Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 8 August 2014

Boikot Mcd? Ini pandangan aku.

Assalamualaikum dan salam lebaran.

Dalam pada kita bergembira di hari raya yang mulia, tak lupa juga ingatan dan doa terhadap saudara se Islam kita di Gaza sana tu dan dimana-mana sahaja yang ditindas. This is bout humanity issues not only in religion circle.Ya Allah, kau berikanlah kemenangan kepada tentera Islam dan Kau hancurkanlah rejim zionis Israel laknatullah. Amiin. Well, today i wanna talk or discuss bout the current issue which is BOIKOT in Malaysia. Selama ni aku diam je tengok kemain sana sini pung pang pung pang cakap boikot mcd. Kau tau kenapa aku diam? Sebab aku one of the worker. Dulu aku kerja lepas SPM n cuti sem. Baru ni aku kerja sebagai casual labor sempena hari raya for 15 days only and yesterday was my last day. So, here i come out with my opinion. Its up to you to accept it or not. Its mine not yours.

What is boycott?

 Apa yang aku faham Boikot tu kau tak beli produk mereka sahaja, takdak pulak dalam kamus kata kalau boikot kita kena pi wat piket, bermusuh dengan pekerja mahupon customer mereka yang loyal. Ada orang yang terlampau fanatik menghina crew mcd, and etc. Haish tak tau nak kata laa rakyat Malaysia ni, tengok cam main bola. Itu pon nak bergaduh. Bangang namanya. Fanatic overdose. So, please boikot secara berhemah. Actually isu boikot Mcd ni hampir setiap tahun berlaku, tapi Malaysian kan boikot bermusim. Dah reda depa pi beli lagi, elok panjang je beratur sampai ke luar, drive thru sampai tak bergerak.

Betul ke Mcd Malaysia salurkan dana kepada tentera Israel?

Semua orang cakap YA. Aku tak puas hati, aku tanya manager aku. Then, dia cakap TAK dan dia suruh aku pergi baca kat notice board yang mana semua orang pon boleh baca bila korang walk-in to the restaurant. Memang Mcd Malaysia TAK hantar sebarang dana pon untuk membantu peperangan di sana mahupon menyokong sebarang kempen politik atau konflik yang berlaku di dunia. Itu semua fitnah. Aku tau korang pon tak puas hati bila cakap takde kena mengena, then aku push manager aku kenapa depa dok kata Mcd support Israel? You know what, my manager told me 'Benda ni macam isu politik laa, selagi kau tak mengaku selagi tu orang dok push kau suruh admit things that is not true'. Aku terdiam terus. Maybe kalau korang lagi pandai berhujah boleh korek lagi. Jangan tanya orang sembarangan pi direct call Bahagian Komunikasi Korporat Mcd.

Pandangan aku

Well, in my opinion kau nak boikot pi laa boikot. Aku tak kesah pon. Cumanya aku rasa yang boikot ni boikot beremosi, kau tak tau apa-apa, main ikut-ikut je, tu yang jadi boikot bermusim. Puih. Ada je yang pung pang pung pang kat media sosial sekali bila bagi makan free ada jugak muka kau, katanya yang free amek, kalau bayar baru boikot. Ok aku setuju kiranya kau tak keluarkan duit untuk support Israel, right? But then, tolonglah tetap pendirian. dah kata boikot jangan amek satu sen pon macam kau parti pembangkang, kerja nak pangkah apa yang government buat, then tak payah r nak amek BR1M apa semua. Paham?

Pastu, tolonglah kalau nak boikot, boikot produk Israel ONLY not the workers, yang kerja tu bukan sape-sape, paling jauh saudara seIslam kau jugak, paling dekat family kau jugak. So, tolong jangan benci kami, jangan downgrade us. Kami rasa macam bersalah like we who kill those in Gaza. Whatthe! 

Oh ni lagi satu yang aku bengang, kenapa orang boikot Mcd gila-gila? Padahal berlambak list produk keluaran atau kononnya support Israel tu? Tu yang pung pang sana sini tu rokok hisap jugak, nak jugak aku cucuh rokok tu kat muka kau. Produk Nestle berlambak kat rumah. Geraamm. Orang macam ni yang mana beri manfaat pada dia, dia diam je.

Pastu, yang beriya datang Mcd bawak sepanduk semua, haish tak tau laa nak cakap camne. Apa yang kau dapat? Baik kau pergi Gaza sana. Cakap lebih tarak guna maa. Nak boikot, boikot diam-diam tak yah nak bising-bising. Aku perhati je kat fb tu kemain siap tangkap gambar sape gi makan kat mcd. 'Rasa macam nak je jerit kat depa, takdak rasa bersalah ka makan mcd tu umpama makan daging saudara seIslam kita.' Hah ye kenapa tak buat, takut kena saman sebab ganggu privacy orang? Yang peliknya kenapa kau nak ushar sapa pergi makan Mcd, patutnya yang betul-betul kita kena buat macam tegur saudara seIslam kita yang tak solat, minum arak, tak tutup aurat. Aku ni takdelah pandai mana nak cakap hal-hal sebegini tapi aku tengok macam orang sibuk sangat dengan boikot sampai lupa tanggungjawab yang hakiki. Am i right? Nak-nak pula sekarang ni patutnya turn on mood raya, saling bermaafan bukannya bermusuhan.

Oh pastu, aku nak puji kat sini baru nampak orang Islam bersatu, tapi kalau setakat ni je yang bersatu tarak guna maa.. Saf solat suboh berjemaah kat masjid tu kasi full dulu, baru laa Islam terus gemilang. Pastu, bila masuk isu politik kemain berpecah balik, orang tu caras orang ni, orang sana caras sinun pulak. Haish pedia ni? Bila Islam nak jadi gemilang seperti zaman Nabi S.A.W dan khalifah dulu?

Mcd akan ditutup?

I keep thinking of what the workers will feed their family if they have no jobs? You know what about 85% of the workers are Malay. Dont you have pity on them? Memang senang untuk bercakap without doing an action or way to help them. Kau seWAJIBnya rasa bersyukur sebab kau ada jawatan besar, company kau kerja stable. Ramai yang cakap, banyak lagi kerja lain, kenapa nak kerja kat Mcd jugak? Hei, orang macam ni memang aku rasa nak ganyang je. Kau tau kan sekarang ni ekonomi gawat. Siswazah pon berlambak takdak gheja sampai aku pon risau. Banyak company tutup, cut cost blabla. Kalau kau tak percaya, tengok bazar Ramadhan baru-baru ni suam-suam kuku je. Semua orang nak berjimat. Pfft kalau benda melagha takde nya nak berjimat, bila tang makan, sedekah atau keperluan asas dan2 tu takdak duit, nak jimat la apalaa.

Oh back to the workers. Depa dah kerja lama kat situ dan selalunya depa kerja situ dari lepas SPM. So, what do you expect from them. But then, kau jangan ingat semua kat situ takat SPM je, ada je yang Ijazah tapi jadi manager. Sebab apa? sebab takdak gheja laa. Aku pon dah plan camni sebenaqnya. Lainlah kalau kau bukak satu franchais ke company the big one and hire all the Mcd workers. Pastu, macam impossible kalau Mcd tutup sebab Mcd ada hampir di semua negara. Unless korang boikot tak bermusim, then it will be. But, hmm i dont know what to say.

Ini makcik aku punya cerita. Dia pergi Mcd Syeksyen 2, lengang selengangnya. Berebut buat order, memanglah macam aku rasa bersalah gila takdak gheja nak buat. Depa bayar aku mahal kot. Aku rasa membazir je dok situ. Makcik aku sembang dengan crew kat situ. Kat sana lagi kesian, depa amek cuti tanpa gaji seminggu sorang secara bergilir-gilir. Hah, puas hati korang? Bila dah jadi camni like seriously memey menjejaskan periuk nasi orang. Bedebush! 

Aku harap kalau mcd tutup, peluang pekerjaan terbuka luas untuk mereka, harapnya adalaa anak Melayu yang kaya-raya buat franchais makanan, depa hebat bak hang. And serve people is the best thing ever sebab rasa seronok bila kita dapat gembirakan hati orang yang sedang lapar dengan layanan yang mesra. Dan tak semestinya kerja dalam fast food, mungkin company yang besar2 tu buka mata dan peluang untuk mereka. 

 Disclaimer dan Akhir Kata

Cukuplah aku pung pang pung pang kat sini. Kang lagi banyak orang hentam aku. Aku tegaskan sekali lagi, aku kerja kat situ sebab management dia dah keluarkan kenyataan Mcd Halal dan tak salurkan dana ke mana-mana kempen atau konflik di luar negara. Ini adalah pandangan aku semata-mata, aku tegaskan sekali lagi ada apa tak puas hati mohon direct to Bahagian Komunikasi Korporat Mcd Malaysia. Nak boikot, go ahead but please boycott product only. Tak payah nak pergi berpiket depan mcd lepas Jumaat ni.Orang cari rezeki halal bukannya pergi merompak. Bersyukur dengan apa yang kau ada.
Entry ini dan pandangan aku ini diakui sah selagi Mcd tak keluarkan kenyataan Mcd Malaysia hantar dana kepada Israel dan sekiranya Mcd memang hantar dana tapi mereka keluarkan kenyataan sebaliknya itu wallahua'lam di luar bidang kuasa saya. After all, fast food is not good to your health but it become a trend to us due to we are too busy with work and dont have enough time to cook for your family.



3 comments:

  1. Keluarga kami adik beradik memang suka makan McD sejak zaman2 pelajar lagi. Sekarang, turun kat anak2 kami.

    Sejak 4tahun lalu... Tak masuk lagi, kenapa?

    Ada elemen was-was.

    Sah atau tak sah cerita pasal McD kami tak pasti jawapan yg diberi oleh pihak2 berkenaan tak jelas.. So we decided to just avoid McD.

    ReplyDelete
  2. Takpelaa kalau begitu. Lain orang lain pendapat dia. Just go with what u believe.

    ReplyDelete
  3. Boikot dengan ilmu dan berhemah. I agree.
    Boikot cuma secebis je dari apa yang kita bleh buat. Yang lagi penting, rukun iman tu. Boikot pong pang pong pang, solat 3 waktu sehari, tak guna gak. Allah tanya solat dulu kottt.. :))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...