Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Sunday, 9 February 2014

Kata Ganti Nama Diri

Assalamualaikum

Kemain tajuk kan? Tolong jangan ingat aku nak mengajar subjek BAHASA MELAYU. Sila buka buku Tatabahasa sekarang. No, i just wanna share my thought <maybe>.

Aku akan bahasakan diri aku berbeza bila dengan different orang mengikut level umur dan tahap kemesraan kita. Sampai macam tu sekali kau menggradekan orang/kawan-kawan kau ye? Err, bukan camtu ok. Inilah sebabnya aku update entry ni. Mohon kalian faham.

1.Along atau Along Syira

Ok Along ni kalau dengan family laa. Both in Terengganu and Perak. Kecik besor panggil aku Along, patutnya yang tua daripada aku tu panggil aku Syira je. Ah, gasakkan. Kalau Along Syira tu kat rumah opah angkat aku di Kg. Kenangan. Cucu dia ada 3 orang Along, semua perempuan. So, diorang tambah nama kat belakang tu Along Syira, Along Nira, dan Along Dayah. Takdelah bila kena panggil buat kerja, kita main tolak2 kat Along lain kan? Sebab dah specific Along yang mana. Angah pon sama ada 2 jadilah Angah Qila dan Angah Imah. Haha. #OnlyatKgKenangan,Batu13,Puchong.

2. Syira/Syera/Syirah

Yang ni mostly kawan-kawan aku dari kecik sampai lah ke besar ni dan keluarga<sesetengah je>. Syirah tu manager Macd, atok dan opah aku suka panggil ghope ini.Kalau Shirah ni selalu yang belah Perak. Aku tak suka sangat kalau ada 'H', nampak cam kasar. i kan lemah lembut <puih>. Syera tu Bella Zulmy je suka panggil cenggitu. Tapi, bila kawan-kawan taip nama aku, akan jadi macam2 versi, lantaklah. Jadi Shirah, Shera, alaa biasalah Y,H,I dan E tu je depa selalu tertukaq. 

3.Nurul

Yang ni, sebenarnya mama aku suruh tukar nama panggilan kepada Nurul sebab orang keep tell/asking me that my name has a bad meaning. Weh, yang ni aku dah explain kat entry yang lepas. Aku dah cuba tapi rasa KEKOK tahu dak, selama aku hidup aku guna nama SYIRA. tetiba nak kena tukar. Lain rasanya beb,lidah aku pon tergeliat masa nak biasakan dulu. Asyik nak terkeluar 'Just call me Syira, eh eh silap NURUL'. Nampak tak? First time,masa aku kerja kat IDAMAN BOOKSTORE lah depa ni memey suka panggil nama depan, tu yang lekat nama NURUL sampai aku pi belajaq kat UiTMPP. Yang kat UiTMPP lain plak ceritanya, kan aku masuk second intake, pastu classrep tanya lah nama apa. Pastu aku cakaplah nama penuh aku. then, dia tanya nak panggil apa? Aku cakap lah panggil Syira, dia kata tak boleh sebab dah 3 orang dalam kelas ni nama serupa. Whatthe! Ok fine, disebabkan aku second intake, aku mengalah lah kan. 

Sekali rupa-rupanya, sorang je Syira, kalau masuk aku 2 lah. Yang lagi 3 orang tu guna nama IRA dan SHISHI dan SHAE. Aternya, kome macam lah tak tau kalau nama dia SHAHIRA secara automatik nickname SHIRA, Padahal aku lagi layak sebab nama aku memang ada SYIRA tu. Ok, motif aku nak bergaduh sebab nak rebut nickname kan? Takpe, i tak kesah.

Pastu, masa LDK aku siap kena perli lagi kot, 'Aii, nama sendiri pon tak ingat ke?' Ini kes salah sebut Nickname aku tu,haa. Dah tu, kena lah aku explain blablabla. Almaklomlah baru-baru lagi nak tukar nama kan? Chillax sudaa.

4. Aku-Kau

Ok, ini aku akan guna bila cakap dengan orang yang rapat dengan aku seperti kawan yang dah lama kenal, adik-adik aku dan dengan lelaki/perempuan yang baru kenal jugak. Tapi yang ni aku tengok jugak, ok aku mengamalkan judge a book by its cover. kalau aku nampak dia macam kutu berahak  orang yang aku boleh in-boleh kamceng la kan, aku guna je kau-aku walaupon that was our first time ever meet/date. Haha.

Pastu, dulu mama aku marah jugak aku cakap aku-kau dengan adik-adik, tapi aku rasa lagi mesra je. So, mama aku tak boleh nak cakap apa lah. Eh orang lain lagi teruk ok, panggil nama je kat abang/kakak dia. Kitorang at least cakap cenggini; 'Angah, nanti kau masak nasi. Aku dah beli lauk ni.' Ada lah pangkat nya di situ, kan?

But, seriously kalau guna aku-kau lagi mesra, tak kekok, macam dah kenal lama and etc.

5. Kita/saya-awak/kakak/abang

Ok, tolong jangan muntah. Ye, aku tau kekadang rasa nak muntah, geli doe cakap camni. Tapi, ni style aku bila cakap dengan orang yang aku hormat, lagi tua dari aku, dia orang alim/warak, orang yang baru kenal. Kalau dengan lelaki yang macam ------<aku tak tau nak describe>, aku akan guna saya-awak jugak. Haha.

Tapi, lelaki ni selalunya dia tak kisah pasal nak suruh orang yang bawah umur dari dia nak panggil abang ke tak. Suka hati kau lah budak, it doesn't hurt me babeh, gitu? Kekadang depa yang geli. Aku plak kalau dah beza umur tu lebih 2/3 tahun memang automatik aku panggil abang. Eh, tapi lately aku rasa geli plak. Eh, dah kenapa? Takdelah, aku tersentap sket ada mamat ni sound setepek; 'Sejak bila aku kahwin dengan kakak kau yang nak berabang bagai ni.' Tettt. Tapi, kalau sepupu walau beza setahun demi rasa hormat aku memey panggil Abang laa kat pangkal nama. Abang sepupu pon ada 2 orang je. Ok ni cerita lawak tak berapa jadi, sepupu aku tu kitorang panggil Abang Hakim, dah jadi macam panjang nau, kitorang panggil BAKIM. Ok tak lawak. Tapi, abang Faiz tu takdelah pulak nak panggil BAIZ. Haha.

So, kepada sesapa yang check-it-out my phone, jangan ingat aku gatai meghelaa, sebab kat contact banyak gila ABAM a.k.a ABANG. Dah tu takkan aku nak letak nama je, nampak nau kuang hajo. Yang pasti takde abang sayang ye. 

Dulu, aku pernah lah tegur/marah/leter adik aku yang lelaki tu, dia panggil senior cum kawan2 aku tu nama je. Nak je aku belasah dia. Pastu adik aku kata, diorang yang tak kasi panggil abang. Puih, ni aku yang rasa nak tumbuk kawan2 aku tu,haa. Woi, lu pehal, beza umur 4 tahun kot, jauh tu. Just my opinion.

6.Gua-Lu

Ok, ini biasa lah masa dulu kan tengah up pasal Rempit ni, so I pon tak terkecuali lah nak mengada berbahasa rempitzz. Haha. Aku bukan minah rempit mahupon ganas, tapi its cool babeh bila cakap gua-lu ni. Poyo je. Cuma, tu je aku nak cakap kalau gua guna gua-lu jangan ingat aku GANAS. 

7. I-YOU

Ok, to be honest aku paling tak suka guna I-YOU. Ini menunjukkan yang kononnya kau kaya/educated/ high-class people dan sombong/berlagak. Ini persepsi sebahagian orang dan aku. Kuangkuangkuang. Err, tapi ada orang dia dah terbiasa guna I-You sebab kat rumah depa cakap lagu ni. Oh, lagi satu kalau aku cakap I-You satgi, ada lah orang kata yang aku ni GEDIK. Tapi, kalau aku guna I-You tu namanya aku nak menganjing dan tetiba rasa nak jadi gedik. So, its up to you. I memang rasa geli-geleman je bila orang cakap I-You ni. Kau kalau nak cakap BI, cakap sepenuhnya dalam English. Kalau setakat I-You semua orang pon boleh. Kau pernah kena setepek cenggini? Aku pernah, that's why i told you not to do the same mistake as me. Hehe.

8.Ana-Ante-antum

Haa, amek kau. Lu jangan main-main sama gua. bahasa Arab pon gua layankan aje. Tapi, aku akan rasa insecure sebab ilmu aku tak tinggi mana, tetiba nak guna ana-antum sangat kan. Alaa, dulu kan ada satu ketika orang semua nak berbahasa Arab, aku tak kata salah. Kita orang Islam memang kena tahu bahasa Arab. Aku belajar dulu kat sekolah agama sampai darjah 6, tapi la ni dah tak ingat lah. Fi'il madhi, mudhorrik' dulu kemain hafal siap berlagu, laa ni hampeh. 

Secara tuntasnya, ini sahajalah pengajian kita hari ni ye anak-anak. Ibu dah tak tahu apa lagi panggilan yang kalian biasa guna dalam kehidupan seharian. Motif sangat ibu-anak? In my opinion, we call people by their name and that shows how we respect each other. Peace yau.

Notakaki: selamat diperap since 29 Julai 2013. Aku pon tak tahu kenapa aku tak publish sedangkan dah siap sepenuhnya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...