Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Thursday, 14 August 2014

Pantang Larang Bayi Baru Lahir dan Ibu

Assalamualaikum.

Haa kau, hari ni aku nak jadi nenek atau mak bidan. Suka hati ko lah nak gelar apa. Aku cuma nak bagi nasihat je. Since aku jaga mama aku kat hospital dan mama warded kat wad orang nak bersalin secara caesar (bedah). Kemain lagi orang sekarang ni eh, mentang-mentang dah moden habis semua pantang larang campak ke tepi. Main redah je. Nak kata KUNO ikut pantang larang ke apa, kesah pulak aku. Cakap orang tua ni ada betulnya, selagi tak bertentangan dengan syariat Islam ikut je laa sebab mereka lagi banyak makan garam dari kita. 

1. Jangan keluar Maghrib

Ini yang acap kali aku nampak, selamber badak kau je bawak baby keluar waktu Maghrib ataupon baru sampai rumah time Maghrib. Tau tak waktu Maghrib tu syaiton kemain berlegar-legar. Sebab tu orang tua-tua suruh tutup tingkap dan pintu time Maghrib. Bayi atau budak kecik ni dia nampak tau benda-benda halus ni dan mudah diganggu. Kang kalau tersampuk, mengangis tak berhenti malam kang. Susah kot. Kalau menangis je takpe, kot jadi lagi teruk, acano? Kalau dah terpaksa sangat, tudung kepala anak tu dengan kain napkin ke topi ke tapi seboleh-bolehnya Maghrib tu duduk kat rumah. Nak poie mano, ekau tak semayang Maghrib ko? Keluar time siang hari, bukan malam.

2. Letak Yaasin bawah bantal baby

Ini apa yang aku tengok laa both arwah Opah Minah dan Opah Jijah buat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan gangguan syaitan. Pastu zikir atau baca ayat-ayat suci kat baby tu. Bagi dia dengar yang elok-elok je di awal kelahirannya. Kalau anak tu menangis, dodoikan dia dengan zikrullah 'Lailahaillallah'. Kan sedap dari kau berdondang sayang.

3. Jaga pantang

Ni untuk mak-mak pulak ye. Walau dah moden camne pon kau, tolong laa jaga pantang. Bukan pantang nampak tapi pantang makan. Orang kata badan ni nak guna lama, memang la kalau kau tak berpantang, tak rasa apa-apa but in future who knows, rite? Pastu, baru sudah beranak dah pakai seluar, walaweh hebat gila kau. Apa yang aku tau dan tengok orang lepas bersalin semua pakai kain batik, jalan slow-slow sebab sakit
(grrr takut nak bayang,seram). Makan jamu ke pati ikan haruan and etcetera. 


Ok cukuplah 3 tu, aku ni bukannya pakar pon cuma bagi pandangan based on experience. Ok now nak share info dengan korang.

Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab doctor semua galakkan moms to breastfeed their newborn baby. Ini adalah untuk memulihkan/mengecutkan apa benda yang kat dalam perut tu (rahim n etc) dengan cepat. Pastu, ini fakta yang aku baru tau and i was suprised. 'IKAT PERANAKAN adalah HARAM' sebab kita menghalang ketentuan Allah. Ini doc yang cakap eh bukan aku pandai-pandai. Tapi, betul jugak kan. Tapi, ada alternative lain aku tak ingat lah apa nama dia. Nanti, korang rujuk laa doctor yo.

Sekian so-call tips dari mom-to-be. Hehe. Insha Allah in future.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...