Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 11 June 2014

Projek Mega Hijab Makes You Beautiful-MTAS

Assalamualaikum.

Holla long time no see ma. Gua banyak busy der. Ini pon aku curi masa kejap sebab i'm really want to help adik-adik MTAS ni. Sebenarnya, dah lama aku nak buat entry untuk MTAS but i dont have chance to do that and this time i have to sebab aku tak boleh nak contribute banyak kat depa. Dah hujung sem, paham-paham je laa.

MTAS? Amenda ni weh, tak pernah dengar pon. Pergh noob seh. Eh tak, aku memain je. MTAS stand for Mr The All Shared. Korang boleh google, depa ada account youtube, facebook, twitter and the latest one is blog. Yoohoo welcome to the club brader. 

Macam mana aku boleh terjebak dengan MTAS ni? 
Ok, actually masa tu aku ushar kat youtube pasal tudung hijabista sangat kan. Sekali termasuk perangkap masuk sini. Tutorial Tudung Kak Teha Style. Aku pon bukaklah, sekali tengtengteng. Terkejut itteww. Haha. Terbaekklah video adik-adik ni. Kau akan rasa tak puas, nak lagi, lagi dan lagi. Aku marathon tengok semua video diorang. 

Kenapa aku suka video diorang?
Mungkin jarak umur kita yang tak banyak sangat, pastu bahasa diorang tu memang 'in' sangat dengan jiwa aku ni hah. Lastly, dalam video depa tu ada mesej yang nak disampaikan but in a light way. Kiranya kau boleh faham dan videonya tak membabi buta jatuhkan hukum. Depa bukan buat suka-suka tapi refer ustaz and orang yang berilmu laa. Kira video MTAS ni sesuai untuk orang yang tak banyak ilmunya, kalau kau expect high, memang tak dapek laa der. Nak ilmu tahap dewa, pi berguru dengan ustaz laa. Walaupon kau rasa depa cam buat lawak bodoh, tapi kesah pulak as long as ada input dan niat depa nak wujudkan perfileman islamik tu sangat murni ok. So, please support them.
 Projek Mega Hijab Makes You Beautiful
Tujuan aku up entry ni adalah supaya anda yang baik hati lagi bermurah hati agar membantu adik-adik ni menjana kewangan untuk projek MEGA diorang. Gila tak MEGA kalau dah joint ventures dengan most of the vlogger. Best tahap dewa. Cant wait to see the video. Selain dari korang boleh beri sumbangan berbentuk wang, korang boleh support depa dengan membeli baju Muslimin dan Muslimah yang design dia memang cantik gila. Aku dah beli baju Muslimah untuk projek KL Tarbiyyah 2 tu. KL Tarbiyyah 2 memang korang WAJIB tengok sebab video ni pernah di banned oleh Skop Productions ok. Memang tabik spring sama lu orang yang design baju tu. Ganas tapi islamik. Kau mampu?



CP from FB MTAS


Macam mana nak salurkan sumbangan, ringankan beban. Eh dah macam tagline Bersamamu pulak.

Sesiapa di UK yg nak sumbang boleh lah ke akaun

HSBC Account number : 31743619
Sort code : 40-27-02
Refeence : MTAS PROJECT

Then, kalau nak transfer, bagi tempoh smpai pertengahan bulan 6. Dalam 15jun je, sbb lepas tu abg aizuddin balik malaysia dah inshaAllah

kepada rakyat malaysia pula

Segala dana boleh disumbang pada akaun syarikat Mrtheallshared Production

Bank Islam
MR THE ALL SHARED PRODUCTION : 12-083-01-003323-1

Maybank
Mohd Saidi Bin Latif : 1121 1039 3471

RM1 pun kami terima. Alahai sedih akak baca dik oii.

ok ni semua aku copy paste from FB Page MTAS. Check it out yau. Semuanya di hujung jari anda.

  The other way is poie laa boli baju dia banyak2. Tempahan baju akan dibuka pada penghujung bulan Jun dan kau jangan expect hari ni order, esok sampai depan rumah. Depa pon students, nak hantar n tunggu baju siap dari kilang lagi. Nak deal dengan manusia sangatlah susah, banyak karenah, so please consider dan bersabar. Beli untuk adik-beradik, kawan-kawan, sedara mara semua laa, jiran pon boleh. Kalau beli in large quantity, boleh dapat diskaun ok. Siap boleh pos ke luar negara lagi. Kau hado? Tak mahal pon RM 50 and please jangan nak cakap kenapa mahal seh? Penumbuk muka kau kang. Eh tak, gua gurau je. Duit tu akan digunakan untuk buat video dakwah. Kalau rasa berat sangat, just think that you are investing something in jalan Allah. Itupon nak berkira ke, dah tu camne impian MTAS ni nak tercapai. Betul dak? Baju Muslimah kali ni upgrade siket sebab bentuk A shape, ada poket sebelah dan bawah ada curve. Colour dia semua cantik, sampai aku rasa nak beli semua. Kalau aku kaya...
Ni antara design utk baju muslimah. Colour tu dah memey fav den.

 Kejayaan MTAS
Subscriber Youtube Channel MrTheAllshared dah mencecah 20,069 viewers, Total views 3,100,000 viewers. Purata views setiap video 30,000viewers. Update on 5th JUNE 2014. Gila tak hebat kan. Pastu ahli MTAS ni turut dijemput untuk jadi panel kat program-program yang dianjurkan oleh IPTA mahupon IPTS. And to be proud UiTM Pulau Pinang pon dah pernah panggil depa dalam program Kem Semut 3 kami di Kaki Gunung Nuang, Selangor bulan Mac ke April tahun ni. Aku punya teruja dapat jumpa face to face to memang tak tau nak cakap laa kan. Tapi, ada batasnya, takkan aku nak tunjuk tahap keobsesannya di situ. Jaga ikhtilat tu. Hehe. Check it Out semua video MrTheAllshared

Kepada anda yang rasa was-was takut duit anda disalahgunakan. Here is the details. Copy Paste from FB MTAS.
Setelah hampir dua tahun kami dalam dunia dakwah media. Alhamdulilah sekarang kami dalam fasa untuk 1 Projek Mega di mana sebuah muzik video Islamik akan diarahkan,dirakamkan dan diselia oleh kami dengan bantuan beberapa produksi yang lain. NAMUN.... Allahu Robbi Langkah kami perlukan sedikit lagi suntikan Dana dari anda semua insya Allah untuk sama-sama bantu kami siapkan MV ini. Kami terputus dana sebanyak Rm Ribuan juga. Dana untuk kami dapatkan music dan sedikt peralatan untuk menyiapkan projek ini terputus kerana beberapa masalah yang dihadapi.Maka kami harapkan dalam masa terdekat ada beberapa pihak yang sudi bantu kami dengan menyuntik sedikit dana untuk siapkan projek ini (targetnya menjelang akhir tahun ni nak start shooting).Insya Allah. Walau RM1 pun kami terima dengan hati terbuka, Ahli-ahli kami yang lain masing-masing sedang berusaha mendapatkan bantuan secepat yang boleh (seperti tajaan, buat bisnes dan sebagainya) Semoga Sahamnya,menjadi bekalan anda di akhirat kelak. Amiin. Sesiapa yang sudi bantu anda boleh PM page. Ini projek mega pertama,semoga kita sama-sama jatuh bangun dalam usaha ini.

so kami akan Mr The All Shared akan menyenaraikan barang-barang yg kami ingin beli,anda berhak tahu, kerana ini duit anda,seperti yang kami katakan sebelum ini, jangan risau sedekah jariah anda tidak akan terhenti untuk projek ini sahaja, malah barang2 yg telah dibeli akan digunakan sepanjang usaha dakwah media/film kami inshaAllah, so saham akhirat&dunia akan bertalu2 dtg pd anda inshaAllah, baiklah,

tajdid (perbaharui) niat

bismillah

***************

1. Samyang 8mm T3.8 VDSLR Fish-Eye Lens (Canon) - RM1,300
2. Samyang 10mm T3.1 VDSLR Lens (canon) - RM1,970
3. Lilliput 664/o/p 7' HD IPS HDMI LCD Monitor - RM 1490
4. Canon 5D Mark III Body - RM 8,990
5. PROAIM Jr.Pan Tilt Head with Joystick Control - RM2790
6. PROAIM 9ft Camera Jib Crane with Tripod Stand - RM1990
7. Kenz Dual Arm & Vest Stabilizer System - RM 1,790
8. Kingston Memory Card 32 GB (qt-4) - RM440
9. Battery Grip - RM 1000
10. Track rail- RM2000
11. Go Pro Hero 3.0 - RM1400
12. Phantom + Gimbal - RM5000
13. Aputure Amaran AL-528C LED Video Light - RM890
14. Camtree 2000 LED LIghts Set of 2 - RM3,640
15. Audio- Technica ATH-M50 Professional Closed-Back Studia HeadPhones - RM749
16. Windows Custom i7 Personal Computer - RM4000
17. Sennheiser ew 112-p G3 Wire;ess Microphone - RM1990
18. 4x4 Butterfly OverHead Frame Studio Refelector System Scrim Jim Kit - RM890
19. Buffalo VT-700 Professional 130cm Video Fluid Head Tripod (qt-2) - RM 1200
20. Canon EF 14 mm f/2.8L II USM Super Wide Angle Autofocus Lens (Canon Malaysia) - RM 7520
21. Song + Mechanical License & Synch License - RM2200
22. (out of list dulu) Sony NEX-FS700R Super 35 Camcorder with 18-200mm f/3.5-6.3 PZ OSS Lens - RM 29,900

Pengangkutan
-80 orang (1 bas = 40 orang) = RM3200.00

Penginapan
-80 orang ( 1 bilik = 4 orang) = RM 8460.00

total RM 65000 (tak termasuk no 21)

****************
kenapa mahal sgt?
kenapa banyak sgt?

kerna kami terlalu serius dalam hal ini!
dah xmahu lagi main2,
nak pegang dunia perfileman!
nak bnda yg bsr!
pengorbanan kena besar!

mungkin ada yang kata tidak mampu,
xpe RM1 pun kami terima,
kerna RM1 yg mencukupkan RM1juta.


Harapanku
Dengan ini, saya mengharapkan anda anda dan juga anda bersama-sama membantu Crowdfunding Hijab Makes You Beautiful ni. Target RM 65,000. Nampak macam MUSTAHIL but you can do it in the name of Allah and Islam, i trust you babeh!. Akhir kata, ini je yang mampu akak buat untuk korang. Baju tu Insha Allah nak sangat-sangat. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari saya sendiri. Semoga projek korang berjaya dan jangan putus asa. Go go go MTAS. Allah dan supporters sentiasa bersama kalian. And to my readers, thanx a lot for spending your time read this long essay entry and May Allah bless you guys.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...