Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 26 September 2014

20 Facts about Me!



Assalamualaikum and holla holli ku beri nama saudara saudari cikeboom cikeboom ali baba. Hahaha hambar… Tiba-tiba je kan?

Ok, actually aku tak tau nak update apa kat blog. Actually aku nak update tentang program yang berlambak-lambak aku joined tapi bila big M tu peluk aku ketat-ketat, memang tak dapat lah kan.
So, ni kira simple entry la untuk aku melepaskan rindu di blog ini.

1.       Nama aku Nurul ‘Asyirah bt Mubi. Nickname Syira since forever tapi bila kerja kat Idaman and masuk Penang, orang panggil aku Nurul. So, aku ada masalah kecelaruan identity bila membahasakan diri. Kejap aku jadi Syira, kejap jadi Nurul. Dalam family, tak kira kecik besar panggil aku Along. Saya bukan Ahlong, saya Cuma Along.

2.       Aku anak sulong dalam keluarga. Supposedly should be garang, tegas and etc, rite? But, I don’t know why I’ve a very soft-hearted (LOL), manja and etc. Haha, lawaknya nak mengaku diri sendiri punya perangai. Tapi, ni apa yang orang sekeliling aku cakap eventho I try my hard to be firm. Weh, aku garang sebenarnya, Tanya adik-adik aku, paling kuat menjerit, membebel dan memekak kat rumah aku lah. Hahaha 

3.       I’m very talkative person. Err sometimes maybe. Eh, nope most of the times i’ll talk and talk. Habislah laki aku nanti penat nak tadah telinga dengar bini dia berceloteh. Lalala. Aku jugak senang nak buat kawan baru. Contoh, dalam bas aku akan bersembang dengan orang sebelah aku, alah Tanya simple Q’s like ‘Awak turun mana nanti?’ ‘Kerja/belajar kat mana?’ and etc. Tapi, tengok mood aku jugak la, kot dating big M tu, memang diam sepanjang 6 jam perjalanan tu.

4.       Aku ni hot-tempered tapi aku tak suka lepaskan, bila aku marah aku senyap taknak cakap dengan orang yang cari pasal dengan aku. Aku sangat kurang sikap sabar. Lambat je aku mula nak baran tak memasal. Contoh, kalau order makanan tak sampai within 10 min, memang mengundang. 

5.       Kuat menangis. Ye, itulah aku. Baca atau tengok cerita sedih siket, terus sebak dan menangis. Sampai kawan aku gelar aku hati kapas. Huhu, nak buat camna ntah. Aku rasa kan sebab aku baca surah Thaha kot, sebenarnya aku baca tu untuk lembutkan hatiku semoga tak keras tapi tak tau lah, Allah knows better, rite? 

6.       Penyayang. Huhuk. Err, betullah, contohnya masa nak berpisah dengan kawan asasi yang kenal selama setahun je, berapa gelen air mata aku terbazir. LOL. Setiap kali hantar kawan aku sorang-sorang balik, aku menangis. Pastu kan, I don’t what kind of habit I have, sebelum tidur selalunya aku akan fikir what if this is my last day or my others kesayangan punya last day. Oh my, mulalah mengalir air mataku. Pernah banyak kali jugaklah aku pergi cium angah n adik and cakap ‘Along sayang korang sangat2’. Weh drama queen gila kau kan.

7.       Menangis yang teruk. Yeah, aku tak suka menangis sebab once I cried mata dah comfirm merah dan bengkak, tapi yang aku tak suka aku cry sampai sesak nafas. Fuhhh. Aku rasa diri aku negative gila weh. 

8.       Aku suka bagi kucing makan sebab aku tau rezeki kita akan murah tapi aku TAKUT kucing. Kat kedai aku ada kucing, aku sayang dia tapi once dia datang dekat, kaki aku pon mulalah terangkat ke atas. Nak makan pon tak senang tau. Sabarlah, lepas aku makan, aku bagi punya kau makan. Kucing aku semua stok nak menggesel je. Dan adik-beradik aku semua takut kucing.

9.       Aku suka warna BIRU. Especially biru laut. Tapi, masa sekolah dulu aku gila PINK even sampai sekarang pon. Girls always be like that. Setiap kali aku nak beli barang, tak tau kenapa warna pink jugak yang cantik di mata. Next favourite colour is PURPLE. 

10.   Most of my clothes are BLACK. It is not because of I’m lack of confidence like what the research told ya but I don’t know why I felt more comfortable, confident and easy to mix and match with whatever scarf I wear. One more thing, boleh Nampak kurus. Hahaha hambar…

11.   Aku takut a.k.a tak confident untuk menunggang motor walaupon aku ada lessen motor. Kalau dalam kampong atau tiada penumpang ada confident siket.

12.   Novel lovers. Hobi yang tak pernah padam sehingga ke hari ni walaupon cerita tu klise sampai dah boleh tahu jalan ceritanya dan aku sedar tu semua khayalan. Haha kesah pulak aku, duit aku kan? 

13.   Aku suka ingat tarikh-tarikh penting especially birthday kawan-kawan dan aku akan wish them kalau aku ingat. Jangan terkejut kalau aku cakap dalam diari/planner/calendar aku catat sape punya birthday. Kalau aku tak wish korang tu maknanya calendar aku M.I.A atau aku busy. Haha

14.   I’m an active person. Kalau tengok dari fizikal aku, memang kau takkan percaya. But, trust me I’m a business student. Eh, tetiba je. Contohnya, aku suka main badminton, NAK jogging petang2, taekwondo and etc. The problem is aku takde kawan. Huhu sedih. Dulu, every weekend atau petang kitorang adik-beradik akan main badminton.

15.   Idealist. Haha, what’s that? I don’t know the correct term. Aku ni ada banyak gila idea yang mencanak-canak dalam kepala aku Cuma aku malas tulis in black and white. Kan best kalau boleh terlintas je idea terus boleh fotostat atau scan. 

16.   Bercita-cita untuk menjadi novelis. Hahaha. Ini rentetan daripada nombor 15 eh. Aku dah tulis banyak tapi aku tak istiqamah, cepat je aku dapat idea untuk cerita lain. So, jadi cerpen je lah yang mampu kot. Tak tahulah bila nak publish kan, aku malu lah nak post kat blog walaupon aku tau that is one way to promote my so-called novel.

17.   Aku tak boleh duduk diam. Kaki ni panjang je langkahnya, orang perak panggil JONGKET. Hehe. Aku suka pergi jalan-jalan and drive. Hopefully, my future husband suka berjalan, taknak lah duduk kat rumah je. Bosannn. Dan disebabkan itu, setiap kali cuti sem aku akan kerja untuk dapatkan duit dan juga to avoid boredom by going back and forth from house to kedai ayah.
 
18.   Bercita-cita untuk take over my dad business one day dan cuba untuk melebarkan sayap. Aku sebenarnya nak bina satu big company so that I can hired all the needy persons especially Malay and Bumiputras. Racist huh? Projek homestay dengan Angah juga tak dilupakan. Haha.

19.   Kerja rumah yang paling tak suka ialah menggosok baju sebab panas (gosok baju tutup kipas sebab taknak baju terbang2) dan berdiri (aku tak reti/kekok gosok baju duduk).

20.   Aku tak reti/kekok makan bersila, I meant takde meja makan sebab emm tak taulah. Please jangan cop aku bajet anak orang kaya. Mama aku pon macam tu. Lagi satu, aku tak suka orang tengok aku makan pakai tangan sebab aku makan cara lain. Dalam adik beradik mama aku, ada 2 orang camtu dan menurun ke aku. So, kalau aku pakai sudu garfu tu untuk cover my weakness. 

Sekian saja fakta mengenai aku yang aku rasa dah macam nak buat essay je. Banyak lagi nak tulis tapi cukuplah 20 je. Aku bukannya kena tag kat IG ke hape, tapi saja suka-suki nak buat. IG pon tak aktif kecuali untuk stalk orang. Haha. Sebab aku tak suka bergambar. Itu FAKTA. I’ve low self esteem to selfie, kau pk kau cantik??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...