Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Saturday, 1 March 2014

Alkisah cuti sem 2

Assalamualaikum.

Holla cikebum cikebum.

Fuhh sekejap je masa berlalu. Dulu masa pertengahan cuti rasa lama gila cuti sampaikan aku rasa nak balik Penang laa tu jugak. Laa ni tuptup dah nak balik Penang malam satgi. Huaaa, aku rasa macam tak mao balik pon ada laa ni. 

Actually cuti sem ni aku tak lekat kat rumah dok ulang-alik pergi Terengganu dan Kelantan. Oh di kesempatan ini, ingin saya khabarkan kepada kalian yang tok saya telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 24hb Februari 2014 jam 2.25 pagi di wad ICU HUSM, Kubang Kerian. Beliau disahkan menghidap penyakit kanser otak tahap 4 dan pembedahan telah dilakukan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Selepas itu tok dihantar ke HUSM untuk kimoterapi, selepas kimo for the first and last time, tok dimasukkan ke wad ICU. Masa hari Sabtu tu keadaan tok dah kritikal, doctor call ayah masa tu kami di parking lot kata tok dah nazak, berlari kitorang pergi naik wad, baca yaasin ajar mengucap semua. Alhamdulillah umur tok panjang lagi mungkin menunggu kehadiran ayah ngah aku yang OTW from Kuantan and my brother from Shah Alam. 

Hari Ahad tu tok nazak lagi sekali, masa tu adik dah selamat sampai after a long journey from Shah Alam-Kuala Terengganu-Kota Baharu. Alhamdulillah adik sempat jumpa tok walaupon tok memang dah tak sedar, tapi dia tau dan rasa kehadiran kita. Then, malam tu mak ngah dan ayah ngah yang jaga, tidur kat hospital. Manakala kitorang semua tidur kat rumah mek(mak mak long) di Kedai Mulong. Pastu, dalam pukul 2.++am i dont know either doctor or nurse yang call mak long, kata tok nazak. Then, kitorang semua bangun gosok gigi blablabla dengan pantas terus gerak ke hospital. Masa OTW, Ayah Ngah call kata tok dah takde. Innalillahiwainnailahirrojiun. 

Aku redha seredhanya sebab aku dah tak sanggup nak tengok keadaan tok yang terbaring kena cucuk sana sini, kesan jahitan kat kepala tok tu lagi. Ya Allah, nak menangis aku tengok. Tangan tok sampai sembap. Memang aku doa ambillah nyawa tok jika itu yang terbaik sebab aku kesian sangat-sangat kat tok. Oh tok meninggal disebabkan kanser darah sebab sel kanser tu dah merebak. Gila cepat dia merebak. Memang aku tak menangis langsung tapi bila time nak cium jenazah tu, aku dah tak boleh tahan. Tiba-tiba perasaan sebak tu datang. Apa yang aku kesalkan masa tok and tok ki meninggal aku rasa useless sebab masa tu laa aku period. Aku baru ingat nak buat macam masa arwah opah aku meninggal kitorang mengaji bergilir-gilir habiskan 30 juzuk. 

Itulah ceritanya, selain ulang-alik ke sana sini, aku tolong ayah kat kedai. Taip surat since mama aku tak berapa nampak dan aku memang suka dok tercongok depan PC ni sebab online sampai lebam. Hahaha. So, selamat datang ke sem 3 wahai cik N'ABM. Semoga terus sukses dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan. And blog sorry ler kalau lama tak update sebab I takde broadband sekarang ni. Take care uolls. And dont worry, Syira kuat. Tak mao jadi kapas lagi. Eceh, padahal...

Ps: Sedekahkan alFatihah kepada Tok saya dan semua umat Islam sama ada yang masih hidup mahupon yang telah meninggalkan kita, tak lupa jugak kepada mereka yang ditindas di sana sini.
Ps2: Tok ki meninggal 18 Jan 2013, Tok Melah 24 Februari 2014, Opah minah 30 Ogos 2012(1st Raya).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...