Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 22 August 2014

Mengenang MH17

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

 

Yea hari ni, kita MALAYSIAN tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik, sama-sama bertafakur selama seminit. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, cuaca pon sedang elok. Aku ucapkan tahniah pada kerajaan Malaysia yang bertungkus-lumus melakukan yang terbaik dan juga pada semua yang terlibat secara dan tidak langsung including rakyat marhaen macam kita.

Aku tengok live streaming from TV1. Mula-mula bukak TV3 n Astro Awani tapi stuck, so layan je la TV Government pon. Janji dapat melihat moment terakhir jenazah-jenazah mangsa MH17. Aku tak tau nak cakap apa, sedih sangat. Even they are not my family members, but the feel of lost someone that we love was there. Maybe i've been through it before, so I knew hot it feel. Al Fatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita dan juga semoga keluarga mangsa tragedi ini diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup. I dont know how if I'm one of the victim's family. Oh Allah! You're those who have enough strength to face this. Allah always there for you.

Yang paling menyayat hati aku ialah mangsa yang berasal dari Sarawak tu. 6 sekeluarga meninggal dalam sekelip mata, Allahu Akbar! Then, aku sebak gila bila fikirkan tentang anak Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi yang berumur 8 bulan. Ya Allah, anak itu masih kecik, dia tak tau apa-apa. Moga ibu beliau kuat semangat untuk membesarkan anaknya. Amiin. One more, arwah yang sepatutnya habis study tahun depan, aku rasa cam 'Ya Allah, kita telah kehilangan bakal pensyarah muda'. And i thought of how the family faced it. Dan lagi satu mendiang pasangan suami isteri yang mana anak dia tak dapat disemadikan bersama parents, i'm sad...

And my deepest condolences go out to the families who are waiting and currently receive their loved ones. Be strong, i know that its easy to say because not me or other people are facing it. But one thing for sure, we are Malaysians who feel what U feel and we mourn together.

Moga negara kita selamat dari segala bencana dan musibah dan semoga berada dalam lindunganNya. Amiin.
   

Thursday, 21 August 2014

Coretan Hati #1

Assalamualaikum.

Aku tidak tahu apa tajuk yang sesuai perlu ku beri untuk entry kali ini. 
Cukuplah kau faham apa yang cuba aku sampaikan.
Biar aku meluahkan apa yang terjentik di hatiku ini.
Ini bukan syair mahupon puisi indah,
Cuma mengikut rentak hati yang bakal mati.
(walau sebenarnya aku cuba untuk menjadikan puisi, tapi suka hati aku lah nak buat camne pon)

Dalam kita makin mendekatkan diri kepada Maha Pencipta,
Kita lupa tentang mereka yang ada di kiri kanan kita,
Benarlah kata keyboard warriors,
Tatkala ustaz-ustazah di media sosial menegur,
Ini jawab mereka,
Betulkan keluarga kau dulu, baru sibuk urusan orang lain!

Allahu Akbar!

Aku lalai, leka, alpa,
Aku manusia,
Aku juga bukan orang yang selayaknya menegur,
Namun ku punya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar,

Pada aku,
Kita sama sahaja,
Cuma perlu sama-sama beribadah,
Tiada yang pasti tempatnya di sana,
Sedang yang solat setiap waktu,
Yang menutup aurat sepenuhnya,
Pon belum tentu tempatnya di Syurga,
Apatah lagi yang sudah lama tidak sujud di tikar Sejadah.

'Kubur kita lain-lain' kata kau,
Kau dengan cara kau,
Aku dengan cara aku,
Namun kau lupa kita punya visi yang sama di Akhirat nanti,
Mungkin kau alpa yang mayat kau tidak akan bergolek turun sendiri
ke liang lahad waima memandikan diri sendiri detik itu nanti,

Dunia sudah semakin tua,
Tanda-tanda Kiamat sudah semakin banyak,
Tapi, dimanakah kesedaran kita?
Masih asyik dengan duniawi dan seronok melakukan maksiat.
Aku bukan saja marah, kesal dan kecewa dengan sikap kamu,
tapi aku juga marah, kesal dan kecewa dengan diri sendiri,
yang sering gagal menjadi manusia dalam erti kata sebenar.

Iman itu ada turun naiknya,
Di saat aku tersedar aku mula mencariMu,
Di saat aku terleka aku terus hanyut dari peganganMu,
Ya Allah,
Dekatkan hati kami denganMu,
Lindungilah kami dari tergelincir dari jalan yang lurus.
Istiqamahkan kami dalam melakukan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. 

Ini aku versi tersedar dari lena yang panjang. 
Dakwah pada diri, 
keluarga dan orang terdekat  (kawan,jiran)
seterusnya public.
 Aku lupa itu semua, 
sedang diri masih terkontang-kanting, 
lagi mao mengajar orang itu ini.

Jangan ingat Syurga itu milik kamu seorang, 
Sekian aku tak tau mesej tu sampai atau tidak,
Mohon aku sedar diri.

Monday, 18 August 2014

The Life After It

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
Hey whats up? Hope u're fine in your own world. Well, today i would like to shared something, of course its relate to feeling and most importantly is about my mom. 
 
How do U feel if U was diagnosed as blabla cancer? Or your family members? Do U feel sad? Of course for sure, U will feel sad, feel like U'll have just another months or years to live. U think that its no use to live after u had been diagnosed as cancer warrior. Actually, last sem in BEL class i choose to talk about cancer because of my late grandma wad died as brain tumor and my mom was diagnosed as cancer rahim. ( i dont know what kind of pangkal rahim ke apa ke)

Dah ler cakap omputih, iolls kan tak pandai, kang berbelit lidah dan tangan. Cehh, padahal aku malas nak google terms medic ni. Aku cakap bahasa yang kita (non-medic) paham la ye. 

Mama aku selalu check in n check out hospital sebab selalu bleeding dan kurang darah. Bleeding bukan main2 tau, banyak gila, darah berketul-ketul. Actually dulu my mom was diagnosed as fibroid in year 2004 something. (ni nama penyakit tau, mohon google). Pastu dah ok, then in 2010 datang balik. Pastu, pergi berubat rawatan Islam dan tradisional, well biasalah kan klo pergi cara ni mesti cakap kena santau semua tu. Ye betul, standard lah kan adat orang berniaga. But then, pergi hospital, doc cakap masa sebelum Ramadhan tahun ni masih early stage cancer rahim. Supposedly, operate bulan July lepas, aku balik secepat mungkin after exam sebab mama minta date yg semua anak mama ada. But then terpaksa postpone 2 kali sebab mama batuk. 

But at last by hook or by crook, kena buat jugak on 10 Ogos lepas. Actually, aku berat hati kot nak bagi mama operate sebab mama ada kencing manis dan darah tinggi. Walau aku bukan budak medic, tapi aku tau laa based on experience. Pastu, aku tanya senior aku yg amek medic, dia explain blabla, aku rasa lega cket bila mama aku takde sakit jantung. Aku tau ajal maut di tangan Allah but still hmm, ada ke orang yang bersedia untuk hilang orang yang dia sayang. Ada? No rite.

Doc cakap the operation will undergo about 4-5 hours only but then it took the whole day. Aku risau gila babeng wa cakap lu, sampai tak makan. Ayah aku tunggu kat luar bilik bedah, aku jaga kedai. Actually pagi tu ayah suruh aku tunggu but then i try very hard to avoid it. Aku tak sanggup nak jadi orang pertama yang terima berita. If U could understand me. Ayah pon tak makan, aku cakap la, patotnya ayah boleh je lunch kat kafe hospital tu. Tapi, ayah cakap 'Kang klo doc cari waris, camne? Ayah pergi solat je'. Ok. Dah petang dekat nak Maghrib baru Mama keluar, aku tak tau nak cakap camne. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah.

Actually, parents aku tak kasi bagi tau semua orang sebab tu aku tak update status kat FB tu cuma mohon family n kawan2 doakan via whatsapp je. And i hope by doing that, if something happened, i know that uolls always beside me give me courage and etc. Kau ingat senang ke nak sorok benda ni, bila customer datang kedai, tanya mana ayah n mama, aku nak jawab apa. 

Oh pastu, last week tu macam-macam benda yang mendebarkan berlaku. Syukur Alhamdulillah semua berita yang menggembirakan. Angah dapat sambung degree kat UTHM, daftar 1/9 ni. Ke Johor ke kita? Then, result aku pon keluar last week. Debor sangat tau sebab soalan killer nak mati. Erk ke aku yang tak study, orang lain rilek je. Alhamdulillah takde repeat n pointer naik walau tak DL. Aku rasa cam kena repeat semua paper kot. Ya Allah rasa nak menangis bergolek-golek. So, by then, family aku buat kenduri kesyukuran dan Tahlil dan Doa Selamat Rumah Baru pada 30 OGOS ni. Semua yang dikenali dijemput hadir ke rumah family saya di Telok Panglima Garang.

Oh pastu, doc cakap la kat mama, usually patients who diagnosed as cancer will live up to 5 years only. Paling lama bertahan dan kuat semangat of course u get my respect, late Azean Irdawaty. I dont know from where she get that courage to stay strong. And I hope my mom will be as strong as her. Doc cakap pesakit cancer ni kena kuat semangat, happy, just life and act like before u knew that u have cancer. Tapi, kau rasa boleh ke kita nak bergembira bila dah tahu keadaan kita cenggitu. 

Pastu, nak cerita on term of what the other family members would feel. Penipu nak mamp klo kata tak sedih atau terkesan. Aku cuba pura-pura untuk think positive, act like nothing happened to mama, padahal dalam hati, menangis hiba. Pastu, apa kau rasa bila mama cakap camni 'Tahun depan entah ada lagi ke x mama ni' or 'Tahun ni insha Allah sempat hantar Angah masuk U, tahun depan tak tau lah merasa ke idak mama hantar adik'. Oh my, aku rasa nak menangis like crazy at that time but i dont want mama nampak aku lemah. Aku mesti la nak tunjuk aku kuat kan walau hakikatnya hatiku selembut kapas. 

Ya Allah, i cant imagine my life without mama. Ya Allah, berikanlah kami adik beradik kesempatan membalas jasa mama dan ayah, beri mereka kesempatan untuk melihat anak-anaknya konvo, biar kami dapat kerja yg bagus-bagus, boleh bawak mama n ayah pergi umrah, Haji, holiday semua. Amiin. 

Pastu, aku kesian jugak kat ayah. Ayah tak cerita kat kitorang pon. Dia cerita kat mama. Mama cerita kat aku. Ayah tak boleh tidur bila mama takde. Thats why mama discharged Jumaat hari tu, tapi kena masuk Rabu ni sebab mama tak boleh kencing macam biasa. Sekarang ni pakai tiub. Ayah aku tu baik sangat, biasa laa klo mulut bising siket2 tu. Yelah, klo lelaki lain, bini sakit je nikah lain. Ayah care gila kat anak-anak dia. Ayah cite tadi, sebelum tidur ayah fikir@takut anak-anak ayah drive, pastu langgar lubang, then tayar meletup. Well, jalan nak ke rumah aku tu memey banyak lubang dan semestinya aku la yang langgar lubang selamber badak macam bawak 4wd. 

Whatever it is, I know that ajal maut semua di tangan Allah. Dah memey tetap waktunya, tak lewat sesaat dan juga tak cepat sesaat. Dan juga tak semestinya kita yang sihat ni takde possibility untuk mati. Semuanya bakal jenazah. Cuma asbab kepada kematian tu yang kita tak tau. Aku minta maaf jika aku ada buat salah dan silap kat korang sama ada secara sedar atau tak sedar. Dan juga, klo aku ada hutang korang, please kindly inform me. Aku takkan makan kau la. Serious aku tak ingat sebab banyak minum jus semut.

Dan aku harap. if anything happened korang tolong bagi semangat dekat aku k. I need a strong support from my family and friends. And for sure Allah SWT. I love uolls in the name of Allah.

Lastly, aku nak cakap kita takkan tau apa yang orang tu rasa kalau kita tak pernah lalui benda tu. Semua orang nak yang terbaik, so do I. Nak cakap, bagi tips semua orang pon boleh sebab cakap itu semudah ABC, nak buat tu yang payah. Peace yau.


 



 
 
 

Thursday, 14 August 2014

Pantang Larang Bayi Baru Lahir dan Ibu

Assalamualaikum.

Haa kau, hari ni aku nak jadi nenek atau mak bidan. Suka hati ko lah nak gelar apa. Aku cuma nak bagi nasihat je. Since aku jaga mama aku kat hospital dan mama warded kat wad orang nak bersalin secara caesar (bedah). Kemain lagi orang sekarang ni eh, mentang-mentang dah moden habis semua pantang larang campak ke tepi. Main redah je. Nak kata KUNO ikut pantang larang ke apa, kesah pulak aku. Cakap orang tua ni ada betulnya, selagi tak bertentangan dengan syariat Islam ikut je laa sebab mereka lagi banyak makan garam dari kita. 

1. Jangan keluar Maghrib

Ini yang acap kali aku nampak, selamber badak kau je bawak baby keluar waktu Maghrib ataupon baru sampai rumah time Maghrib. Tau tak waktu Maghrib tu syaiton kemain berlegar-legar. Sebab tu orang tua-tua suruh tutup tingkap dan pintu time Maghrib. Bayi atau budak kecik ni dia nampak tau benda-benda halus ni dan mudah diganggu. Kang kalau tersampuk, mengangis tak berhenti malam kang. Susah kot. Kalau menangis je takpe, kot jadi lagi teruk, acano? Kalau dah terpaksa sangat, tudung kepala anak tu dengan kain napkin ke topi ke tapi seboleh-bolehnya Maghrib tu duduk kat rumah. Nak poie mano, ekau tak semayang Maghrib ko? Keluar time siang hari, bukan malam.

2. Letak Yaasin bawah bantal baby

Ini apa yang aku tengok laa both arwah Opah Minah dan Opah Jijah buat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan gangguan syaitan. Pastu zikir atau baca ayat-ayat suci kat baby tu. Bagi dia dengar yang elok-elok je di awal kelahirannya. Kalau anak tu menangis, dodoikan dia dengan zikrullah 'Lailahaillallah'. Kan sedap dari kau berdondang sayang.

3. Jaga pantang

Ni untuk mak-mak pulak ye. Walau dah moden camne pon kau, tolong laa jaga pantang. Bukan pantang nampak tapi pantang makan. Orang kata badan ni nak guna lama, memang la kalau kau tak berpantang, tak rasa apa-apa but in future who knows, rite? Pastu, baru sudah beranak dah pakai seluar, walaweh hebat gila kau. Apa yang aku tau dan tengok orang lepas bersalin semua pakai kain batik, jalan slow-slow sebab sakit
(grrr takut nak bayang,seram). Makan jamu ke pati ikan haruan and etcetera. 


Ok cukuplah 3 tu, aku ni bukannya pakar pon cuma bagi pandangan based on experience. Ok now nak share info dengan korang.

Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab doctor semua galakkan moms to breastfeed their newborn baby. Ini adalah untuk memulihkan/mengecutkan apa benda yang kat dalam perut tu (rahim n etc) dengan cepat. Pastu, ini fakta yang aku baru tau and i was suprised. 'IKAT PERANAKAN adalah HARAM' sebab kita menghalang ketentuan Allah. Ini doc yang cakap eh bukan aku pandai-pandai. Tapi, betul jugak kan. Tapi, ada alternative lain aku tak ingat lah apa nama dia. Nanti, korang rujuk laa doctor yo.

Sekian so-call tips dari mom-to-be. Hehe. Insha Allah in future.

Friday, 8 August 2014

Boikot Mcd? Ini pandangan aku.

Assalamualaikum dan salam lebaran.

Dalam pada kita bergembira di hari raya yang mulia, tak lupa juga ingatan dan doa terhadap saudara se Islam kita di Gaza sana tu dan dimana-mana sahaja yang ditindas. This is bout humanity issues not only in religion circle.Ya Allah, kau berikanlah kemenangan kepada tentera Islam dan Kau hancurkanlah rejim zionis Israel laknatullah. Amiin. Well, today i wanna talk or discuss bout the current issue which is BOIKOT in Malaysia. Selama ni aku diam je tengok kemain sana sini pung pang pung pang cakap boikot mcd. Kau tau kenapa aku diam? Sebab aku one of the worker. Dulu aku kerja lepas SPM n cuti sem. Baru ni aku kerja sebagai casual labor sempena hari raya for 15 days only and yesterday was my last day. So, here i come out with my opinion. Its up to you to accept it or not. Its mine not yours.

What is boycott?

 Apa yang aku faham Boikot tu kau tak beli produk mereka sahaja, takdak pulak dalam kamus kata kalau boikot kita kena pi wat piket, bermusuh dengan pekerja mahupon customer mereka yang loyal. Ada orang yang terlampau fanatik menghina crew mcd, and etc. Haish tak tau nak kata laa rakyat Malaysia ni, tengok cam main bola. Itu pon nak bergaduh. Bangang namanya. Fanatic overdose. So, please boikot secara berhemah. Actually isu boikot Mcd ni hampir setiap tahun berlaku, tapi Malaysian kan boikot bermusim. Dah reda depa pi beli lagi, elok panjang je beratur sampai ke luar, drive thru sampai tak bergerak.

Betul ke Mcd Malaysia salurkan dana kepada tentera Israel?

Semua orang cakap YA. Aku tak puas hati, aku tanya manager aku. Then, dia cakap TAK dan dia suruh aku pergi baca kat notice board yang mana semua orang pon boleh baca bila korang walk-in to the restaurant. Memang Mcd Malaysia TAK hantar sebarang dana pon untuk membantu peperangan di sana mahupon menyokong sebarang kempen politik atau konflik yang berlaku di dunia. Itu semua fitnah. Aku tau korang pon tak puas hati bila cakap takde kena mengena, then aku push manager aku kenapa depa dok kata Mcd support Israel? You know what, my manager told me 'Benda ni macam isu politik laa, selagi kau tak mengaku selagi tu orang dok push kau suruh admit things that is not true'. Aku terdiam terus. Maybe kalau korang lagi pandai berhujah boleh korek lagi. Jangan tanya orang sembarangan pi direct call Bahagian Komunikasi Korporat Mcd.

Pandangan aku

Well, in my opinion kau nak boikot pi laa boikot. Aku tak kesah pon. Cumanya aku rasa yang boikot ni boikot beremosi, kau tak tau apa-apa, main ikut-ikut je, tu yang jadi boikot bermusim. Puih. Ada je yang pung pang pung pang kat media sosial sekali bila bagi makan free ada jugak muka kau, katanya yang free amek, kalau bayar baru boikot. Ok aku setuju kiranya kau tak keluarkan duit untuk support Israel, right? But then, tolonglah tetap pendirian. dah kata boikot jangan amek satu sen pon macam kau parti pembangkang, kerja nak pangkah apa yang government buat, then tak payah r nak amek BR1M apa semua. Paham?

Pastu, tolonglah kalau nak boikot, boikot produk Israel ONLY not the workers, yang kerja tu bukan sape-sape, paling jauh saudara seIslam kau jugak, paling dekat family kau jugak. So, tolong jangan benci kami, jangan downgrade us. Kami rasa macam bersalah like we who kill those in Gaza. Whatthe! 

Oh ni lagi satu yang aku bengang, kenapa orang boikot Mcd gila-gila? Padahal berlambak list produk keluaran atau kononnya support Israel tu? Tu yang pung pang sana sini tu rokok hisap jugak, nak jugak aku cucuh rokok tu kat muka kau. Produk Nestle berlambak kat rumah. Geraamm. Orang macam ni yang mana beri manfaat pada dia, dia diam je.

Pastu, yang beriya datang Mcd bawak sepanduk semua, haish tak tau laa nak cakap camne. Apa yang kau dapat? Baik kau pergi Gaza sana. Cakap lebih tarak guna maa. Nak boikot, boikot diam-diam tak yah nak bising-bising. Aku perhati je kat fb tu kemain siap tangkap gambar sape gi makan kat mcd. 'Rasa macam nak je jerit kat depa, takdak rasa bersalah ka makan mcd tu umpama makan daging saudara seIslam kita.' Hah ye kenapa tak buat, takut kena saman sebab ganggu privacy orang? Yang peliknya kenapa kau nak ushar sapa pergi makan Mcd, patutnya yang betul-betul kita kena buat macam tegur saudara seIslam kita yang tak solat, minum arak, tak tutup aurat. Aku ni takdelah pandai mana nak cakap hal-hal sebegini tapi aku tengok macam orang sibuk sangat dengan boikot sampai lupa tanggungjawab yang hakiki. Am i right? Nak-nak pula sekarang ni patutnya turn on mood raya, saling bermaafan bukannya bermusuhan.

Oh pastu, aku nak puji kat sini baru nampak orang Islam bersatu, tapi kalau setakat ni je yang bersatu tarak guna maa.. Saf solat suboh berjemaah kat masjid tu kasi full dulu, baru laa Islam terus gemilang. Pastu, bila masuk isu politik kemain berpecah balik, orang tu caras orang ni, orang sana caras sinun pulak. Haish pedia ni? Bila Islam nak jadi gemilang seperti zaman Nabi S.A.W dan khalifah dulu?

Mcd akan ditutup?

I keep thinking of what the workers will feed their family if they have no jobs? You know what about 85% of the workers are Malay. Dont you have pity on them? Memang senang untuk bercakap without doing an action or way to help them. Kau seWAJIBnya rasa bersyukur sebab kau ada jawatan besar, company kau kerja stable. Ramai yang cakap, banyak lagi kerja lain, kenapa nak kerja kat Mcd jugak? Hei, orang macam ni memang aku rasa nak ganyang je. Kau tau kan sekarang ni ekonomi gawat. Siswazah pon berlambak takdak gheja sampai aku pon risau. Banyak company tutup, cut cost blabla. Kalau kau tak percaya, tengok bazar Ramadhan baru-baru ni suam-suam kuku je. Semua orang nak berjimat. Pfft kalau benda melagha takde nya nak berjimat, bila tang makan, sedekah atau keperluan asas dan2 tu takdak duit, nak jimat la apalaa.

Oh back to the workers. Depa dah kerja lama kat situ dan selalunya depa kerja situ dari lepas SPM. So, what do you expect from them. But then, kau jangan ingat semua kat situ takat SPM je, ada je yang Ijazah tapi jadi manager. Sebab apa? sebab takdak gheja laa. Aku pon dah plan camni sebenaqnya. Lainlah kalau kau bukak satu franchais ke company the big one and hire all the Mcd workers. Pastu, macam impossible kalau Mcd tutup sebab Mcd ada hampir di semua negara. Unless korang boikot tak bermusim, then it will be. But, hmm i dont know what to say.

Ini makcik aku punya cerita. Dia pergi Mcd Syeksyen 2, lengang selengangnya. Berebut buat order, memanglah macam aku rasa bersalah gila takdak gheja nak buat. Depa bayar aku mahal kot. Aku rasa membazir je dok situ. Makcik aku sembang dengan crew kat situ. Kat sana lagi kesian, depa amek cuti tanpa gaji seminggu sorang secara bergilir-gilir. Hah, puas hati korang? Bila dah jadi camni like seriously memey menjejaskan periuk nasi orang. Bedebush! 

Aku harap kalau mcd tutup, peluang pekerjaan terbuka luas untuk mereka, harapnya adalaa anak Melayu yang kaya-raya buat franchais makanan, depa hebat bak hang. And serve people is the best thing ever sebab rasa seronok bila kita dapat gembirakan hati orang yang sedang lapar dengan layanan yang mesra. Dan tak semestinya kerja dalam fast food, mungkin company yang besar2 tu buka mata dan peluang untuk mereka. 

 Disclaimer dan Akhir Kata

Cukuplah aku pung pang pung pang kat sini. Kang lagi banyak orang hentam aku. Aku tegaskan sekali lagi, aku kerja kat situ sebab management dia dah keluarkan kenyataan Mcd Halal dan tak salurkan dana ke mana-mana kempen atau konflik di luar negara. Ini adalah pandangan aku semata-mata, aku tegaskan sekali lagi ada apa tak puas hati mohon direct to Bahagian Komunikasi Korporat Mcd Malaysia. Nak boikot, go ahead but please boycott product only. Tak payah nak pergi berpiket depan mcd lepas Jumaat ni.Orang cari rezeki halal bukannya pergi merompak. Bersyukur dengan apa yang kau ada.
Entry ini dan pandangan aku ini diakui sah selagi Mcd tak keluarkan kenyataan Mcd Malaysia hantar dana kepada Israel dan sekiranya Mcd memang hantar dana tapi mereka keluarkan kenyataan sebaliknya itu wallahua'lam di luar bidang kuasa saya. After all, fast food is not good to your health but it become a trend to us due to we are too busy with work and dont have enough time to cook for your family.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...