tapi, jaranglah aku dapat dengar live dari tanah perkuburan tu kan.

Nota CH : Ni auto publish. 14 Feb, gua nak menyepikan diri and FYI today is my brother birthday. Happy Birthday adik. Sweet seventeen. <laa sangat>.

Thursday, 13 February 2014

Beza Denda Budak Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum.

Hai kemain rajin aku update tetiap hari. Time takde idea ke line cam haram ke memey aku tak update laa jawabnya. Haa nampak tak tajuk aku tu. Actually aku update ni sebab kat TL Facebook aku banyak orang komen pasal 'Budak sekarang ni manja, cikgu tak boleh sentuh siket pon (read:denda).

Aku tak tau laa nak cakap camne, tapi i am telling you to those parents yang konon nak protect anak dia sangat tu kan. Kau nak anak kau jadi manusia ke tak? Dah kau hantar anak ke sekolah, biarlah cikgu didik dia jadi manusia, kalau kau sayang sangat anak tu, jangan hantar anak pergi sekolah, kau sendiri didik dia kat rumah. Senang kan? Kat sekolah, cikgu-cikgu tu semua umpama ibu dan ayah, depa tu ganti kome sebagai mak ayah bila kat sekolah.


And for sure, kalau anak kau bukan jenis kurang ajar, tak melawan cakap cikgu, siapkan kerja sekolah dan baik, takkan cikgu suka-suka nak belasah denda atau rotan anak kau. Cikgu buat bersebab. And i hate such thing yang parents mengada nak backing anak dia. Whatthe! Ye, aku tau zaman dah maju, konon tak relevan laa cara denda tu kan. Hey, kau kena tau satu life fact. Dengan rotan/denda and etc tu laa kita ni jadi manusia tau tak. 

Meh kita mengimbau kenangan masa sekolah dulu. Oh how I miss that time. Dulu aku ni takde laa baik mana dan jugak takde laa jahat mana. Biasa laa kena denda tu. Best kot kena denda secara berjemaah. Itulah sayang kenangan namanya.

1. Kutip sampah,kena rotan dan cuci tingkap/tandas
Haa ni memey biasa sangat sebab selalu datang lambat. Ini masa sekolah pagi sebab ayah yang hantar pergi sekolah, balik baru naik van. Dengan alasan anak manja, mana boleh bangun awal. Eh tapi, kalau naik van gila punya awal dia amek kau. Yelah rumah aku jauh kot dari sekolah, jalan jammed pulak tu. Dah biasa sangat nama masuk buku kat pak guard tu. Muka aku pon dah kebal je, muka redha katanya. Masa sekolah menengah ok laa siket sebab pengawas kan. Disiplin kena jaga tapi ada jugak terbabas lambatnya.

2. Rotan atau sebatan atau pembaris
Aku ingat lagi masa form 2, Cikgu Fazly ajar Sejarah. Bila masuk kelas je, lepas ucap salam semua tak boleh duduk selagi cikgu tak check nota yang dia suruh buat. Masalah aku malas nak buat nota tu, banyak kot. So, redho je kena rotan. Rotan dia tebal pulak tu bukan yang nipis tu. Kalau perempuan kat tapak tangan, lelaki kat pungkoq. Satu tips untuk elak sakit kau jangan acah-acah tangan tu, bukak betul-betul, angkat atas siket pastu entah dah lama tak kena rotan tak ingat laa. Kalau budak lelaki tu, selalu letak wallet kat poket belakang, tapi cikgu tau taktik ni. Pastu, kalau kena pembaris kayu panjang tu, fuhh sedap gila laa.

3. Penampar jepun
Haa yang ni sumpah aku rasa macam budak jahat. Boleh pulak aku kena lempang dengan cikgu Rozita masa darjah 4. Ok ceritanya, cikgu bagi sekeping gambar yang kita kena buat karangan tu. Cikgu tu memey terkenal dengan sikap garangnya. Kau bayangkan macam mana aku nak bagi tau yang benda tu dah hilang. Sebab dia bagi gambar tu semalam, dan nak check hari esoknya. Jadi, dengan akal penipu tahap rendah, aku pergi jumpa dia dan cakap aku tak dapat lagi kertas tu. Sekali terus kena pelempang. Bapak ahh terteleng kepala aku, dah laa kat depan kelas. Malu shiakk. Tapi, satu yang aku dapat jangan nak menipu, jujur lah dalam apa yang kita buat. 

4. Ketuk ketampi dan jalan itik
Hallah, ini lagi legend. Ini memang favourite forever laa. Yang bestnya semua pergi depan ramai-ramai atau individual, ketuk-ketampi sambil kira berjemaah. Takpon, sape yang dapat duduk tu yang tolong kira, kemain semangat dia ye. Mentang-mentanglah dia siap kerja atau bawak buku. Heh. Tapi, dengan denda ni kita akan sedar dan tak mao buat lagi sebab malu kot kena denda. Am i right? Pastu, yang jalan itik tu aku ingat lagi, masa sekolah HICOM pergh, dari blok darjah 6 kena jalan itik sampai blok darjah berapa ntah tapi blok hujung sekali laa. Yang ni memang malu gila sebab budak-budak yang dalam kelas semua pakat ushar, dah laa depa tu semua darjah bawah dari kita. Pastu kan, naik van cakap 'Eh tadi kenapa korang kena denda jalan itik'. Malu gilak, nak je aku balik rumah jalan kaki. Hahaha. Cramp doh kaki kena jalan itik. Pastu, paling benci ada orang ejek siap bunyi 'quackquack'.

5. Pakai Crown atau nametag besar gabak
Haa ni aku ingat darjah 6, teacher Ras suruh bawak dictionary. Dan siapa yang malas nak bawak ataupon tinggal buku ke tak siap kerjake, siaplah dia buat crown ataupon kertas/manila kad gantung kat leher kena jalan dari pusing blok ke blok jugak laa.

6. Tak boleh pergi rehat atau balik
Yang ni lagi sadis, tak siap kerja tak boleh rehat atau balik rumah Aku masa tu lemah gila English ke aku memey buat kerja slow, so siapa yang tak hantar kerja sebelum waktu rehat/balik, tak boleh rehat/balik. Kena siapkan, sanggup pulak teacher tu tunggu kitorang kan. Aku rehat tu tak kisah sangat, sebab aku memey bawak bekal, paling kurang biskut. Pastu, siap supply kat kawan-kawan lagi tu. Yang aku kesahkan bila, tak boleh balik. Sape nak amek aku dah laa nak pergi sekolah agama petang tu. Pastu, van aku jenis sape lambat tinggal, takde masa dia nak tunggu orang lambat. Nanti jadual dia lari. Banyak kali jugak laa aku kena call ayah/mama untuk pick up aku dan hantar pergi rumah opah untuk transit.

7. Buat HW secara berjemaah di koridor/berdiri sampai siap
Amek kau sape suruh tak siap HW kan? Duduk laa kat situ selagi tak siap. Dah laa panas, pastu students and cikgu dok lalu-lalang tang tu jugak. Nak je aku 'slek' kaki dia biar jatuh tergolek. Macam laa dia tak pernah kena denda kan. Hehehe. Pastu lagi satu, cikgu suruh siapkan sambil berdir, Huish lenguh kot. Pastu, aku ingat ni cikgu BM- cikgu Hisham, sape tak siap karangan, kena repeat tulis karangan sampai 5x. Kalau tak siap lagi tambah lagi. Pergh, dari berganda kena buat, biarlaa tak tidur malam pon siapkan essay.

8. Kena cubit
Pergh, yang ni lagi sedap. Sakit gilaa. Ini selalu kena masa kat sekolah agama. Sape tak hafal, memey nak kena laa. Aku ingat lagi Ustaz Sham dia ajar feqah, kalau perempuan memey kena cubit kat perut, kalau lelaki kena tarik sideburn. Fuhh. Ramai laa ustaz-ustazah yang buat camni. Aku tak marah pon. Korang tau tak, sebab kena cubit segala ni laa, aku hafal, pastu sebab tu sekolah agama kitorang boleh jadi terbaik start tahun selepas aku. Aku pon kalau tak kena cenggitu takdenya boleh dapat Jaiyyid Jiddan sebab aku pergi sekolah agama untuk main ice water, lompat tikus and etc. Muahaha.

Sekian, denda-denda yang aku ingat. Aku ingat bukan bermakna aku dendam dengan cikgu-cikgu, nope. Malah, aku berterima kasih kepada cikgu, atas didikan mereka yang menjadikan aku manusia dalam erti kata sebenar. I mean, kalau dulu cikgu buat tak hirau pasal aku, memang ke laut laa gamaknya. Mungkin aku jadi minah rempitzz. Heh. Kepada mak pak kat luar sana, tolonglah bukak mata hati kau seluas alam ini, kot ye sayangkan anak-anak, berpada-padalah. Bagi aku, as long as tak sampai tahap yang serius seperti mendatangkan kematian mahupon kecacatan, then let the teachers teach our children. Budak-budak ni depan mak pak pijak semut pon tak mati. Harap maklom. Cikgu tu pon takde sebab nak bantai anak hang kalau depa tak buat perangai, get it? Haish kesian aku tengok cikgu-cikgu zaman sekarang. Tak boleh marah, sentuh seinci pon anak kau, memey budak pijak kepala cikgu. Aku marah bagi pihak cikgu. Peace yau.

Tuesday, 11 February 2014

Gurau ada batasnya

Assalamualaikum.

Well, dalam hidup ni gurau kasar,buat lawak tak berapa lawak tu normal la kan. Kalau tak boleh nak bersenda gurau, pergi dok kat surau. Amboi, kau ingat orang yang setiap kali masuk solat fardhu berjemaah di surau tu tak tahu bergurau ke?

Aku manusia biasa, kadang-kadang masuk air juga. Aku boleh terima jokes but you should know that there's a limit of jokes. Macam games mesti ada rules and regulations kan. So, the method is same with jokes.

Antaranya tolong jangan bergurau bab mati, keluarga, err yang korang rasa that person's interest on that thing is very high. For sure their family. Argh korang fikir la sendiri.

Contoh situasi 1:

Adan tertinggal wallet kat meja makan di crew room.  Datang si Ema pergi sorokkan wallet Adan. Dengan niat nak mainkan Adan bukannya nak mencuri. Dia letak wallet Adan dalam poket seluarnya.
Lalu,Adan pon bertanya siapa-siapa yang ada ternampak wallet dia. Bukan duit yang dia hiraukan, maklomlah duit pon tak berapa nak ada, dah hujung bulan pon. Apa yang penting, i/c dan lesen beliau.

Namun, tiada siapa pon yang mengaku termasuk si Ema. Selama sejam setengah Adan tunggu, siap offer RM30. Lalu, dia pon berkata dan bertekad, 'kalau aku tahu siapa yang sorokkan wallet aku tu, memang aku baling pisau kat dia.'

Well, mesti korang kata tak baik tuduh-tuduh. Masalahnya memang ada orang nampak si Ema tu yang sorokkan wallet Adan. Dan mesti korang kata kenapa si Adan ni nak emo sangat siap nak baling pisau bagai. Yes, he did it. See, nampak tak sebab benda kecik dah sampai berbunuh or at least jadi kes polis.

Korang tahu tak, penantian itu suatu penyeksaan. Kesabaran tu ada tahapnya. Bila kita tak berada di tempat dia, kita tak boleh nak assume or make a conclusion based on what we saw/hear.

Contoh lain tapi berkait dengan contoh di atas:-

Pernah tak korang baca kat paper atau tonton berita kat tv, ada kawan bunuh kawan hanya kerana telefon bimbit ataupon RM10. Mesti korang akan kata, apa kena bodoh beno si A ni, Pasal benda kecik pon sampai bunuh-bunuh. Ok, aku sendiri pon macam tu.

Then, ada lah akak ni telah menyedarkan aku dont jump into a conclusion. Akak liza kata, kau takde kat tempat dia, cuba kau kat tempat dia. Yes i learn something when i work at Idaman.        
Dan, benda ni pon pernah berlaku kat aku. Aku rasa cam nak tumbuk,sepak laju-laju siapa yang mainkan aku. Dalam hati ni rasa cam nak pecah, mata bertakung je. Masih bertahan.

Hari ni kakak a.k.a bos bagi ang pow. Time dia datang aku ada, then aku balik rehat sejam. Punya la aku rush sebab aku target dia nak bagi angpow waktu dia nak balik. Macam dia bagi gaji kan. Then, aku sampai je kedai lepas rehat sejam tu, dia dah siap-siap nak balik. Tapi aku tak nampak pon dia bagi angpow.

Then, macam biasa kitorang angkat barang masuk kereta dia. Kakak bagi limau 2 kotak dan kek sekotak. Tu je. Aku naik atas, diorang kata. Hang tak dapat angpow pasai hang takdak tadi masa kakak bagi angpow. What the hell man. Takkan tak boleh simpankan macam gaji tu ambik bagi pihak. Then, aku senyap je. Rasa nak nangis sangat tapi aku tahan.Bukannya aku hadap sangat dengan angpow RM10 tu, cuma rasa macam dianak tirikan, double standard, unfair and etc. Aku tak nak fikir negatif. Mungkin diorang simpankan, tapi saja nak bergurau senda dengan aku kot.

Tapi macam mana kalau memang kakak tak simpan angpow untuk aku. Arghh kenapa kau pedajal aku time aku nak resign ni hah? Pastu depa kata, hang tak minta kat kakak ka? Hey, takkan aku dengan muka tak malu terhegeh-hegeh nak minta kat bos dan tanya korang repeatedly:mana angpow saya? sekali dua tahan lagi.Apa perasaan kau bila, kawan sekerja semua pakat buka tengok duit angpow, siap cium lagi. Kakak lupa ke pekerja dia berapa orang. Arghh, aku rasa cam nak belasah depa kawkaw. See, sabar tu ada limit.
Semua persoalan ni sentiasa bermain di benak fikiranku dan aku rasa cam nak jerit dan nangis puas-puas. But, i can't do that. Nanti orang ingat aku gila pulak, ye dak?

Contoh lain :-

Ok contoh lain. Yang ni kalau bab nak prank orang yang selalu aku tengok kat TV. Mengenakan orang memang best tapi ingat siket limit. Ada ke patut pergi prank konon-konon kena tangkap khalwat, ada dadah dalam kereta dia and blablabla. Bagi aku ianya sangat melampau, ye aku faham niat kome cuma nak bergurau tapi itu memang gila. Memang boleh menjatuhkan reputasi orang tu dahlaa masuk TV apa semua kan. Kot tetiba dia tak boleh terima benda tu, terus darah tinggi dia naik, terus collapse meninggal terus. Niat kita cuma nak suka-suka, sekali kawan tu 'jalan', haa menyesal tak sudah kau. 

Konklusinya, nak bergurau boleh tapi berpada-pada. Senang cerita, cuba kalau orang buat kat kau, apa yang kau rasa. Tapi, ada je orang yang takde perasaan ni. Ok, camni tak semua yang kita boleh terima dengan hati terbuka, orang lain boleh terima. Kita berbeza bro. Just my opinion. Peace yau.

Monday, 10 February 2014

Ukur baju di badan sendiri

Assalamualaikum.

Haa hari ni aku nak cerita pasal 'Ukur baju di badan sendiri'. Well, i am actually talk to myself too regarding this matter and i'm always remembered that pepatah. Tapi, biasa laa kita ni manusia yang selalu lupa diri, suka sangat ikut telunjuk syaiton tu kan. 

Selalunya pepatah ni kena dengan cara kita berbelanja dan nak berkawan mahupon berkahwin. Tapi, aku nak story-mory pasal cara kita berbelanja laa ye. 

Ok, kalau dalam bab berbelanja ni, ada orang suka beli barang branded sebab tahan lama, ada quality and blablabla. Tapi, ada je orang yang suka beli barang murah, bila rosak beli baru. Senang kan? Apapon, dalam apa yang kita nak buat tu, just look at yourself whether you are capable enough or is it your money is enough for the whole month if you buy that branded thing. Jangan pulak sebab shopping tak ingat dunia, terus tak makan nasi seminggu sebab duit dah takde. Tak mau camtu.

Ye, aku tau bila kita nampak je perkataan SALE, LESS 50%, terus perasaan nak ambik/pilih barang sesuka hati membuak-buak. Aku faham, aku pon macam tu. Tipu gila kalau kata tak rambang mata, nak-nak kalau benda tu memey kita punya passion. Macam aku kalau nampak novel dan baju, memey rasa nak beli semua. Ya Allah, borosnya. Dan untuk mengawal diri dari terjerumus memborong tak sedar diri tu Ya Allah susahnya. Menggigil tangan nak lepaskan benda tu dan nak melangkah pergi dari ekspo/mall tu rasa macam tak terlangkah walau selangkah pon. And i always psycho myself. Hahaha. 'Tunggulah aku dah kerja nanti, ada duit banyak, tetiap bulan aku shopping.' Whoa!

Lepas tu ni satu tips yang aku dapat via blogwalking ke mana ntah. Hahaha. Bila nak pergi shopping tu bawak duit ngam-ngam sahaja tapi aku memey kena ada duit lebih, in case ada emergency, who knows? Masalahnya, kalau macam aku ni, duit dah habis, boleh pulak pergi cucuk kat ATM pastu pergi masuk beli barang yang diingini. And one more tips, bagi kawan kau simpan/pegang duit atau ATM card kau. Hahaha. Ini memey nampak cam budak sekolah siket. Tapi, secure kot. Tapi kau pon tengok laa dulu kawan kau tu jenis yang macam mana, kang duit kau tu dia buat macam duit dia pon payah jugak tu.

Oh lastly, ini typicalMalaybusinessman/woman. Bila dah start bisnes, terus menggelabah ayam nak tukar kereta. Sabar laa dulu, tunggu bisnes dah stable baru laa tukar. Kang tetiba bisnes kau lingkup, acano? Bukan nak mendoakan keburukan, tapi... lu fikir laa sendiri brader. Lainlah kalau kau beli kenderaan tu untuk kegunaan bisnes kau atau nak senang boleh bawak family jalan-jalan. Ok, tak salah nak beli tapi tengok keperluan and your financial first. 

Payah laa kalau kita asyik ikut trend atau kawan sekeliling. Maybe diorang ada duit lebih ataupon deme tu memey 'biar papa asal bergaya'. Kau jangan ikut sangat. Biar kita diejek oldschool dari kau kena tanggung beban. Aku bagi contoh, sekarang ni kan tengah in motor berkuasa tinggi <nak 1 boleh.hehe>, kau pon menggelabah ayam beli. Pastu, for sure kau join community yang selalu buat trip konvoi apa semua tu kan. Kita ni baru nak berkecimpung dalam dunia bisnes, konon nak 'in', joinlah segala benda ni. 

Kau fikir tak, dari kau waste your money on nonsense thing, its better if that money you invest in your business or treat your family. Pastu, gua nak cakap in case you tak nampak bayangannya, orang yang join club motor ke or something like that ialah orang yang berduit, bisnes dia memey dah kukuh takpon harta dia 7 keturunan pon tak habis makan. Get it? Aku rasa kasihan dan nak tergelak tengok typical Malay yang cenggini. Baru join bisnes, terus beli set golf konon kalau nak collaborate dengan klien Dato' dan ke atas kena main golf. Pfft. 

Ok, i know that some of you would said that 'Inilah peluangnya, we must grab the chances'. Ok tapi back to that pepatah, 'Ukur baju di badan sendiri' dan 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Haa kau, tengok sampai 2 peribahasa aku tepek kat sini. Ok, mula-mula kita bisnes kecik-kecik dulu, kita fokus on a small group, then, bila bisnes kau makin berkembang, barulaa masuk jarum joined/collaborate dengan syarikat besar-besar. 

'The more you invest, the more you get.' Yeah, i agree with this statement but beware tengok dulu either kita mampu ke idok in term of money and capable to handle big business, hmm? Kalau rasa tak cukup ilmu di dada, pergi menuntut dulu, jangan tunjuk bijak. Karang kau yang bungkus. 

Akhir kata, just my opinion. Peace yau. 

Sunday, 9 February 2014

Kata Ganti Nama Diri

Assalamualaikum

Kemain tajuk kan? Tolong jangan ingat aku nak mengajar subjek BAHASA MELAYU. Sila buka buku Tatabahasa sekarang. No, i just wanna share my thought <maybe>.

Aku akan bahasakan diri aku berbeza bila dengan different orang mengikut level umur dan tahap kemesraan kita. Sampai macam tu sekali kau menggradekan orang/kawan-kawan kau ye? Err, bukan camtu ok. Inilah sebabnya aku update entry ni. Mohon kalian faham.

1.Along atau Along Syira

Ok Along ni kalau dengan family laa. Both in Terengganu and Perak. Kecik besor panggil aku Along, patutnya yang tua daripada aku tu panggil aku Syira je. Ah, gasakkan. Kalau Along Syira tu kat rumah opah angkat aku di Kg. Kenangan. Cucu dia ada 3 orang Along, semua perempuan. So, diorang tambah nama kat belakang tu Along Syira, Along Nira, dan Along Dayah. Takdelah bila kena panggil buat kerja, kita main tolak2 kat Along lain kan? Sebab dah specific Along yang mana. Angah pon sama ada 2 jadilah Angah Qila dan Angah Imah. Haha. #OnlyatKgKenangan,Batu13,Puchong.

2. Syira/Syera/Syirah

Yang ni mostly kawan-kawan aku dari kecik sampai lah ke besar ni dan keluarga<sesetengah je>. Syirah tu manager Macd, atok dan opah aku suka panggil ghope ini.Kalau Shirah ni selalu yang belah Perak. Aku tak suka sangat kalau ada 'H', nampak cam kasar. i kan lemah lembut <puih>. Syera tu Bella Zulmy je suka panggil cenggitu. Tapi, bila kawan-kawan taip nama aku, akan jadi macam2 versi, lantaklah. Jadi Shirah, Shera, alaa biasalah Y,H,I dan E tu je depa selalu tertukaq. 

3.Nurul

Yang ni, sebenarnya mama aku suruh tukar nama panggilan kepada Nurul sebab orang keep tell/asking me that my name has a bad meaning. Weh, yang ni aku dah explain kat entry yang lepas. Aku dah cuba tapi rasa KEKOK tahu dak, selama aku hidup aku guna nama SYIRA. tetiba nak kena tukar. Lain rasanya beb,lidah aku pon tergeliat masa nak biasakan dulu. Asyik nak terkeluar 'Just call me Syira, eh eh silap NURUL'. Nampak tak? First time,masa aku kerja kat IDAMAN BOOKSTORE lah depa ni memey suka panggil nama depan, tu yang lekat nama NURUL sampai aku pi belajaq kat UiTMPP. Yang kat UiTMPP lain plak ceritanya, kan aku masuk second intake, pastu classrep tanya lah nama apa. Pastu aku cakaplah nama penuh aku. then, dia tanya nak panggil apa? Aku cakap lah panggil Syira, dia kata tak boleh sebab dah 3 orang dalam kelas ni nama serupa. Whatthe! Ok fine, disebabkan aku second intake, aku mengalah lah kan. 

Sekali rupa-rupanya, sorang je Syira, kalau masuk aku 2 lah. Yang lagi 3 orang tu guna nama IRA dan SHISHI dan SHAE. Aternya, kome macam lah tak tau kalau nama dia SHAHIRA secara automatik nickname SHIRA, Padahal aku lagi layak sebab nama aku memang ada SYIRA tu. Ok, motif aku nak bergaduh sebab nak rebut nickname kan? Takpe, i tak kesah.

Pastu, masa LDK aku siap kena perli lagi kot, 'Aii, nama sendiri pon tak ingat ke?' Ini kes salah sebut Nickname aku tu,haa. Dah tu, kena lah aku explain blablabla. Almaklomlah baru-baru lagi nak tukar nama kan? Chillax sudaa.

4. Aku-Kau

Ok, ini aku akan guna bila cakap dengan orang yang rapat dengan aku seperti kawan yang dah lama kenal, adik-adik aku dan dengan lelaki/perempuan yang baru kenal jugak. Tapi yang ni aku tengok jugak, ok aku mengamalkan judge a book by its cover. kalau aku nampak dia macam kutu berahak  orang yang aku boleh in-boleh kamceng la kan, aku guna je kau-aku walaupon that was our first time ever meet/date. Haha.

Pastu, dulu mama aku marah jugak aku cakap aku-kau dengan adik-adik, tapi aku rasa lagi mesra je. So, mama aku tak boleh nak cakap apa lah. Eh orang lain lagi teruk ok, panggil nama je kat abang/kakak dia. Kitorang at least cakap cenggini; 'Angah, nanti kau masak nasi. Aku dah beli lauk ni.' Ada lah pangkat nya di situ, kan?

But, seriously kalau guna aku-kau lagi mesra, tak kekok, macam dah kenal lama and etc.

5. Kita/saya-awak/kakak/abang

Ok, tolong jangan muntah. Ye, aku tau kekadang rasa nak muntah, geli doe cakap camni. Tapi, ni style aku bila cakap dengan orang yang aku hormat, lagi tua dari aku, dia orang alim/warak, orang yang baru kenal. Kalau dengan lelaki yang macam ------<aku tak tau nak describe>, aku akan guna saya-awak jugak. Haha.

Tapi, lelaki ni selalunya dia tak kisah pasal nak suruh orang yang bawah umur dari dia nak panggil abang ke tak. Suka hati kau lah budak, it doesn't hurt me babeh, gitu? Kekadang depa yang geli. Aku plak kalau dah beza umur tu lebih 2/3 tahun memang automatik aku panggil abang. Eh, tapi lately aku rasa geli plak. Eh, dah kenapa? Takdelah, aku tersentap sket ada mamat ni sound setepek; 'Sejak bila aku kahwin dengan kakak kau yang nak berabang bagai ni.' Tettt. Tapi, kalau sepupu walau beza setahun demi rasa hormat aku memey panggil Abang laa kat pangkal nama. Abang sepupu pon ada 2 orang je. Ok ni cerita lawak tak berapa jadi, sepupu aku tu kitorang panggil Abang Hakim, dah jadi macam panjang nau, kitorang panggil BAKIM. Ok tak lawak. Tapi, abang Faiz tu takdelah pulak nak panggil BAIZ. Haha.

So, kepada sesapa yang check-it-out my phone, jangan ingat aku gatai meghelaa, sebab kat contact banyak gila ABAM a.k.a ABANG. Dah tu takkan aku nak letak nama je, nampak nau kuang hajo. Yang pasti takde abang sayang ye. 

Dulu, aku pernah lah tegur/marah/leter adik aku yang lelaki tu, dia panggil senior cum kawan2 aku tu nama je. Nak je aku belasah dia. Pastu adik aku kata, diorang yang tak kasi panggil abang. Puih, ni aku yang rasa nak tumbuk kawan2 aku tu,haa. Woi, lu pehal, beza umur 4 tahun kot, jauh tu. Just my opinion.

6.Gua-Lu

Ok, ini biasa lah masa dulu kan tengah up pasal Rempit ni, so I pon tak terkecuali lah nak mengada berbahasa rempitzz. Haha. Aku bukan minah rempit mahupon ganas, tapi its cool babeh bila cakap gua-lu ni. Poyo je. Cuma, tu je aku nak cakap kalau gua guna gua-lu jangan ingat aku GANAS. 

7. I-YOU

Ok, to be honest aku paling tak suka guna I-YOU. Ini menunjukkan yang kononnya kau kaya/educated/ high-class people dan sombong/berlagak. Ini persepsi sebahagian orang dan aku. Kuangkuangkuang. Err, tapi ada orang dia dah terbiasa guna I-You sebab kat rumah depa cakap lagu ni. Oh, lagi satu kalau aku cakap I-You satgi, ada lah orang kata yang aku ni GEDIK. Tapi, kalau aku guna I-You tu namanya aku nak menganjing dan tetiba rasa nak jadi gedik. So, its up to you. I memang rasa geli-geleman je bila orang cakap I-You ni. Kau kalau nak cakap BI, cakap sepenuhnya dalam English. Kalau setakat I-You semua orang pon boleh. Kau pernah kena setepek cenggini? Aku pernah, that's why i told you not to do the same mistake as me. Hehe.

8.Ana-Ante-antum

Haa, amek kau. Lu jangan main-main sama gua. bahasa Arab pon gua layankan aje. Tapi, aku akan rasa insecure sebab ilmu aku tak tinggi mana, tetiba nak guna ana-antum sangat kan. Alaa, dulu kan ada satu ketika orang semua nak berbahasa Arab, aku tak kata salah. Kita orang Islam memang kena tahu bahasa Arab. Aku belajar dulu kat sekolah agama sampai darjah 6, tapi la ni dah tak ingat lah. Fi'il madhi, mudhorrik' dulu kemain hafal siap berlagu, laa ni hampeh. 

Secara tuntasnya, ini sahajalah pengajian kita hari ni ye anak-anak. Ibu dah tak tahu apa lagi panggilan yang kalian biasa guna dalam kehidupan seharian. Motif sangat ibu-anak? In my opinion, we call people by their name and that shows how we respect each other. Peace yau.

Notakaki: selamat diperap since 29 Julai 2013. Aku pon tak tahu kenapa aku tak publish sedangkan dah siap sepenuhnya. 

Friday, 7 February 2014

Trip to Terengganu and Kelantan siri 1

Assalamualaikum.

Well, aku baru balik dari trip lawatan sambil belajar under subjek MGT420. Kitorang bertolak hari Jumaat pagi dan sampai pukul 11.30 malam tadi. Kira berbaloi lah kitorang berkejar-kejar awalkan segala test dan kelas, akhirnya dapat bergumbira di Klate. First of all, thanks a lot to Dr. Bard sebab mewajibkan kami part 1 Bisnes colaborate with Part 6 electrical kot. Should i care, semua pon macam sombong je. Sorry. Bila buat trip ni, tak payah penat-penat nak buat test dan assignments banyak. Cuma kena buat presentation past year questions, buat online quiz and report tentang tempat yang kitorang lawat. Senang kan?

Mula-mula kitorang pergi Medan Selera Keropok Lekor Losong. Actually bukan dekat Losong pon, tapi atas siket dari Jerteh.
group 1 with owner

cantik kan rumah dia?


ni kat Banjaran Titiwangsa, eh aq je yg memandai. OTW ke Klate. 

tunggu bas yang kononnya pukul 7.30 gerak tu kan.

nak buktikan ada banjaran titiwangsa



Apa yang best, kitorang singgah kat masjid yang cantik2 belaka. Aku memang lalu masjid kat Jerteh ni, tapi tak pernah singgah.



Haa ini entry yang telah ku peram sekian lama, supposedly publish on Jun 2013 which is masa aku sem 1. Ini pon entry tak complete tapi aku nak publish jugak sebab nak buktikan aku pergi trip kelas ke Kelantan dan Terengganu. Nanti, kalau aku rajin aku buat sambungan entry ni ye. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...