Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 21 November 2014

Test your Brain

Assalamualaikum

Haa kemain kali ni entry aku macam ilmiah cket. Well, actually aku suka jawab test personality dan seangkatan dengannya. Kan kalau kat sekolah dulu ada minggu apa ntah yang Unit Kaunseling buat, so, sejak itu aku fall in love with that kind of test. And, i will take online test just for fun and to know more about myself. Yea, mesti korang cakap aku noob sebab tak kenal diri sendiri. Err, its up to you.

So, here is my result. BTW, Aku amek test ni lepas baca blog sape ntah. Tak ingat. BTW thanx sis. Ni website dia, kot2 korang pon jenis macam aku suka main test camni atau saja takde kerja bolehlah main test ni. Erk main ke ahh apa-apa jelaa. KLIK SINI!!!

So, here is my result. Saja nak share and for my own reference. Aku ni pelupa, nanti kang aku buat lagi test yang sama. Hahaha.

I am left brained which is I got 72% and the other 28% is right brained. So, those who are left-brained you are more in :-

1. Rules

Aku memang jenis ikut rules. No means No. Memang orang akan cakap noob gila ikut law, ikut peraturan. Skema gila kau. Pergi mati. Suka hati akulah. Diri aku. Aku rasa bagus untuk diri aku menjadi sebegitu so that aku tak cross the border line. 
 
2. Languages

Emm aku boleh describe aku language person sebab aku suka baca novel and books. And also I love to wrote diary, novel, blog, poems and etc.
 
3. Strategy

Aku suka tulis atau list 'Things To Do' or 'Things To Buy'. and this is what I called as Strategy. Kira macam aku plan my life. Ahaks, mohon percaya. Aku suka sangat sangat merancang tapi nak buat tu nan hado. Eh, bukan aku tau cakap je, aku buat cuma tak istiqamah je. Contoh, aku tulis perbelanjaan harian aku siap ada buku khas dan tampal resit. Tapi, kejap je, pastu stop, pastu sambung balik. Hahaha. Pastu, aku ada banyak plan yang mencanak-canak dalam fikiran cuma kekangan masa dan wang. Sebab tu, aku nak kerja bagus-bagus or to be exact jadi KAYA and contribute to society especially to Malay. 
 
4. Rationality

Aku berfikir secara rational? Emm sometimes but aku rasakan most of the time by emotion. Eh, tapi aku dah amek test wether aku rational or emotional. And i got BALANCE. OMG, I cant believe it! Poyo gila nak cakap ghope itu.

5. Logic

Aku rasa aku tak based on logic, aku jenis decide on the spot. Tak fikir pon keburukannya, logic ke tidak. Aku fikir apa yang aku rancang mesti jadi, kalau tak aku akan sedih berduka cita tak keluar bilik 7 hari 7 malam. Motif??

6. Details

Weh aku rasa point aku yang kat Strategy tu sebenarnya Details. Ahh kira sekalilah tu. 


And those who are right-brained, you have the criteria of :-

1. Images
2.Chaos
3.Creativity
4. Intuition
5. Fantasy
6. Curiosity


ok actually this entry aku taip on 14th Nov 2014. 

Friday, 14 November 2014

Keluarga Diutamakan, Yang Lain Tolong Ke Tepi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Well well, so long not updating my blog haa. Ini ada kesempatan internet, meh ler guna to the max. One of the reason aku suka balik rumah ialah dapat online sampai lebam kat kedai ayah. Letaklah aku kat kedai tak payah balik rumah pon takpe asalkan ada internet. Ya Allah, teruknya kau ni Syira.

Actually, aku nak cerita dan explain sebab aku balik rumah this weekend walaupon ini bukan cuti sem ataupon cuti mid sem. The reason i want to make it cleared because I dont want people tall back about me. Kau ingat diorang baca blog picisan kau ni? Oh ok baii, maaf I ingat blog I yang femes amous yang semua orang dok sebut-sebut. Hahaha.

Sebab TAK nak balik
Sepatutnya minggu ni, aku ada meeting program hujung bulan ni pada malam Rabu which is right after CTU class. Then, weekend aku ada kem RPI kat Yan,Kedah. Minggu ni macam free siket sebab class cancel on Wed and Thursday. Oh cancel sebab my lect ada conference dan dah ganti kelas. Kang ada spekulasi pulak. Pastu Jumaat memang off day to our course. Heaven gila. Dan, aku juga ingin mengambil kesempatan cuti yang ada untuk menyiapkan assignments and study. Pfftt, percaya sangat. Dan juga nak settle pasal program yang aku lantik diri sendiri sebagai Pengarah Program. Rasakan kau. So, di kesempatan yang ada ramailah budak kelas aku decide nak balik rumah. Aku masa tu 50-50 sebab agenda yang aku tulis di atas.

Sebab TERjadinya NAK balik
Hinggalah berlaku 'kejadian' pada pagi Selasa. Masa aku tengah gosok baju nak pergi kelas (ye, aku jenis gosok pagi bukan malam sebelum tu macam yang Ayah selalu suruh masa sekolah dulu), ayah call. Aku terkejut tergamam tercuak dan ter ter yang lain. Angkat call dan ayah tanya kelas pukul berapa? Aku jawab 'pukul 9, tengah gosok baju ni'. Dan ayah terus letak. Aku pon terdiam sebab terkejut. Eh, tu je? Dan perasaan dan fikiran ku mula lah memikir jauh 200km ke depan. Mama sakit ke? Mama masuk ward ke? Something happen there? Blablabla and for sure aku taknak call ayah balik on that time sebab emosi aku dah tak stabil, kang belum aku keluar soalan, air mata keluar dulu. 

So, aku call Angah yang tak reti-reti nak angkat call. Lagilah buat aku cuak. Mungkin Ayah call Angah pulak. Dan aku pon pergi berlari-lari beli makanan dan menaiki bas menuju ke Bertam. Dalam bas aku tak tidur memikirkan kejadian tadi, selalu aku tidur ok walaupon perjalanan 20 minit je. Then, sampai kelas kol 8:30am, aku tengok Angah whatsapp tanya kenapa call blabla. Aku pon ceritalah, gigih menaip sambil makan tak tahan tu. Well, dah biasa walau lembab taip pakai tangan kiri. Angah pon cakap Ayah call tanya kelas kol bape? Kami dua-beradik pon mempunyai instinct yang negatif. Angah tak boleh balik sebab ada test and PALAPES. (tak tau betul ke tak ejaannya). Sepanjang kelas hari tu memang dalam kepala dok mikir je la. 

Then, rehat tengahhari tu aku lepak library, of course for the sake of online dan nak siapkan article Staffing. Pastu, naik solat Zohor, aku jumpa kak Syida tanya bas dia kol bape and suddenly perasaan sebak tu datang dan berlakulah drama air mata sebabak. Terkejut classmates aku sampai tak jadi nak solat. Dah siap pakai telekung pon datang kat aku. Really appreciate you guys for being there with me, pujuk aku, siap bagi tisu bagai. Thanx a lot babeh! Korang mesti ingat parents aku masuk sepital or whatsoever kan dari gaya aku nangis sampai tak cukup nafas tu. Tak weh, aku memang macam tu. Emosi tak stabil semedang.

Semua suruh aku balik, ada yang suruh balik laa tu jugak.Woi, kau dah kenapa, benda tak urgent cuma aku yang tak sedap hati dan fikir banyak sangat. Yelah, aku taknaklah jadi macam kes hari tu yang semua family aku tau kecuali aku sebab ayah kata kalau ayah bagi tau aku, aku balik time tu jugak. Yeah, that's for sure.Then, aku bulatkan tekad nak balik jugak no matter what happen. Eceh, gaya macam lautan api sanggup ku redah, sape halang aku balik, aku sanggup bertumbuk dengan dia. LOL. 

Aku pon whatsapp la murobbi aku tu yang aku terpaksa tarik diri dari pergi kem which is names that will be shortlisted to go for this camp will be sent via message by that day tapi sampai ke petang aku tak dapat respon pon dan aku dengan sendirinya menarik diri sendiri. Entah-entah nama aku memey tak shortlisted pon. Huahuahua. Aku sangat teruja kot nak pergi kem ni dari awal walaupon takde kawan. Lagi satu task yang aku paling risaukan ialah nak tukar tarikh program yang mana aku  serahkan tugas kepada Wawa. Lastly, inform aku tak dapat datang meeting Rabu nanti. Thanks semua sebab memahami aku yang serabut ni.

Pastu, perasaan nak balik tu makin kuat bila aku rasa Allah dah memudahkan jalan untuk aku balik which is semua benda tu dah settle dan kelas CTU malam tu pon postpone to next week bila aku as a class rep(CR) pergi ws ustazah. Alhamdulillah dapat ustazah yang sporting boleh tolak ansur dengan students. So, dapatlah kami sekelas (most of classmates balik kecuali Sabah Sarawak dan Pantai Timur) balik malam Selasa tu jugak. Jadi, dapatlah balik kampung selama 5 hari. Ok, clear eh sebab aku balik. Bukan nak lari dari tanggungjawab ke apa.

Apa yang aku buat kat rumah?

Aku sampai Shah Alam kol 6 pagi yang mana hampir nak tertinggal sebab aku tidur tak sedar diri. Penat kot kelas Selasa pack dari pagi sampai kol 10 malam, shoot bas 12:15pm. Gila ke tidakk? Then, bila dah sampai S.17, baru call ayah, memang kena sabarkan diri sebab salah sendiri. Aku dah lah pagi2 memang datang rasa nak membuang dan aku takkan guna public toilet sebab tak suka rasa tak bersih blabla kecuali kalau TERPAKSA. Tapi, masa tu aku fikir barang nak letak mana, ada laptop kot. So, tahan je lah sampai ayah datang. Ada sejam. Big clap, Syira dah jadi penyabar siket. Pastu, pergi rumah maksu tumpang solat Suboh dan pergi breakfast. Balik rumah mandi dan mama bagi aku tidur puas-puas sebab nak kerah tenaga aku petang, malam dan pagi esok. HAHAHA. Aku tidur kejap je, kol 11:30 dah bangun dan mulalah kupas bawang seguni dan halia. Pastu, makan maggie sebab mengidam sangat2. Pastu, sambung kupas kentang seguni sambil layan drama kat tv yang macam haremmm. Pastu, lepas Asar tidur balik. 

Oh lupa nak cakap, aku bukan buat kenduri kahwin weh. Ini parents aku amek job jadi caterer bidan terjun untuk jamuan kat sekolah maksu. 300 packs makanan untuk students. Dan aku ada tambahan kerja which is maksu ask me to be an icecream girl. Aku jadi tukang delivery icecream la. So, malam tu keluar dengan maksu pergi tempah aiskrim kat Giant Kemuning. Pastu, balik tu aku pergi transfer duit program kat Tuan Izram. Takut seh pergi sorang2, mula lah fikir kalau kena rompak ni. Masha Allah minta dijauhkan. Amiin. Pastu, balik tolong tengok dan makan malam sambil reply whatsapp. Yelah, masa aku tengah drive lah whatsapp nak masuk. Then, tidur. Esoknya bangun pukul 3 pagi.

Dia punya penat tu tak tau nak describe. Alhamdulillah, we manage to send all foods before 10am at school and then rushed to Giant. And ALHAMDULILLAH Ayah berkeras nak pergi sekali sebab nak jimat minyak, takpayah guna 2 kereta. Aku cadang bawak viva oklah since my upah is RM 50(20 Minyak dan 30 upah angkat aiskrim). Sekali tengok humakaih dah lah berat pastu dia isi dalam kotak pampers yang besar gabak tu. Penuh kereta innova bapak aku and my dad pon cakap 'Haa tengok? Kalau ayah takde, camne nak bawak? mana muat kereta viva.' Ye ye semuanya betul, tapi kalau aku bawak jugak viva, aku sumbat jugak no matter what and i'll ask giant staff to help me. Clap clap.

Now, slowly clean and clear the utensils that we used and house. Tau tak rumah dah macam buat kenduri especially kat Dapurlah. Sama macam buat kenduri, kita akan penat masa kendara tu. Penat woi. Pinggan periuk semua dah sudah basuh, cuma tinggal nak mop rumah je esok. And my parents said that 'Nasib Along balik, kalau tak mama dan ayah tak cukup tangan nak buat semua kerja'. Tetiba rasa dihargai, disayangi dan di di yang lain walaupon aku cuma tolong siket je. Dapatlah upah RM 100 dan mama bayar tiket pergi je lah. Balik sendiri. hahaha.

Last activity is this Sunday macam ala-ala kemuncak programnya ialah beday party kat rumah maksu. Kepala mung beday party. Just jamuan family untuk beday atok yang dah lepas dan tahlil untuk arwah opah. Pastu, petang pergi tengok adik yang lagi seminggu nak habis SPM and you'll be free forever. Then, shoot terus balik Penang. Aku taknak balik malam sebab esok ada test and aku sedang gigih menaip blog bukannya study. Kbaiii.

Koklusi

Secara tuntasnya, aku merasakan yang aku balik ni bermakna dan berbaloi untuk self satisfaction. Haha. Walaupon tujuan asal aku balik sebab rasa tak sedap hati. Only those yang ada parents or your beloved one ada penyakit will know how that feel when you get call earlier in the morning. It should be emergency call for me la. Pastu, aku fikir mungkin ini hikmah Allah bagi kat aku (part time work) sebab niat aku balik nak tengok parents (niat baik kan?). Dan, selagi kita ada parents, keraplah balik melawat mereka dan bertanya khabar. Aku macam terpukul tau masa ayah call tu. Yelah selama ni kalau bergayut malam-malam mesti dengan mama je. Mana cakap dengan ayah, jaranglah. Aku rasa diri ini sungguh unfair sedangkan ayah selalu berkorban untuk aku. HUWAA nak nangis. Aku fikir lepas kejadian tu, mungkin ayah rindu aku. Huhu perasannnya. Yelah, masa aku call balik, mama cakap ayah call tadi sebab tengah tunggu roti canai. Ayah aku tu boleh tahan sentimental. Contoh 'kalau Along ada ni, dia suka makan roti canai banjir.' Auuu terhawuuu angat-angat. Penampor nak tak Syira?



Sekian luahan hati saya untuk kali ini. Nak tunggu aku update tunggu cuti sem la which is next year. Oh, kalau aku rajin, japgi atau esok aku nak update pasal Konser Amal:Kasih Siswa k. Stay tune... acah kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...