Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 13 February 2014

Beza Denda Budak Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum.

Hai kemain rajin aku update tetiap hari. Time takde idea ke line cam haram ke memey aku tak update laa jawabnya. Haa nampak tak tajuk aku tu. Actually aku update ni sebab kat TL Facebook aku banyak orang komen pasal 'Budak sekarang ni manja, cikgu tak boleh sentuh siket pon (read:denda).

Aku tak tau laa nak cakap camne, tapi i am telling you to those parents yang konon nak protect anak dia sangat tu kan. Kau nak anak kau jadi manusia ke tak? Dah kau hantar anak ke sekolah, biarlah cikgu didik dia jadi manusia, kalau kau sayang sangat anak tu, jangan hantar anak pergi sekolah, kau sendiri didik dia kat rumah. Senang kan? Kat sekolah, cikgu-cikgu tu semua umpama ibu dan ayah, depa tu ganti kome sebagai mak ayah bila kat sekolah.


And for sure, kalau anak kau bukan jenis kurang ajar, tak melawan cakap cikgu, siapkan kerja sekolah dan baik, takkan cikgu suka-suka nak belasah denda atau rotan anak kau. Cikgu buat bersebab. And i hate such thing yang parents mengada nak backing anak dia. Whatthe! Ye, aku tau zaman dah maju, konon tak relevan laa cara denda tu kan. Hey, kau kena tau satu life fact. Dengan rotan/denda and etc tu laa kita ni jadi manusia tau tak. 

Meh kita mengimbau kenangan masa sekolah dulu. Oh how I miss that time. Dulu aku ni takde laa baik mana dan jugak takde laa jahat mana. Biasa laa kena denda tu. Best kot kena denda secara berjemaah. Itulah sayang kenangan namanya.

1. Kutip sampah,kena rotan dan cuci tingkap/tandas
Haa ni memey biasa sangat sebab selalu datang lambat. Ini masa sekolah pagi sebab ayah yang hantar pergi sekolah, balik baru naik van. Dengan alasan anak manja, mana boleh bangun awal. Eh tapi, kalau naik van gila punya awal dia amek kau. Yelah rumah aku jauh kot dari sekolah, jalan jammed pulak tu. Dah biasa sangat nama masuk buku kat pak guard tu. Muka aku pon dah kebal je, muka redha katanya. Masa sekolah menengah ok laa siket sebab pengawas kan. Disiplin kena jaga tapi ada jugak terbabas lambatnya.

2. Rotan atau sebatan atau pembaris
Aku ingat lagi masa form 2, Cikgu Fazly ajar Sejarah. Bila masuk kelas je, lepas ucap salam semua tak boleh duduk selagi cikgu tak check nota yang dia suruh buat. Masalah aku malas nak buat nota tu, banyak kot. So, redho je kena rotan. Rotan dia tebal pulak tu bukan yang nipis tu. Kalau perempuan kat tapak tangan, lelaki kat pungkoq. Satu tips untuk elak sakit kau jangan acah-acah tangan tu, bukak betul-betul, angkat atas siket pastu entah dah lama tak kena rotan tak ingat laa. Kalau budak lelaki tu, selalu letak wallet kat poket belakang, tapi cikgu tau taktik ni. Pastu, kalau kena pembaris kayu panjang tu, fuhh sedap gila laa.

3. Penampar jepun
Haa yang ni sumpah aku rasa macam budak jahat. Boleh pulak aku kena lempang dengan cikgu Rozita masa darjah 4. Ok ceritanya, cikgu bagi sekeping gambar yang kita kena buat karangan tu. Cikgu tu memey terkenal dengan sikap garangnya. Kau bayangkan macam mana aku nak bagi tau yang benda tu dah hilang. Sebab dia bagi gambar tu semalam, dan nak check hari esoknya. Jadi, dengan akal penipu tahap rendah, aku pergi jumpa dia dan cakap aku tak dapat lagi kertas tu. Sekali terus kena pelempang. Bapak ahh terteleng kepala aku, dah laa kat depan kelas. Malu shiakk. Tapi, satu yang aku dapat jangan nak menipu, jujur lah dalam apa yang kita buat. 

4. Ketuk ketampi dan jalan itik
Hallah, ini lagi legend. Ini memang favourite forever laa. Yang bestnya semua pergi depan ramai-ramai atau individual, ketuk-ketampi sambil kira berjemaah. Takpon, sape yang dapat duduk tu yang tolong kira, kemain semangat dia ye. Mentang-mentanglah dia siap kerja atau bawak buku. Heh. Tapi, dengan denda ni kita akan sedar dan tak mao buat lagi sebab malu kot kena denda. Am i right? Pastu, yang jalan itik tu aku ingat lagi, masa sekolah HICOM pergh, dari blok darjah 6 kena jalan itik sampai blok darjah berapa ntah tapi blok hujung sekali laa. Yang ni memang malu gila sebab budak-budak yang dalam kelas semua pakat ushar, dah laa depa tu semua darjah bawah dari kita. Pastu kan, naik van cakap 'Eh tadi kenapa korang kena denda jalan itik'. Malu gilak, nak je aku balik rumah jalan kaki. Hahaha. Cramp doh kaki kena jalan itik. Pastu, paling benci ada orang ejek siap bunyi 'quackquack'.

5. Pakai Crown atau nametag besar gabak
Haa ni aku ingat darjah 6, teacher Ras suruh bawak dictionary. Dan siapa yang malas nak bawak ataupon tinggal buku ke tak siap kerjake, siaplah dia buat crown ataupon kertas/manila kad gantung kat leher kena jalan dari pusing blok ke blok jugak laa.

6. Tak boleh pergi rehat atau balik
Yang ni lagi sadis, tak siap kerja tak boleh rehat atau balik rumah Aku masa tu lemah gila English ke aku memey buat kerja slow, so siapa yang tak hantar kerja sebelum waktu rehat/balik, tak boleh rehat/balik. Kena siapkan, sanggup pulak teacher tu tunggu kitorang kan. Aku rehat tu tak kisah sangat, sebab aku memey bawak bekal, paling kurang biskut. Pastu, siap supply kat kawan-kawan lagi tu. Yang aku kesahkan bila, tak boleh balik. Sape nak amek aku dah laa nak pergi sekolah agama petang tu. Pastu, van aku jenis sape lambat tinggal, takde masa dia nak tunggu orang lambat. Nanti jadual dia lari. Banyak kali jugak laa aku kena call ayah/mama untuk pick up aku dan hantar pergi rumah opah untuk transit.

7. Buat HW secara berjemaah di koridor/berdiri sampai siap
Amek kau sape suruh tak siap HW kan? Duduk laa kat situ selagi tak siap. Dah laa panas, pastu students and cikgu dok lalu-lalang tang tu jugak. Nak je aku 'slek' kaki dia biar jatuh tergolek. Macam laa dia tak pernah kena denda kan. Hehehe. Pastu lagi satu, cikgu suruh siapkan sambil berdir, Huish lenguh kot. Pastu, aku ingat ni cikgu BM- cikgu Hisham, sape tak siap karangan, kena repeat tulis karangan sampai 5x. Kalau tak siap lagi tambah lagi. Pergh, dari berganda kena buat, biarlaa tak tidur malam pon siapkan essay.

8. Kena cubit
Pergh, yang ni lagi sedap. Sakit gilaa. Ini selalu kena masa kat sekolah agama. Sape tak hafal, memey nak kena laa. Aku ingat lagi Ustaz Sham dia ajar feqah, kalau perempuan memey kena cubit kat perut, kalau lelaki kena tarik sideburn. Fuhh. Ramai laa ustaz-ustazah yang buat camni. Aku tak marah pon. Korang tau tak, sebab kena cubit segala ni laa, aku hafal, pastu sebab tu sekolah agama kitorang boleh jadi terbaik start tahun selepas aku. Aku pon kalau tak kena cenggitu takdenya boleh dapat Jaiyyid Jiddan sebab aku pergi sekolah agama untuk main ice water, lompat tikus and etc. Muahaha.

Sekian, denda-denda yang aku ingat. Aku ingat bukan bermakna aku dendam dengan cikgu-cikgu, nope. Malah, aku berterima kasih kepada cikgu, atas didikan mereka yang menjadikan aku manusia dalam erti kata sebenar. I mean, kalau dulu cikgu buat tak hirau pasal aku, memang ke laut laa gamaknya. Mungkin aku jadi minah rempitzz. Heh. Kepada mak pak kat luar sana, tolonglah bukak mata hati kau seluas alam ini, kot ye sayangkan anak-anak, berpada-padalah. Bagi aku, as long as tak sampai tahap yang serius seperti mendatangkan kematian mahupon kecacatan, then let the teachers teach our children. Budak-budak ni depan mak pak pijak semut pon tak mati. Harap maklom. Cikgu tu pon takde sebab nak bantai anak hang kalau depa tak buat perangai, get it? Haish kesian aku tengok cikgu-cikgu zaman sekarang. Tak boleh marah, sentuh seinci pon anak kau, memey budak pijak kepala cikgu. Aku marah bagi pihak cikgu. Peace yau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...