Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 21 August 2014

Coretan Hati #1

Assalamualaikum.

Aku tidak tahu apa tajuk yang sesuai perlu ku beri untuk entry kali ini. 
Cukuplah kau faham apa yang cuba aku sampaikan.
Biar aku meluahkan apa yang terjentik di hatiku ini.
Ini bukan syair mahupon puisi indah,
Cuma mengikut rentak hati yang bakal mati.
(walau sebenarnya aku cuba untuk menjadikan puisi, tapi suka hati aku lah nak buat camne pon)

Dalam kita makin mendekatkan diri kepada Maha Pencipta,
Kita lupa tentang mereka yang ada di kiri kanan kita,
Benarlah kata keyboard warriors,
Tatkala ustaz-ustazah di media sosial menegur,
Ini jawab mereka,
Betulkan keluarga kau dulu, baru sibuk urusan orang lain!

Allahu Akbar!

Aku lalai, leka, alpa,
Aku manusia,
Aku juga bukan orang yang selayaknya menegur,
Namun ku punya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar,

Pada aku,
Kita sama sahaja,
Cuma perlu sama-sama beribadah,
Tiada yang pasti tempatnya di sana,
Sedang yang solat setiap waktu,
Yang menutup aurat sepenuhnya,
Pon belum tentu tempatnya di Syurga,
Apatah lagi yang sudah lama tidak sujud di tikar Sejadah.

'Kubur kita lain-lain' kata kau,
Kau dengan cara kau,
Aku dengan cara aku,
Namun kau lupa kita punya visi yang sama di Akhirat nanti,
Mungkin kau alpa yang mayat kau tidak akan bergolek turun sendiri
ke liang lahad waima memandikan diri sendiri detik itu nanti,

Dunia sudah semakin tua,
Tanda-tanda Kiamat sudah semakin banyak,
Tapi, dimanakah kesedaran kita?
Masih asyik dengan duniawi dan seronok melakukan maksiat.
Aku bukan saja marah, kesal dan kecewa dengan sikap kamu,
tapi aku juga marah, kesal dan kecewa dengan diri sendiri,
yang sering gagal menjadi manusia dalam erti kata sebenar.

Iman itu ada turun naiknya,
Di saat aku tersedar aku mula mencariMu,
Di saat aku terleka aku terus hanyut dari peganganMu,
Ya Allah,
Dekatkan hati kami denganMu,
Lindungilah kami dari tergelincir dari jalan yang lurus.
Istiqamahkan kami dalam melakukan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. 

Ini aku versi tersedar dari lena yang panjang. 
Dakwah pada diri, 
keluarga dan orang terdekat  (kawan,jiran)
seterusnya public.
 Aku lupa itu semua, 
sedang diri masih terkontang-kanting, 
lagi mao mengajar orang itu ini.

Jangan ingat Syurga itu milik kamu seorang, 
Sekian aku tak tau mesej tu sampai atau tidak,
Mohon aku sedar diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...