Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 11 February 2014

Gurau ada batasnya

Assalamualaikum.

Well, dalam hidup ni gurau kasar,buat lawak tak berapa lawak tu normal la kan. Kalau tak boleh nak bersenda gurau, pergi dok kat surau. Amboi, kau ingat orang yang setiap kali masuk solat fardhu berjemaah di surau tu tak tahu bergurau ke?

Aku manusia biasa, kadang-kadang masuk air juga. Aku boleh terima jokes but you should know that there's a limit of jokes. Macam games mesti ada rules and regulations kan. So, the method is same with jokes.

Antaranya tolong jangan bergurau bab mati, keluarga, err yang korang rasa that person's interest on that thing is very high. For sure their family. Argh korang fikir la sendiri.

Contoh situasi 1:

Adan tertinggal wallet kat meja makan di crew room.  Datang si Ema pergi sorokkan wallet Adan. Dengan niat nak mainkan Adan bukannya nak mencuri. Dia letak wallet Adan dalam poket seluarnya.
Lalu,Adan pon bertanya siapa-siapa yang ada ternampak wallet dia. Bukan duit yang dia hiraukan, maklomlah duit pon tak berapa nak ada, dah hujung bulan pon. Apa yang penting, i/c dan lesen beliau.

Namun, tiada siapa pon yang mengaku termasuk si Ema. Selama sejam setengah Adan tunggu, siap offer RM30. Lalu, dia pon berkata dan bertekad, 'kalau aku tahu siapa yang sorokkan wallet aku tu, memang aku baling pisau kat dia.'

Well, mesti korang kata tak baik tuduh-tuduh. Masalahnya memang ada orang nampak si Ema tu yang sorokkan wallet Adan. Dan mesti korang kata kenapa si Adan ni nak emo sangat siap nak baling pisau bagai. Yes, he did it. See, nampak tak sebab benda kecik dah sampai berbunuh or at least jadi kes polis.

Korang tahu tak, penantian itu suatu penyeksaan. Kesabaran tu ada tahapnya. Bila kita tak berada di tempat dia, kita tak boleh nak assume or make a conclusion based on what we saw/hear.

Contoh lain tapi berkait dengan contoh di atas:-

Pernah tak korang baca kat paper atau tonton berita kat tv, ada kawan bunuh kawan hanya kerana telefon bimbit ataupon RM10. Mesti korang akan kata, apa kena bodoh beno si A ni, Pasal benda kecik pon sampai bunuh-bunuh. Ok, aku sendiri pon macam tu.

Then, ada lah akak ni telah menyedarkan aku dont jump into a conclusion. Akak liza kata, kau takde kat tempat dia, cuba kau kat tempat dia. Yes i learn something when i work at Idaman.        
Dan, benda ni pon pernah berlaku kat aku. Aku rasa cam nak tumbuk,sepak laju-laju siapa yang mainkan aku. Dalam hati ni rasa cam nak pecah, mata bertakung je. Masih bertahan.

Hari ni kakak a.k.a bos bagi ang pow. Time dia datang aku ada, then aku balik rehat sejam. Punya la aku rush sebab aku target dia nak bagi angpow waktu dia nak balik. Macam dia bagi gaji kan. Then, aku sampai je kedai lepas rehat sejam tu, dia dah siap-siap nak balik. Tapi aku tak nampak pon dia bagi angpow.

Then, macam biasa kitorang angkat barang masuk kereta dia. Kakak bagi limau 2 kotak dan kek sekotak. Tu je. Aku naik atas, diorang kata. Hang tak dapat angpow pasai hang takdak tadi masa kakak bagi angpow. What the hell man. Takkan tak boleh simpankan macam gaji tu ambik bagi pihak. Then, aku senyap je. Rasa nak nangis sangat tapi aku tahan.Bukannya aku hadap sangat dengan angpow RM10 tu, cuma rasa macam dianak tirikan, double standard, unfair and etc. Aku tak nak fikir negatif. Mungkin diorang simpankan, tapi saja nak bergurau senda dengan aku kot.

Tapi macam mana kalau memang kakak tak simpan angpow untuk aku. Arghh kenapa kau pedajal aku time aku nak resign ni hah? Pastu depa kata, hang tak minta kat kakak ka? Hey, takkan aku dengan muka tak malu terhegeh-hegeh nak minta kat bos dan tanya korang repeatedly:mana angpow saya? sekali dua tahan lagi.Apa perasaan kau bila, kawan sekerja semua pakat buka tengok duit angpow, siap cium lagi. Kakak lupa ke pekerja dia berapa orang. Arghh, aku rasa cam nak belasah depa kawkaw. See, sabar tu ada limit.
Semua persoalan ni sentiasa bermain di benak fikiranku dan aku rasa cam nak jerit dan nangis puas-puas. But, i can't do that. Nanti orang ingat aku gila pulak, ye dak?

Contoh lain :-

Ok contoh lain. Yang ni kalau bab nak prank orang yang selalu aku tengok kat TV. Mengenakan orang memang best tapi ingat siket limit. Ada ke patut pergi prank konon-konon kena tangkap khalwat, ada dadah dalam kereta dia and blablabla. Bagi aku ianya sangat melampau, ye aku faham niat kome cuma nak bergurau tapi itu memang gila. Memang boleh menjatuhkan reputasi orang tu dahlaa masuk TV apa semua kan. Kot tetiba dia tak boleh terima benda tu, terus darah tinggi dia naik, terus collapse meninggal terus. Niat kita cuma nak suka-suka, sekali kawan tu 'jalan', haa menyesal tak sudah kau. 

Konklusinya, nak bergurau boleh tapi berpada-pada. Senang cerita, cuba kalau orang buat kat kau, apa yang kau rasa. Tapi, ada je orang yang takde perasaan ni. Ok, camni tak semua yang kita boleh terima dengan hati terbuka, orang lain boleh terima. Kita berbeza bro. Just my opinion. Peace yau.

1 comment:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...