Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 23 July 2014

Raya 2014 yang suram

Assalamualaikum.

Maaf ler puasa pon tak habis lagi, aku dah up entry pasal Raya. Bukan apa, i just want to share my feeling and thought. Bila lagu raya berkumandang di corong-corong radio, aku tak rasa teruja pon. Entahlah i also dont know. Eh, actually i know the reason, but let me keep it alone. Ada banyak reasons tapi takdelah semuanya nak share kat sini kan.

1. Perginya orang-orang yang aku sayang

Aku rasa kosong gila sekarang ni. Cuba bayangkan eh, bila balik Terengganu tok dan tok ki dah takde. Memanglah family Ayah Long tinggal kat situ, satu kampung tu family-related but the feel is not there. Kalau dulu mesti rasa teruja gila balik kampung. Betullah orang kata bila orang tua takde, anak-anak mula menjauhkan diri macam tak mao balik kampung dah. Pastu, belah Ipoh pulak semua tinggal kat Selangor. Rumah tu dah jadi rumah mak yong. Atok pulak tinggal rumah maksu. Kira bila raya, baru kitorang semua berkumpul. But still akan terasa kehilangan, dah takde opah yang akan masak beriya-iya, pergi solat sunat hari Raya kat Masjid Negeri Ipoh. Every time aku solat kat masjid negeri, mesti menangis, macam terasa-rasa kehadiran opah di saf hadapan muslimat. Alfatihah untuk arwahyarhamah opah, arwahyarham tok ki dan arwahyarhamah tok Melah.

2. Aku tak balik raya

I do feel guilty for not going back to both mama and ayah hometown sebab aku kerja masa hari raya. Nak cari duit pergi Uzbek awal tahun depan. Huh, alasan kan Syira, padahal duit simpanan ada. Err emm camne ek, macam apa yang aku cakap laa. Aku takde hati nak balik due to lalala crisis. Aku ajak Angah sekali kerja masa Raya. Disebabkan kitorang dah pindah masuk rumah baru di Telok Panglima Garang dan rumah kat Puchong Intan tu ayah bagi Pakistan sewa, jadinya kami akan menumpang di rumah opah kat Kg. Kenangan. Dan kalau ada yang nak mengata aku teruk, lebih pentingkan duit dari family relationship, its ok. I dont care cause you are not in my shoes Aku ada misi yang perlu ditunaikan. Rumah baru kan. so semua benda aku nak baru. Haha. Dan demi untuk memuaskan nafsu sendiri, its better if i work on my own. Takkan aku nak mintak ayah beli. Lagipon, apa barang dok rumah saja-saja. Aku ni jenis tak boleh kalau takde duit kat tangan sebab aku ni tak boleh lekat kat rumah, kerja nak berjalan je. Therefore, i need to work to get money. Ok get it? Lagipon, aku dah besar laa takkan nak beratur atau pergi rumah ke rumah buat collection duit raya pulak kan?

Satu yang aku kesalkan ialah tahun ni tak dapatlah kami sepupu-sepapat belah Ipoh pergi berjimba bersama-sama. Aktiviti tahunan yang baru saja kami buat ialah pergi mall macam rombongan sekolah yang dikepalai oleh aku sebagai cucu sulung including those yang 6 tahun ke atas pergi mall tengok wayang, main bowling dan makan pastu balik. As simple as that as long as bonding kitorang kuat, Hahaha. Along mintak maaf laa ye wahai adik-adik sepupuku sekalian.

3. Parents aku tak sihat

Emm ni memang tamparan yang agak kuat untuk aku hadapi. Masa aku tengah final, mama inform yang mama kena operate untuk buang rahim sebab doctor diagnosed as early stage womb cancer. Kau bayangkan macam mana aku rasa nak balik time tu jugak. Supposedly mama kena operate Isnin lepas tapi tak jadi sebab mama batuk. So, postpone to after Raya. But then, aku rasa bersyukur sangat, aku baru diuji siket. Masa tengah final week tu, ada one of my so-called friend la eh sebab aku kenal dia masa program KaSIH 2014 hari tu. Takde laa rapat sangat, but we know each other. Ayah dia meninggal masa final week which is dia ada paper lagi. Aku menangis doe, aku pk macam mana kalau aku kat tempat dia. Ahh there are lots of thinngs to think about. May Allah ease everything for us. Ya Allah berikanlah kesembuhan penyakit dan kesihatan yang baik kepada diriku, Mama, ayah,  adik2ku, kaum keluargaku, para pendidikku, serta semua umat Islam di seluruh dunia. Ya Allah, kau berikanlah kesempatan untuk kami adik beradik membalas jasa mama dan ayah serta kesempatan untuk mereka merasa duit hasil usaha kami. Amiin Ya Rabbalalamin...

Itulah antara sebab-sebab kenapa aku rasa raya tahun ni tidak seperti raya tahun-tahun lepas. Moga aku kuat hadapi apa sahaja rintangan dan dugaan. Aku tau Allah takkan bebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu hadapi. Syira kuat, Syira tabah, Syira ada family, kawan dan juga anda yang di alam maya yang akan support me during my ups and downs. Hati aku ni memang mudah sangat kapas, bila baca pasal kematian, pasal #MH17 #Pray4Gaza semua tu memang mudah sangat mengalir air mata. Aku tau bila-bila masa je kita boleh mati, tak kira lah kau tua ke muda ke semuanya dah tertulis di Loh Mahfuz lagi. Sesungguhnya hanya pada Allah tempat kita meminta. Semoga kita mati dalam keadaan yang baik maknanya jauh dari kemungkaran. Dan jangan lupa doakan kesejahteraan umat Islam walau di mana saja kita berada atau dalam apa jua yang kita tengah buat sekarang. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...