Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 23 July 2014

Raya 2014 yang suram

Assalamualaikum.

Maaf ler puasa pon tak habis lagi, aku dah up entry pasal Raya. Bukan apa, i just want to share my feeling and thought. Bila lagu raya berkumandang di corong-corong radio, aku tak rasa teruja pon. Entahlah i also dont know. Eh, actually i know the reason, but let me keep it alone. Ada banyak reasons tapi takdelah semuanya nak share kat sini kan.

1. Perginya orang-orang yang aku sayang

Aku rasa kosong gila sekarang ni. Cuba bayangkan eh, bila balik Terengganu tok dan tok ki dah takde. Memanglah family Ayah Long tinggal kat situ, satu kampung tu family-related but the feel is not there. Kalau dulu mesti rasa teruja gila balik kampung. Betullah orang kata bila orang tua takde, anak-anak mula menjauhkan diri macam tak mao balik kampung dah. Pastu, belah Ipoh pulak semua tinggal kat Selangor. Rumah tu dah jadi rumah mak yong. Atok pulak tinggal rumah maksu. Kira bila raya, baru kitorang semua berkumpul. But still akan terasa kehilangan, dah takde opah yang akan masak beriya-iya, pergi solat sunat hari Raya kat Masjid Negeri Ipoh. Every time aku solat kat masjid negeri, mesti menangis, macam terasa-rasa kehadiran opah di saf hadapan muslimat. Alfatihah untuk arwahyarhamah opah, arwahyarham tok ki dan arwahyarhamah tok Melah.

2. Aku tak balik raya

I do feel guilty for not going back to both mama and ayah hometown sebab aku kerja masa hari raya. Nak cari duit pergi Uzbek awal tahun depan. Huh, alasan kan Syira, padahal duit simpanan ada. Err emm camne ek, macam apa yang aku cakap laa. Aku takde hati nak balik due to lalala crisis. Aku ajak Angah sekali kerja masa Raya. Disebabkan kitorang dah pindah masuk rumah baru di Telok Panglima Garang dan rumah kat Puchong Intan tu ayah bagi Pakistan sewa, jadinya kami akan menumpang di rumah opah kat Kg. Kenangan. Dan kalau ada yang nak mengata aku teruk, lebih pentingkan duit dari family relationship, its ok. I dont care cause you are not in my shoes Aku ada misi yang perlu ditunaikan. Rumah baru kan. so semua benda aku nak baru. Haha. Dan demi untuk memuaskan nafsu sendiri, its better if i work on my own. Takkan aku nak mintak ayah beli. Lagipon, apa barang dok rumah saja-saja. Aku ni jenis tak boleh kalau takde duit kat tangan sebab aku ni tak boleh lekat kat rumah, kerja nak berjalan je. Therefore, i need to work to get money. Ok get it? Lagipon, aku dah besar laa takkan nak beratur atau pergi rumah ke rumah buat collection duit raya pulak kan?

Satu yang aku kesalkan ialah tahun ni tak dapatlah kami sepupu-sepapat belah Ipoh pergi berjimba bersama-sama. Aktiviti tahunan yang baru saja kami buat ialah pergi mall macam rombongan sekolah yang dikepalai oleh aku sebagai cucu sulung including those yang 6 tahun ke atas pergi mall tengok wayang, main bowling dan makan pastu balik. As simple as that as long as bonding kitorang kuat, Hahaha. Along mintak maaf laa ye wahai adik-adik sepupuku sekalian.

3. Parents aku tak sihat

Emm ni memang tamparan yang agak kuat untuk aku hadapi. Masa aku tengah final, mama inform yang mama kena operate untuk buang rahim sebab doctor diagnosed as early stage womb cancer. Kau bayangkan macam mana aku rasa nak balik time tu jugak. Supposedly mama kena operate Isnin lepas tapi tak jadi sebab mama batuk. So, postpone to after Raya. But then, aku rasa bersyukur sangat, aku baru diuji siket. Masa tengah final week tu, ada one of my so-called friend la eh sebab aku kenal dia masa program KaSIH 2014 hari tu. Takde laa rapat sangat, but we know each other. Ayah dia meninggal masa final week which is dia ada paper lagi. Aku menangis doe, aku pk macam mana kalau aku kat tempat dia. Ahh there are lots of thinngs to think about. May Allah ease everything for us. Ya Allah berikanlah kesembuhan penyakit dan kesihatan yang baik kepada diriku, Mama, ayah,  adik2ku, kaum keluargaku, para pendidikku, serta semua umat Islam di seluruh dunia. Ya Allah, kau berikanlah kesempatan untuk kami adik beradik membalas jasa mama dan ayah serta kesempatan untuk mereka merasa duit hasil usaha kami. Amiin Ya Rabbalalamin...

Itulah antara sebab-sebab kenapa aku rasa raya tahun ni tidak seperti raya tahun-tahun lepas. Moga aku kuat hadapi apa sahaja rintangan dan dugaan. Aku tau Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu hadapi. Syira kuat, Syira tabah, Syira ada family, kawan dan juga anda yang di alam maya yang akan support me during my ups and downs. Hati aku ni memang mudah sangat kapas, bila baca pasal kematian, pasal #MH17 #Pray4Gaza semua tu memang mudah sangat mengalir air mata. Aku tau bila-bila masa je kita boleh mati, tak kira lah kau tua ke muda ke semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz lagi. Sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita meminta. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik maknanya jauh dari kemungkaran. Dan jangan lupa doakan kesejahteraan umat Islam walau di mana saja kita berada atau dalam apa jua yang kita tengah buat sekarang. Wallahu'alam.

Tuesday, 22 July 2014

Disiplin melalui didikan yang tegas

Assalamualaikum.

Haish, kalau datang mood rajin menghupdate tu memey berderet-deret entry kan, cuba datang mood malas memang sebulan satu entry la jawabnya. 

Ok ini adalah pandangan aku based on my observation. Kenapa aku cakap seseorang tu atau kena ada yang strict dalam sesebuah organisasi atau institusi kekeluargaan? Sebabnya disebabkan dia strict lah disiplin kita terjaga. Korang tak peraya? Meh aku bagi contoh. 


1. My family

Ok dalam family, mesti ada sorang yang garang atau strict la either your mom or dad. Contoh macam mama aku kalau kitorang ada buat salah memey mama aku bising, kalau panggil banyak kali tak gerak lagi. Mama aku akan cakap 'Lagi sekali mama panggil, tak cakap banyak dah, mama tampar terus'. Haa kau berani buat perangai? Pastu kita kan dah terbiasa layan movie kat laptop sampai tak tidur malam, mama aku akan bagi warning 'Jangan sampai mama hempas laptop tu'. Gila tak sayang laptop, so baik ler tidur. Aku ingat lagi, dulu petang-petang kitorang memey keluar main ronders ke bola ke, then mama aku akan cakap balik on what time, in case you tak balik on that time, haaa 'Nanti mama datang bawak kayu'. Pergh, memey masa main tu asyik2 tengok jam, cuak kot. Lagi satu malu ler mak datang tempat main dengan kayu, kan? Pastu, biasalah kan kawan-kawan mesti cakap 'Alaa, lepak la dulu, awal lagi ni'. Kalau ikot hati, memey nak lepak atau main lagi, tapi mama kitorang lagi penting. Memang kau saja nak mengundang kalau balik lewat. So, based on examples i have given to uolls, kitorang ni memey tak laa nak buat perangai yang teruk-teruk, kitorang ni takde baik mana. Tambah2 aku yang degil ni kan, aku bukak jugak laptop, tapi takde lah sampai tak tidur. 

Mungkin orang akan kata, mana boleh didik anak macam tu. Tak baik untuk perkembangan otak anak-anak blabla. So what, do i care? Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab mama dan ayah didik kami dengan baik. Mama selalu compare dengan anak orang, dan aku akan cakap 'Hmm yelah anak mama lah baik'. Then mama cakap 'Yelah walaupon ada jugak buat perangai tapi takdelah seteruk anak orang'. Terutama bila orang cerita anak lelaki depa perangai kemain lagi, Alhamdulillah adik aku masih ok. Dulu aku cukup takut kalau dia smoking, maksu cakap umur 13-15 tu laa penentu sama ada dia terpengaruh dengan rakan sebaya atau tak. Alhamdulillah, adik natural. Aku acap kali tanya, dalam kalangan kawan kau takde ke yang smoking? Dia cakap ada je. Then, aku tanya kenapa kau tak smoking? Dia kata 'Nak buat apa? Buang masa dan duit je'. Ok, along harap kau maintain sampai akhir hayat. 

Aku takdelah nak puji adik aku tu melambung, ada je perangai dia yang buat mama aku bising sampai berbuih air liur cakap, pastu mama suruh aku n angah pulak nasihat. Tapi, tak jalan jugak. Dia malas study, <macamlah aku rajin benor study kan? Tapi, mama puji kot aku masa SPM rajin study, takyah suruh pon, balik sekolah study, pastu banguk kol 3-4 pagi study. Pergh, macam tak percaya aku serajin itu. Hahaha. Kalau boleh dia taknak tusyen. Sampai menangis taknak tusyen tapi mama aku paksa jugak. Dia kata cukup apa yang dia belajar kat sekolah. Masalahnya, aku suruh study atau tanya apa yang dia tak faham kat aku n angah, tapi haram ditanya. Balik rumah weekend menghadap PC, tusyen dan tidur. Aku cakap sementara along dengan angah ada ni, gunakanlah kitorang. Aku siap beli whiteboard nak mengajar. Haish.

2. Kat tempat kerja

Dulu kan masa aku kerja kat Permai, manager semua strict eh taklaa semua tapi boleh laa. Macam semua ada goal yang sama. Kalau salah memey kena tegur direct. Memanglah kita tak suka cara dia, rasa nak penyepak muka dia tapi satu benda yang aku sedar disebabkan dialah aku terdidik dengan baik dan berdisiplin.Kita ni bila dah kena tegur sekali, seboleh-bolehnya tak mao repeat the same mistakes kan? So, dari situ perlahan-lahan kita dah berubah sedikit demi sedikit. Pastu, bila kerja mesti nak buat yang terbaik dan serve customer dengan pantas dan tepat. Percent kasi hijau je. Mystery shopper pon zero comment. Tapi, laa ni bila aku masuk Gateway, aku terkejut gila dengan perubahan yang i dont know how to describe. Aku ni casual labor je takkan aku nak tegur, weh ni salah, tak boleh camni. Memang tak r kan? Sepatutnya manager dia laa kena strict. Aku cuma cakap dalam hati, kalau buat perangai camni kat Permai, dah lama kau kena maki dik oii. Oh tadi aku jumpa kak Siti ex-manager Permai kat Maybank. Pastu, aku story-mory laa. Then, dia pon terkejut, sebab supposedly kat Gateway tu boleh jadi tip top sebab hasil didikan dari Permai but things not happen like what it supposed to be. Hmm susah laa kalau dah mula dimanjakan, memang susah la kita nak ubah kan. 

Sepatutnya, kita ni kena ada gap tau between pekerja dan manager. Emm, aku cakap camni bukan sebab aku budak universiti, amek course Sumber Manusia. Takde kena mengena pon, ini common sense. Kau tak boleh nak bergurau senda atau bertepuk bertampar dengan manager kat tempat kerja waima kau kat luar macam belangkas dengan dia. Oh ini random talk. Kalau korang kerja sama tempat dengan kekasih hati, tolonglah jadi profesional. Jangan nak sweet-mweet di situ, kalau dia buat salah tegur, jangan kau cover dia sebab dia kekasih kau. UNFAIR GILA namanya. Kalau aku jadi pihak atasan, aku akan separate sape2 yang couple atau husband-wife lain2 shift atau hantar store lain. Nampak kejam kan? Tapi atas nama profesionalisme we have to as you dont know how to be profesional in workplace. Satu benda yang kau kena belajar, respect them as your manager. Ini boleh pulak manager kena ikut cakap staff, hoi ini memey aku tak boleh terima.

3. In relationship

Haa tetiba aku dapat idea. Contoh kau nak kekasih hati kau tu berubah, kau kena tegas. 'Kalau betul U sayang I, I nak U stop smoking.' Mesti ada yang kata kau kena terima both kebaikan dan keburukan dia. Beb, benda boleh ubah kan, bukannya fix. Disebabkan rasa sayang yang melimpah ruah tu, mesti dia cuba punya. Lagi satu, kalau kekasih kau tu jenis asyik-asyik nak pegang tangan, kissing, hug and etcetera, kau kena tegas dengan pendirian kau. 'I tak suka U buat camtu selagi kita tak HALAL'. Cakap dengan tegas jangan nak meleret-leret pulak cakap tu. Pandang mata dia, muka tu serius jangan nak buat muka manja-manja kucing pulak. Aku buh penampaq kat hang satgi. Haa ini semua aku belajar masa pergi T.O.T by LPPKN sem lepas. Abstinensm ke apa ntah tajuknya hari tu. Kau dah tau apa jalan-jalan ke arah ZINA, so kalau dia dah bagi mukadimah tu, kau cantas cepat-cepat, jangan kau pon sama leka. Kang dah tergadai apa pon tak boleh ditarik balik. Paham ke idak ni? 

Cukuplah 3 ni je aku bagi contoh. Moga ada input untuk korang. Pada pandangan aku, perlu jadi tegas untuk melahirkan seorang yang berdisiplin. Aku tak nampak cara lain. Kalau korang kata kalau kita nasihat hati ke hati <lah sangat tu> dengan anak-anak ke sape2 je laa, percent untuk 'jalan' tu memey tipis. Kalau kau jenis tak reti marah anak atau orang bawahan kau lagi laa teruknya. Biar je mereka buat perangai. Sungguh aku respect dengan ketabahan dan kesabaran korang. 'Biar mereka marah kita sekarang kerana di masa hadapan mereka akan berterima kasih dengan kita'. And by then i thanks those who had teached me to be Human being in term of Kemenjadian Sahsiah. Walaweh ayat macam apa ntah. Aku ni bukanlah seorang yang boleh dijadikan role model, masih jauh lagi untuk sampai ke arah itu. Tapi aku bangga kerana aku one of hasil didikan yang strict. Wallahu'alam.

Monday, 21 July 2014

6 cara untuk jadi matang

Assalamualaikum.

Ok aku malas nak buat pendahuluan yang tersangat-sangatlah cliche which is i am neglecting my blog day by day. Ok kita terus straight to the point. Muahaha. So, korang nampak kan tajuk di atas which is MATANG. Suddenly cross in my mind before I slept. Aku tak suka idea datang bila time aku nak tidur which is memey tak lah aku nak buka laptop dan menaip. Masalahnya aku akan lupa apa yang pop out in my mind on the other day. So, aku buat memo kat phone. But then still have problem which is I just wrote the title but the whole point2 that i had think i did not jot down. Erghhh.

Ok enough, klo nak jadi matang tak boleh merepek dear Syira. Haha. 

Ok now i wanna be a bit serious.

Sekarang ni kan umur aku dan 2 series, oh my! Aku rasa dah tua sangat klo umur dah layak mengundi tu but still age is just a number. Hek mung.  I miss my childhood and teenagers life lalala. Ok, what i want to say is how u knew that you are matured enough?

1. Kau dah tak layan nonsense things

Emm contohnya, kat facebook tu orang dok sibuk hantar invitations to play lalala game but then you dont think you are supposedly to play that game in this age. Bagi aku, benda tu aku layan suka-suka masa awal-awal aku ada FB which is during my secondary school. Klo FB tu wujud masa aku primary school, then i will not play that game during my secondary school laa kan. Aku bukan kata yang main game tu tak matang. No, it just at one time you think that 'my time is so precious to waste for not so important thing'. Haa like that. Kalau dapat ke mama aku, memey dah kena sedas, klo kitorang tengok cerita kartun or main game. Mama aku kata 'Bukan taraf kome nak main atau tengok kartun ni'. Maksudnya bukan umur korang yang layak buat such thing. 

Oh nonsense thing ni bukan hanya pada games only. I'm sorry gamers. Aku tak marah korang main FIFA, PES tu semua, aku suka sangat. Pergi main sana ye. Tapi, ada limit laa bro, takkan the whole day kau duduk dalam bilik menghadap laptop or PC, itu memang mengundang kemarahan parents kau. Tak berkembang otak. Baik kau kahwin je dengan laptop tu. Oh back to nonsense things ni include laa menonton TV, scroll phone every minute <ehem>, actually dalam 24 jam tu ada banyak lagi benda yang bermanfaat kita boleh buat. Mengaji dah ke belum hari ni?

2. Kau dah mula serious in relationship

Maksudnya di sini, selama ni kau couple or scandalicious just for fun. But now, you start to think that I have to find someone that i can live with forever and ever. Faham ke idak? Haa, kalau kau dah masuk 2 series but still not take seriuos on your relationship, go die then something wrong somewhere dude. Which mean kau ni memang tak layak untuk jadi suami/isteri orang lagi atau more directly you are not gentleman. Tak penat ke dari sekolah kerja kau couple-break-couple-scandal. Better u find someone that u love and u can rely/believe can be a good mom to your future childres. Haha, amboi sangat kau pk sampai ke anak-anak but it is a serious matter beb.

3. Malas nak jadi punca atau melayan masalah

Ok, ini bukan lari dari masalah. Haish aku tak tau nak buat ayat macam mana in Malay. Ok aku bagi cerita eh. Contohnya macam ni, dua orang kawan baik kau bergaduh-tak bercakap langsung for months. Then, either one of your friend akan cuba tarik kau untuk back up dia and jangan kawan with the other friend. Err, paham ke idak ni? Both of your friends will tell you the whole story or so-call luahan perasaan kat kau laa kan. So, sekarang kau dah tau cerita sebenar, then now you have 2 choices either you want to help them to solve the problem or just let them be but u still friend with both of them. Kira macam kau adil dan saksama, friendship kau takkan terputus walaupon mereka bergaduh tapi friendship kau still on. Haa cenggitu laa ceritanya. 

Lagi satu, kalau contoh dalam satu team tu semua jenis nak tegakkan pendapat dia bermati-matian no matter what happen. Kena laa ada sorang pendamai macam kalau semua api kena ada yang jadi airnya. Walaweh kau punya ayat...Kalau semua nak menang sampai ke sudah tak dapat solve problem. Kalau macam aku. aku ni sebenarnya dalam hati tu membuak-buak rasa nak marah bila orang buat sesuatu yang menyusahkan aku. Aku rasa cam kau datang jumpa aku, aku nak maki hamun dan sepak terajang kau semua laa asalkan puas hati aku. Tapi, bila akal rasional aku lebih sikit dari emosional, aku fikir for what i'm doing that? Bukan boleh settle masalah pon. At the end bermasam muka and aku juga yang kena settle everything alone. So, prinsip aku, 'I'm doing my work and also your work <i dont care> as long as the programme or activity that we had planned are going well no matter what happen'.

4. Dah tak meroyan kat social media

Hahaha, ok yang ni aku self reminder jugak la. Aku cuba kurangkan meroyan kat social media. Kalau nak marah try to cool down, share problem dan menangis tersedu-sedan sampai bengkak mata. Akan sampai satu saat bila kau baca TL or comment orang lain, kau akan cakap 'Weh, amenda doe kau ni. Childish gila comment camni'. Kalau kita baca balik apa yang kita post dulu-dulu rasa nak menyorok kot, bapak r malu gila. Tapi, nasib lah dulu tu budak lagi. Budak sekolah, budak lepasan SPM. Oh ni aku nak cakap kalau aku baca status adik-adik, aku cuma akan tersenyum dan cakap 'Takpelaa, korang budak baru nak up, aku dulu pon camtu jugak tapi budak sekarang lagi aum aum beraninya uolls'. 

Tapi yang aku tak boleh nak terima bila kita dah 2 series still bergaduh kat social media. Jadahnya. Ada yang dah kahwin pon nak bergaduh. Dan aku paling rasa nak bagi penampor bila kau berebut jantan sampai putus tali persahabatan yang dah bertahun-tahun kau bina tu. Whatthe! Come on kumbang bukan seekor, kalau yang korang dok rebutkan tu gaji dia berjuta ke pergi masjid tak tinggal ke takpe jugak. Ini bukan menghina ke apa, tapi hmm tak taulah nak cakap. Bila dan cinta kentut dia pon kau bau wangi, bila dah cinta muka macam pecah rumah pon kau kata handsome. Suka hatilaa.

5. Mula berubah menjadi Muslim yang sejati

Haa tudiaa ustazah mai mana tak tau. Weh, aku bukan nak jadi ustazah, aku tau aku pon tak fully covered, ilmu agama pon tak tinggi mana. Tapi, sebagai sesama Muslim, sama-sama nasihat. Aku suka sangat kalau ada orang nasihat aku. Contoh yang paling banyak nasihat aku comfirm laa adik aku si Faris tu. Dah nama pon dia sekolah agama. 'Along, pakai anak tudung laa', 'Pakai make up tebal 10 inch padahal aku pakai compact powder je weh' 'Jangan pakai jeans. Err weh aku pakai jeans tak ketat eh'. Eh banyak menjawab kan along kau ni. Ok ok along cuba berubah siket-siket ye. Aku ni bila nak nasihat orang, aku akan cakap kat diri aku yang 'Syira kau pon tak betul mana lagi, sibuk nak ajak orang berubah', 'Depa dah besaq, boleh pk mana betui mana salah' but then i read somewhere that no matter who you are, amar makruf nahi mungkar tu perlu diamalkan. Ye, aku tau tapi aku tak kuat. And the reason why i'm persuade you to go for usrah, Pusat Islam and etc is because i want a strong bonding to change for a better Muslim. Aku bukan nak berlagak atau bajet-bajet alim, NO. 

Cuma itu je yang aku nak. Aku nak ada support yang kuat. Nak berubah tu sangat susah. At least bila kita dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai goal yang sama, kita akan bersama-sama during ups and downs. Get it? Bila aku sorang-sorang je nak berubah, benda tu takkan terjadi atau pon sangat susah nak berjaya. Aku akan bersemangat berkobar-kobar di awalnya, but at the end aku give up. Aku sedih sebab aku failed dengan misi aku.

6. Pengalaman mematangkan usia

Haa mesti korang dah biasa dengar ayat ni kan? Well its actually means a lot ok. Kalau kau takde banyak pengalaman which is kau tak pernah ada experience kerja, kau tak involve in any organizations/club during your school and university life then you know nothing and you gain nothing. Contohnya, kalau lepas SPM, kau memang rilek kat rumah, kau mungkin terkejut bila dah kerja nanti. Kau kena tau kat tempat kerja tu, pasti akan ada isu politik, ada kaki gosip, kaki skyving and etc.

 Pastu, bila kau ada masalah kau akan lebih cool to overcome the problems. Dan kawan-kawan kau akan nampak betapa kau dengan tenang boleh settle problem. Ceceh gaya cam aum aum je cakap cenggini kan? Ini apa yang aku dapat bila buat sesi luahan hati dengan Angah beberapa hari lepas. Haha. I told uolls, just grab whatever chances that can enhance your skills. Kau mungkin tak nampak kepentingan kau joined persatuan sekarang, tapi orang di sekeliling kau akan nampak perubahan kau. Contohnya, kau dah pandai manage time. Bukan aku orangnya, aku hidup terumbang-ambing lagi. Aku cakap orang lain ye. Kita sendiri pon boleh rasa sebenarnya, ahh malas nak cite kang cakap aku nak show off pulak. Hmm k bai. Tapi, memang berguna either in future or now for yourself. 

KONKLUSI

Ok itu je yang aku dapat fikirkan setakat ini. Aku tegaskan sekali lagi, i'm not saying that i am matured enough but i try to be. Dan semua point-point di atas tu bukan nak kenakan batang hidung korang sebab aku sendiri pon terkena toing toing. Berbintang sudaa kepala ku. Aku mintak maaf kalau ada yang tersentap gila babas dengan points aku di atas ini. It just a random topic that i want to share with uolls. Last but not least, 'Pengalaman mematangkan usia'. So, explore new things and dont ever give up in whatever you do in life. Puih nasihat orang gaya awak tu dah bagus kan. Heh.

*skyving-melepak. Ini term crew mcd guna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...