Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 22 July 2014

Disiplin melalui didikan yang tegas

Assalamualaikum.

Haish, kalau datang mood rajin menghupdate tu memey berderet-deret entry kan, cuba datang mood malas memang sebulan satu entry la jawabnya. 

Ok ini adalah pandangan aku based on my observation. Kenapa aku cakap seseorang tu atau kena ada yang strict dalam sesebuah organisasi atau institusi kekeluargaan? Sebabnya disebabkan dia strict lah disiplin kita terjaga. Korang tak peraya? Meh aku bagi contoh. 


1. My family

Ok dalam family, mesti ada sorang yang garang atau strict la either your mom or dad. Contoh macam mama aku kalau kitorang ada buat salah memey mama aku bising, kalau panggil banyak kali tak gerak lagi. Mama aku akan cakap 'Lagi sekali mama panggil, tak cakap banyak dah, mama tampar terus'. Haa kau berani buat perangai? Pastu kita kan dah terbiasa layan movie kat laptop sampai tak tidur malam, mama aku akan bagi warning 'Jangan sampai mama hempas laptop tu'. Gila tak sayang laptop, so baik ler tidur. Aku ingat lagi, dulu petang-petang kitorang memey keluar main ronders ke bola ke, then mama aku akan cakap balik on what time, in case you tak balik on that time, haaa 'Nanti mama datang bawak kayu'. Pergh, memey masa main tu asyik2 tengok jam, cuak kot. Lagi satu malu ler mak datang tempat main dengan kayu, kan? Pastu, biasalah kan kawan-kawan mesti cakap 'Alaa, lepak la dulu, awal lagi ni'. Kalau ikot hati, memey nak lepak atau main lagi, tapi mama kitorang lagi penting. Memang kau saja nak mengundang kalau balik lewat. So, based on examples i have given to uolls, kitorang ni memey tak laa nak buat perangai yang teruk-teruk, kitorang ni takde baik mana. Tambah2 aku yang degil ni kan, aku bukak jugak laptop, tapi takde lah sampai tak tidur. 

Mungkin orang akan kata, mana boleh didik anak macam tu. Tak baik untuk perkembangan otak anak-anak blabla. So what, do i care? Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab mama dan ayah didik kami dengan baik. Mama selalu compare dengan anak orang, dan aku akan cakap 'Hmm yelah anak mama lah baik'. Then mama cakap 'Yelah walaupon ada jugak buat perangai tapi takdelah seteruk anak orang'. Terutama bila orang cerita anak lelaki depa perangai kemain lagi, Alhamdulillah adik aku masih ok. Dulu aku cukup takut kalau dia smoking, maksu cakap umur 13-15 tu laa penentu sama ada dia terpengaruh dengan rakan sebaya atau tak. Alhamdulillah, adik natural. Aku acap kali tanya, dalam kalangan kawan kau takde ke yang smoking? Dia cakap ada je. Then, aku tanya kenapa kau tak smoking? Dia kata 'Nak buat apa? Buang masa dan duit je'. Ok, along harap kau maintain sampai akhir hayat. 

Aku takdelah nak puji adik aku tu melambung, ada je perangai dia yang buat mama aku bising sampai berbuih air liur cakap, pastu mama suruh aku n angah pulak nasihat. Tapi, tak jalan jugak. Dia malas study, <macamlah aku rajin benor study kan? Tapi, mama puji kot aku masa SPM rajin study, takyah suruh pon, balik sekolah study, pastu banguk kol 3-4 pagi study. Pergh, macam tak percaya aku serajin itu. Hahaha. Kalau boleh dia taknak tusyen. Sampai menangis taknak tusyen tapi mama aku paksa jugak. Dia kata cukup apa yang dia belajar kat sekolah. Masalahnya, aku suruh study atau tanya apa yang dia tak faham kat aku n angah, tapi haram ditanya. Balik rumah weekend menghadap PC, tusyen dan tidur. Aku cakap sementara along dengan angah ada ni, gunakanlah kitorang. Aku siap beli whiteboard nak mengajar. Haish.

2. Kat tempat kerja

Dulu kan masa aku kerja kat Permai, manager semua strict eh taklaa semua tapi boleh laa. Macam semua ada goal yang sama. Kalau salah memey kena tegur direct. Memanglah kita tak suka cara dia, rasa nak penyepak muka dia tapi satu benda yang aku sedar disebabkan dialah aku terdidik dengan baik dan berdisiplin.Kita ni bila dah kena tegur sekali, seboleh-bolehnya tak mao repeat the same mistakes kan? So, dari situ perlahan-lahan kita dah berubah sedikit demi sedikit. Pastu, bila kerja mesti nak buat yang terbaik dan serve customer dengan pantas dan tepat. Percent kasi hijau je. Mystery shopper pon zero comment. Tapi, laa ni bila aku masuk Gateway, aku terkejut gila dengan perubahan yang i dont know how to describe. Aku ni casual labor je takkan aku nak tegur, weh ni salah, tak boleh camni. Memang tak r kan? Sepatutnya manager dia laa kena strict. Aku cuma cakap dalam hati, kalau buat perangai camni kat Permai, dah lama kau kena maki dik oii. Oh tadi aku jumpa kak Siti ex-manager Permai kat Maybank. Pastu, aku story-mory laa. Then, dia pon terkejut, sebab supposedly kat Gateway tu boleh jadi tip top sebab hasil didikan dari Permai but things not happen like what it supposed to be. Hmm susah laa kalau dah mula dimanjakan, memang susah la kita nak ubah kan. 

Sepatutnya, kita ni kena ada gap tau between pekerja dan manager. Emm, aku cakap camni bukan sebab aku budak universiti, amek course Sumber Manusia. Takde kena mengena pon, ini common sense. Kau tak boleh nak bergurau senda atau bertepuk bertampar dengan manager kat tempat kerja waima kau kat luar macam belangkas dengan dia. Oh ini random talk. Kalau korang kerja sama tempat dengan kekasih hati, tolonglah jadi profesional. Jangan nak sweet-mweet di situ, kalau dia buat salah tegur, jangan kau cover dia sebab dia kekasih kau. UNFAIR GILA namanya. Kalau aku jadi pihak atasan, aku akan separate sape2 yang couple atau husband-wife lain2 shift atau hantar store lain. Nampak kejam kan? Tapi atas nama profesionalisme we have to as you dont know how to be profesional in workplace. Satu benda yang kau kena belajar, respect them as your manager. Ini boleh pulak manager kena ikut cakap staff, hoi ini memey aku tak boleh terima.

3. In relationship

Haa tetiba aku dapat idea. Contoh kau nak kekasih hati kau tu berubah, kau kena tegas. 'Kalau betul U sayang I, I nak U stop smoking.' Mesti ada yang kata kau kena terima both kebaikan dan keburukan dia. Beb, benda boleh ubah kan, bukannya fix. Disebabkan rasa sayang yang melimpah ruah tu, mesti dia cuba punya. Lagi satu, kalau kekasih kau tu jenis asyik-asyik nak pegang tangan, kissing, hug and etcetera, kau kena tegas dengan pendirian kau. 'I tak suka U buat camtu selagi kita tak HALAL'. Cakap dengan tegas jangan nak meleret-leret pulak cakap tu. Pandang mata dia, muka tu serius jangan nak buat muka manja-manja kucing pulak. Aku buh penampaq kat hang satgi. Haa ini semua aku belajar masa pergi T.O.T by LPPKN sem lepas. Abstinensm ke apa ntah tajuknya hari tu. Kau dah tau apa jalan-jalan ke arah ZINA, so kalau dia dah bagi mukadimah tu, kau cantas cepat-cepat, jangan kau pon sama leka. Kang dah tergadai apa pon tak boleh ditarik balik. Paham ke idak ni? 

Cukuplah 3 ni je aku bagi contoh. Moga ada input untuk korang. Pada pandangan aku, perlu jadi tegas untuk melahirkan seorang yang berdisiplin. Aku tak nampak cara lain. Kalau korang kata kalau kita nasihat hati ke hati <lah sangat tu> dengan anak-anak ke sape2 je laa, percent untuk 'jalan' tu memey tipis. Kalau kau jenis tak reti marah anak atau orang bawahan kau lagi laa teruknya. Biar je mereka buat perangai. Sungguh aku respect dengan ketabahan dan kesabaran korang. 'Biar mereka marah kita sekarang kerana di masa hadapan mereka akan berterima kasih dengan kita'. And by then i thanks those who had teached me to be Human being in term of Kemenjadian Sahsiah. Walaweh ayat macam apa ntah. Aku ni bukanlah seorang yang boleh dijadikan role model, masih jauh lagi untuk sampai ke arah itu. Tapi aku bangga kerana aku one of hasil didikan yang strict. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...