Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Tuesday, 23 December 2014

Cerita di Jalanan

Assalamualaikum and hello guys.

Sekarang ni cuti study week dan aku memey tengah gigih study kat rumah ni. Mohon percaya. Well, malam ni aku nak berangkat balik Penang dah dengan harapan aku pulun study. Lepas ayah hantar aku naik bas, ayah n mama gerak balik Ganu. Semoga perjalanan kami (satu hala ke Utagha, satu hala ke Pantai Timur) selamat sampai ke destinasi yang dituju.

So, cerita di Jalanan ni sebenarnya aku nak cerita pasal apa yang selalu berlaku di jalan raya ler. Kau ingat ini cerita picisan ke hah? Hahaha ini kisah dari pengalaman untuk dijadikan pengajaran. 

Last Sunday, my family and I went to PLKN Indera Pahlawan at Jengka 6, Pahang. #ThisisDarulMakmur. Disebabkan adik aku mengada-ngada acah macam tak pernah duduk asrama sampai tunjuk protes sebelum pergi dan berniat untuk lari dari kem tu. Whatthe! So, mama aku suruh angah n aku balik. Kau nampak tak betapa menggediknya budak tu. Taulah dia adik, selama ni duduk kat Shah Alam boleh kata tetiap weekend poie tengok dia kalau tak boleh balik rumah. Aku sebenarnya memey taknak balik rumah study week sebab takde kekurangan wang dan konon nak study. Dah dia mengada, terpaksa ler Along n Angah  nya balik. Oh yang pasal dia kata nak fly tu, masa naik bas dari Putrajaya tu dia tidur, tu yang dia acah nak lari. Sekali bila pergi solat Jumaat kat luar kan naik bas PLKN tu baru ler dia tau betapa dia duduk dalam hutan belantara. Cikgu dia siap cakap kalau nak lari pon nak pergi mana, rumah orang asli ada la. Hahaha. BTW, from my observation, aku rasa ok je plkn tu.Aku tak faham kenapa adik aku dan kawan-kawan dia menggelupur taknak PLKN. Hmm mohon bertabah kejap je habis. 

******Ok sorry terbebel pulak*******

Selalunya kalau balik Ganu, ayah aku memey akan rotate drive. Sekali masa pergi Jengka ni, ayah tak rotate pon sebab cerita mama aku. Aku and Angah dah cop la sape nak drive dulu. Biasalah budak baru dapat lesen kan. Tapi, aku surrender awal-awal sebab demam. Masa dinner malam sebelum gerak tu, mama cerita mak Siti (kawan mama masa kerja Canon)  dia sekeluarga pergi bercuti kat Utara. Pastu, anak dia Nana baru dapat lesen dan dia drive. Then, before sampai Behrang, ayah dia suruh tukar, biar ayah bawak. Then, dia pon tukar lah walaupon sebenarnya berat hati. Well, i told u budak baru dapat lesen memey begitu. Nak test power. Tipulah kalau kau tak pernah gitu. Then, tetiba kat Behrang brek cam tak makan dan kereta terbalik. Masya Allah, aku dengar pon dok terbayang kejadian tu. Takut weh. Alhamdulillah, tiada kecederaan yang berlaku dan driver ada pengalaman. Cuba kau bayangkan kalau budak yang baru dapat lesen faced that insiden, mau tak gelabah. Pastu, mereka buat report polis dan polis syak tow truck yang tabur minyak bagi jalan licin kat lane tengah. Sebab dah banyak kes yang sama berlaku. Ya Allah, aku dah lah memey lalu laluan tu. Moga selamat semuanya. Amiin. So, sebab cerita tu ler ayah aku terus tak berani nak kasi kitorang drive. Setakat ni kami tak pernah lagi test drive kat Karak. Sheramm.

Lagi satu cerita, pasal laluan motor. Pak lang aku cakap kat kitorang (family), Jangan lalu kat laluan motor waktu malam sebab orang yang repair motor tu tabur paku@minyak, lagi satu kes penjenayah pasang perangkap. Bila motor lalu, dia serkup la kau, pastu dia rompak. Ya Allah, jahat betul. Yang ni area Shah Alam sebab paklang aku ronder (camne ntah nak eja) Shah Alam je.

Lastly, ni kejadian yang berlaku kat Karak. Pasal superbike. Aku tau motor kau besar, mahal, bayar road tax pon mahal tapi bro, bawak tu biar berhemah siket. Dah la bawak laju, pastu main lipat je. Ada ke patut dia kona baring lagi siket nak naik atas bumper keta ayah aku. Kalau terbaring kat depan tu, fuhh trauma aku. Ni ayah aku yang cakap ye 'Kau tu dah la baru je bawak superbike tu, main lipat sesedap rasa. Itu yang banyak kes mati @ accident tu.' Well, biasalah budak baru nak up, baru dapat motor kan. Bukannya aku dengki tapi cara kau bawak tu fuhh kitorang yang dalam kereta ni pulak yang seriau tau dak? Aku suka tengok orang naik superbike sebab aku rasa beliau sungguh macho. pffftt tapi bila dah gini pergh slek r brader. Dan aku suka tengok konvoi-konvoi ni dan pasang niat nak beli superike, pastu join konvoi misi kemanusiaan walaupon ditentang hebat oleh parents aku. 'Takde kerja naik motor berjam-jam, buat sakit bontot je.' Huhu, yelaa yelaa.

Konklusinya, sama-samalah kita membawa@memandu secara berhemah. Sayangi nyawa anda. Satu yang kau kena ingat jalan tu bukan kau sorang guna, semua orang pon guna. So, behave! And to you yang cari rezeki di jalan raya, tolong berperikemanusiaan siket. Kau ingat berkat ke rezeki kalau menganiaya orang? Aku pernah ada pengalaman kereta brake down kat area Gurun, sekali 3 tow truck datang kat aku. Sanggup seberang highway yang semua kereta bawak laju nak mati.


Ps 1: Doakan kami pelajar Ijazah yang akan menghadapi final exam hujung bulan ini. Doakan semua bukan hanya untuk UiTM students sahaja. SEMUAAAA. Pehe dop?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...