Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 20 February 2014

JJSM : Ikan Bakar Sri Tanjung

Assalamualaikum.

Mesti korang tertanya-tanya JJSM tu menatang apa kan? Haa ni aku acah-acah nak promote kat korang kedai makan yang best kat korang. Family aku kan selalu travel jauh-jauh, dari Utara ke Pantai Timur. Hehe. So, sepanjang perjalanan tu for sure kitorang akan berhenti untuk makan. Ater, lapor kot, mana boleh tahan. Oh back to JJSM tu. It stands for Jalan-Jalan Sambil Makan dah tu takkan aku nak amek JJCM pulak kan. 

So, entry pertama ni aku dedicate kepada Ikan Bakar Sri Tanjong yang terletak di Bentong sebab ni kedai yang the latest aku check in. Ngehngehngeh. Actually, first time makan masa mama aku admitted dekat Hospital Bentong masa OTW back from send Qila to her Matrik Jengka. First time makan dengan ayah, adik dan aku laa. Sedap sangat. Apa yang specialnya ialah kuah atau sambal dia yang marvellous tu dan  dicurah atas ikan bakar tu. Pergh sedap hingga meleleh ayaq liur. Ditambah pulak dengan air asam. Pergh, pasti terangkat wa cakap lu.

Dan disebabkan kitorang bercerita kat mama betapa punya sedap ikan bakar kat situ, masa OTW balik Terengganu sanggup, singgah Bentong dulu semata-mata nak makan ikan bakar kat sini. Padahal nak balik Ganu tak lalu situ pon lainlah kalau korang nak balik ke Kelantan, Raub dan Lipis tu. 

Kali ketiga which is Isnin lepas, kitorang OTW back from Klate, mama ajak singgah. Fuhh, umpama orang mengantuk disorongkan bantal dan umpama orang kebulur disuakan nasi. Haa, betapa aku rasa nak menjerit dan melompat tinggi-tinggi bila mama macam faham-faham je apa yang aku mengidam. Ya Allah, kalau lah perjalanan cuma 5 minit, sekarang jugak aku pergi sana. Heh. 

Oh yeah, selain dari Ikan Bakar yang menjadi tarikan kat kedai ni, macam-macam ada. Macam mama aku, dia tak makan ikan. So, mama order sotong masak paprik. Ok laa not bad. Tapi, dah nama kedai pon Ikan Bakar Sri Tanjung, for sure dia memey pro bab ikan bakar. Dan tugas korang semua pi try ikan bakar dia. Kalau datang lambat, memang tak banyak pilihan laa. Semalam tu pon pukul 11 malam baru sampai situ, nasib ada lagi sekor ikan siakap dan ikan-ikan yang lain. 

Kedai ni terletak di tepi jalan selepas dari Tong Fatt yang besar gabak tu kalau korang mai dari arah hospital tu. Selain dari itu, sepanjang aku pergi kedai ni, tak pernahnya kosong, sentiasa full house pastu selalunya customer dia datang sekali 2-3 family, cantum meja. Nasib family aku jauh-jauh, kalau tak dah lama call depa ajak open table. Pastu, aku rasa advantage kedai ni sebab situ memey laluan orang nak balik Kelantan. Kenapa kalau nak balik Ganu tak lalu sini? Kalau tak, every time OTW balik ganu, mesti punya kitorang singgah. Ini dah jadi satu kerja pulak nak masuk dalam Bentong, lepas tu nak keluar balik. Haish.

Jadi, apa tunggu lagi, pergilah cuba. Haa ini blog dia Ikan Bakar Sri Tanjung, Bentong

Oh sorry laa sebab takde gambar sebab aku pergi makan waktu malam, so gelap kot. Jadahnya aku nak bergambor malam-malam buta, kang masuk entiti dalam gambor den, terus tak tido jawabnya. Cett, padahal nak cover line, dapat makanan terus makan laju-laju sebab memey standard laa keluarga aku makan laju jalan laju. Heheh.

1 comment:

  1. HAI...boleh tak email dekat saya ikan bakar sri tanjung ni.. wanhusna88@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...