Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 24 August 2015

What I am doing rite now?

Assalamualaikum and hello babe!

Boleh la tajuk ghope itu? Gasakkan. Aku sebenarnya dah type kat words tapi latop tinggal kat rumah. Pastu, malas nak transfer ke pendrive lalu mereput la banyak-banyak entry kat Docs tu. Masalah aku sekarang ialah kat rumah ada laptop and idea datang time malam-malam yang sunyi gitu TAPI takdak Internet. Line macam haram. Kalau kat kedai ayah ni selalunya aku balik kerja petang dah penat, takpon berkejar dengan masa. Tapi, kat kedai ada Wifi and PC. So, just use whatever I have right now. LOL. 

So, Alhamdulillah masih lagi bernafas walaupon sesak dengan masalah duniawi. Pfftt poyonya lahai. Aku habis final exam tu bulan July memang dah dekat gila nak Raya. Ooo entry hari raya pon takde tahun ni punya busy. No, acah-acah busy. LOL. Macam aku cakap tadi la, aku balik Selangor lagi 2-3 hari nak raya. Pastu, shoot balik Ganu amek adik kat UNISZA (Dah jadi satu rutin ye bila balik Ganu n since he study there). Raya ke-2 terus balik Ipoh pergi beraya sana-sini, esoknya terus balik Selangor sebab Adik ada kelas dia cuti sekejap and Angah kerja kat Pizza Hut. Bila dah kerja, takkan sesuka hati kau nak mintak cuti seminggu ye dak? Kesian la kat kawan-kawan kerja macam nak mati sebab tak cukup staff kan? Even hari raya, orang tetap penuh makan fast foods. Tak paham betul. Ingat time raya dapat relax siket. Dah balik dari open house pon singgah makan fast foods okay. Memang untung la bukak fast foods. 

Pastu, aku kerja kat McDonalds Puchong Gateway. Masuk raya ke-4. Bolehlaa buat cari duit poket siket-siket. Aternya dah cuti sem, maka duit pon takde la. Parents aku bukannya orang kaya yang bila mintak je hulur 3-4 ratus. lalalaa. Nak-nak sekarang ni bisnes slow. Nak salahkan GST? Hmm entahlaa nak, semua orang nak jimat. Fotostat/Print/Binding buat kat ofis secara curi-curi and persaingan pon banyak. Ok abaikan teremosi pulak. Back to my reason why I work? Aku rasa diri aku ni dah besor, malu r nak mintak duit parents. Lagipon, daripada terbongkang kat rumah, baiklah pergi kerja. Alhamdulillah diterima kalau tak, mereput jugaklah kat kedai ayah ni online je kerja.   

Crew Meeting cum Hari Raya Celebration

Muka bahagia sebab dapat duit raya. Gambo rembat dari FB Kak Huda.

Kalau nak ikot takde la berbaloi mana pasal jarak perjalanan tu jauh aku drive dari T.P.G ke Gateway about 45 minutes, tol lagi, minyak kereta lagi. But, luckily tol dan minyak ayah tanggung. Duit gaji tu dapat kat aku la. Tapi kan bila aku kerja ni, sebenarnya lagi ramai orang travel pergi kerja lagi jauh dari aku, naik motor lagi. Sakit bontot n kaki kot ride jauh-jauh gitu. Ada manager tu 2 tahun ulang-alik Shah Alam-Port Klang. Punya sabar dia, so, aku pon terinspirasi la lepas tu. Hehehe. 

Bila dah semua pon bekerja cuti sem ni, kenderaan rasa macam tak cukup kau tahu. Kat rumah ni ada 2 kereta dan 2 motor tapi buat masa ni motor lagi 1 tu rosak. And if possible nak avoid naik Innova sebab nak jimat minyak. Nampakkk kegawatan ekonomi? Kadang-kadang, ayah dengan mama balik rumah naik motor kekadang dalam hujan. Allahu memang kesian sangat but its our choices. Setiap hari, kitorang akan plan. Angah aku memang most of the time tak balik rumah sebab dia closing terus balik hostel. Aku pulak selalunya open. Tapi, kalau dapat kerja petang tu yang masalah siket. Sampai kekadang aku rasa nak beli motor/kereta yang save minyak lagi satu. Acah macam duit berkepuk-kepuk kan? 

Tapi, this week memang aku yang mintak petang pasal nak settle hal intern and nak buat kenduri Sabtu ni. Aku tunang. Hahaha. idokler mama aku memang dah niat, kalau adik dapat masuk U, mama buat kenduri kesyukuran. Memang selalu macam tu la. Bukannya pilih kasih Adik je ada kenduri ye, masa aku dengan Angah pon ada buat kenduri tapi masa tu buat dengan family je. Ini kira sekali include open house hari raya walaupon dah lepas. Tahun lepas pon buat kenduri dekat-dekat nak merdeka. Sebab itu je time yang ada, untuk kitorang adik-beradik ada kat rumah. Maklumlaa semua tengah menadah ilmu di menara gading. Waduh kok ayatnya.

So, itulah rutin hidup aku buat masa ni. And Insha Allah 1hb SEPTEMBER ni aku akan bergelar pelajar praktikal a.k.a Internship a.k.a Latihan Industri di Amkor Technology (M) Sdn Bhd kat Telok Panglima Garang. Ini pon ada gak nak update pasal proses and story before intern. Tapi, hmmm i am a busy woman tak tau bila nak type nya tu. Like seriously aku nervous nak matii bila dah makin dekat nak pergi intern. Memanglah, aku pernah kerja tapi aku tak pernah kerja dekat ofis or company. Kalau kat kedai ayah ni memang sesama family feelnya nan hado. Moga dipermudahkan urusanku. Amiin.

Sekian wassalam. (eh macam tulis surat pulak gayanya. hahaha).

Aku masuk kerja pukul 3 hari ni. Ooo in case uolls ada singgah McD Gateway yang tepi highway tu dan nampak muka 'karai' aku tu tegur laa naaa. Aku ingat dah p jauh takdak orang dikenali, sekali ada jugak. Blogger ramai dah jumpa. Artis je belum. ahahaha. Pasal kat Permai dulu banyak jumpa retiss.

Thursday, 2 July 2015

5 Kesalahan Yang Perlu Dielakkan Oleh Interns or Job Seeker

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai semua. Apa khabar? Moga semua sihat dan bahagia selalu.

So, based on my title up there, you can assume what I want to story rite? Ye, aku memang TAK LAYAK untuk cakap pasal benda alah ni as aku BELUM KERJA dan BELUM HABIS BELAJAR pon lagi. But, aku buat entry ni so that korang sedar kesalahan-kesalahan kecil bagi kita but to industry its like stupid things that you do okay. Sorry, kalau terkasar. Kalau aku salah info, sila comment atau PM aku ye.

Aku bercakap atas dasar aku belajar la dah aku kan course Human Resource. Plus, rite now I am searching for internship or practical. So, satu-satunya group yang aku tau wujud kat FB tu adalah INTERNSHIP So, korang dari U mana pon, kolej mana pon tak kira la IPTA mahupon IPTS memang situlaa tempat berkumpul nak cari intern. Macam semut doe cari tempat untuk intern. Yelaaa risau kot takde sape nak amek kita intern. Gituuu. 

So, disebabkan gelabah nak cari intern placement, hari-hari la update group tu kan. Ok tipu tak hari-hari laa tapi kerap. So, I found some mistakes that students did not notice. Aku update ni for my own benefits and all of you too. MAYBE we did not noticed it but maybe after this, we can reduce or STOP DOING ALL THOSE STUPID MISTAKES AT ALL...

1. USE FORMAL LANGUAGE

We want to seek for internship placement not updating your status in social medias although you are updating that in FB but hello that was group for finding internship placement bukan kau nak cari jodoh. So, ayat tu sila formal either English or Malay. Ada pulak tanya guna ayat begini 'ThIs OnE iS fOr Wat PoSiTiOn Ewh?' Hoii kau duduk zaman batu ke? Aku rasa buh penampaq sedas dua ja kat ampa ni. Kau nak mintak kerja atau intern. Ingat tu! Kan orang kata FIRST IMPRESSION tu PENTING. Kalau dah gitu ayat kau, hmmm nampak la kau tak bersedia nak masuk ke alam pekerjaan. 

2. SHOW YOUR EFFORT NOT WAIT TO BE FEED

Ok aku tau sekarang semua benda di hujung jari but please dont take it for granted! Kau yang nak cari kerja, tapi semua benda nak kena suap. Apa guna GOOGLE SEARCH and other search engines tu weh? Ataupon, kau PM person tu ke call terus company tu ke? Aku bagi contoh :- 

ABC SDN BHD menawarkan tempat untuk latihan industri. Tempoh LI MESTI 4 bulan dan ke atas.

Kos yang diperlukan :-
1. Business Administration
2. Graphic Design
2. Civil Engineering

*Elaun disediakan

Bagi yang berminat sila email resume anda ke alibaba.abcsb@yahoo.com

Ok bila kau nampak iklan yang macam ni, memang kau bengang sebab tak cukup details like where is the location of the place as this is very important for interns as they need to find house that are near to the company. Tapi, cuba fikir POSITIF. Sebenarnya, company tu nak tengok effort kau. Kata dah nak masuk alam pekerjaan, kena laa ada gaya. Eh.. Bukannya kau pergi tanya kat comment 'kat mana ye company ni?' Tak ke nampak sangat yang kau ni tettttt. Kau type je company tu kat kotak google tu, Insha Allah keluar weh. Sekali dengan nama company, alamat, nombor telefon, websites dan types of business they do lagi. Haaa apa lagi nak?? UNLESS kau dah search tapi LANGSUNG TAK JUMPA then, it can be consider for you to ask at comment.

3. CARI SENDIRI COMPANY YANG OFFER INTERN

Kau yang nak intern kan? Dah tu kau ingat rajin pulak company tu nak cari kau dan tanya kau 'Awak nak intern ke? Meh sini company saya ada offer intern' Kira cukup baik dah companies ni joined group tu dan buat iklan untuk kitayang mencari ni. Kira memang dah memudahkan kerja kita sangat-sangat, Alhamdulillah. Ini kau pergi update status like this:-

'Assalamualaikum, saya ingin mencari tempat praktikal di Penang bermula pada bulan September hingga Disember ini kos Multimedia. Jika ada mana-mana company yang sudi ambil saya praktikal sila komen di bawah.'

Wah besar mandat kau, nak company tu comment untuk ambil kau intern? Tambah lagi gempak, intern mula 1 JULAI, hujung bulan JUN baru dia update status. Saya sedang mencari tempat untuk internship bermula 1 JULAI ini. Mohon sangat-sangat untuk mana-mana company terima saya dan bagi jawapan by this week.' Okay, aku faham laa korang dah nak dekat sangat-sangat tarikh intern tapi tak dapat mana-mana panggilan lagi. So, you have no choice, so, you update like that hmm? Okay could be accepted BUT as I said before they will not noticed you baby, if you want them to notice you, do drop a comment at any advertisement they post. 

Atau cara aku dah di saat-saat akhir (2 months before intern) aku call mana-mana company and tanya ada ambil intake for internship tak? Once the HR said ada and dia suruh hantar resume, terus ler hantar. i think this want is more better than what I did by send it randomly before this. I did sent to 21 companies to seek for internship placement. Banyak jugak yang bagi feedback tapi au reject due to several factors like different deparment being place, the location at KL and etceteras. Its up to you, just my opinion from the person who is experience it for the first time in her life. Take it or leave it!


4. SALUTATIONS/GREETINGS

Emm actually I dont know what is the specific word for that but it is about Sir/Madam and atceteras. Salutations or how you greet somebody. Kita bukannya berada di alam persekolahan lagi dah jadi pelajar Universiti dah pon tapi adab ke mana? Aku ingat lagi, masa Asasi di Merbok, kita kan lepas SPM terus masuk U, so, memang noob gila la. pergi HEA panggil akak/abang. Sekali kena sound setepek 'Ingat ini apa? Sejak bila aku jadi akak/abang kau?' Ok aku tak ingat pon macam mana conversations tu sebab dah lama. TAPI, one thing for sure aku ingat sampai mati, DONT SIMPLY CALLED PEOPLE LIKE THAT. Panggil mereka dengan panggilan hormat Tuan/Puan/Encik/Cik. Faham ke tidakk? Contoh kita tak tau dia tu dah kahwin ke belum, panggil je Encik/Sir/Cik/Miss as if they are married, they will tell you straight away like 'I am married, so, called me madam' Selalunya la tak tau lah kalau dia dah kahwin tapi tak nak mengaku (ingat ni novel ke apa?). 

Ini ada pulak aku baca kat comment tu, slamber badak je panggil 'Abang/Kakak/Bos and etcetera' Perghhh, kalau aku dah memang aku bahasakan je. Tapi, maybe HR persons tu baik and dia fikir ni budak-budak dia diamkan je la. Tapi, pada aku better dia tegur sebab ni attitude yang kita akan bawa sampai bila-bila. Nanti, budak-budak tu ingat its okay to call them as bro/sis like that. Yeah, I know that they are kind of peoples that did not care about that BUT as you should know FORMALITY is IMPORTANT for corporate world. Eh, amenda aku cakap ni but i meant that we are in professional works, so, do you expect to communicate like that with strangers? Unless kau dah kenal lama but still I cant accept that if the matters are related to work or that person ask you to call him/her as bro/sis. 

*actually i am not sure whether I am the person being scold but to make it real, let me be the person who are being scold. Hahahaha. Aku belajar salutations sejak sekolah ye sebab dah ada pengalaman kena marah by abang senior.'

5. JANGAN TANYA POSITON YANG TAK DI OFFER

Faham tak? Emmm macam ni ye, company tu kan mesti letak what kind of positons that they will offer for intern, rite? Then, suddenly course kau tiada dalam senarai. Then, kau pon pergi tanya kat comment. Aku bukan apa, just takut korang kena maki marah je like 'Kau tak faham ke dah tulis lagi jelas, nyata dan terang company tu tak offer kos kau?' Actually, it is good for you to ask, maybe it is your luck. Sebab kau tanya, then company consider and you get place for intern but what I was worry about is if they offer you postion that is not related to what you study at U. Get it? But, its up to you to decide as that was your internship not my internship, rite? Kerek siaaa. But, better you consult with your PA or Koordinator or Lecturer. They knows better.

6. PLEASE MAKE SURE THAT YOUR EMAIL ADDRESS IS FORMAL

Please, dah besar kot, ubah la. Takkan sampai ke tua nak email address like this 'etewcayunkawuck@gmail.com' Kau dah kenapa? Buat yang formal punya macam nama penuh kau then @gmail ke yahoo and etceteras. Ini aku tak belajar lagi secara mendalam tapi kau sendiri boleh tahu laa kalau nama merepek tu better tukar. Kalau bukan kau guna bahasa zaman batu, kau punya email akupalinghensem@yahoomail.com ke pokemon_taurus@gmail.com pon still macam tetttt.


Aku bagi extra point sebab point number 5 aku tu macam aku 50-50. Half agree and 50 disagree but more to disagree. Only if you are desperate you may do like that okay!

ADDITIONAL INFORMATION

In case, you want to find internship placement, here are some websites or page that I am trying to find internship place. 


JobStreet
JobsMalaysia


Oh I forgot to share to uolls about this awesome page AMEIRUL AZRAIE PENULISAN COVER LETTER & CV POWER or his personal FB account AMEIRUL AZRAIE Seriously, you will find this page give benefits to you especially those who are seek for jobs especially fresh graduates and you will know oneof the factors why you are being rejected at the first place. 

apa lagi save la dalam laptop/Phone masing-masing. Selama ni aku pon buat stupid mistakes hantar emel bodoh2 je takde ayat karangan macam ni. Salutations and said 'here is my resume and blabla' but the latest application I did like this and Alhamdulillah....taraaa feedback yang bagus cuma keputusannya next week.

punya la susah nak kecikkan size folder. rasa nak hempuk je laptop masa tu. Kita la bukan budak IT and tak minat nak godek lappy. 



Lastly, sis nak pesan ni, rajin-rajin laa membaca ye especially to those who are in final year like Tips Lulus Temuduga, Cara buat resume power and etcetera. Sis tengah cakap dekat cermin ni yang masa Pesta Buku beli buku preparation for work kemain banyak tapi tak khatam lagi, elok tersimpan dalam almari sebab nak bagi almari yang lulus interview. Tapi, dengan kemudahan semua di hujung jari ni at least aku learn something la through FB and blog. 


Sekian sahaja perkongsian saya. Moga dapat bermanfaat. Maaf atas kekuarangan. Saya budak baru belajar dan baru na masuk intern September ini. Doakan agar Allah permudahkan urusan saya dan kalian semua. Amiin. 



*PS: Kalau ada typo tu maafkanlah sebab keyboard sis ni problem siket, mohon bertahan ye sebab baru 5 tahun and owner kau ni baru je nak intern, tunggu laa lepas dah comfirm dapat kerja nanti kalau nak jahanam pon. 
*PS2: Taip ni sambil on lagu raya pasal sis teruja dengar lagu raya kat D'Fiesha Corner Steamboat & Grill Buffet, Kepala Batas (PNG) semalam. Sekejap je dah 15 Ramadhan. Ramadhan Jangan pergi, like seriously tak puas rasa sekejap sangat-sangat.
*PS3: Doakan saya yang ada balance lagi 3 papers yang berakhir 12 JULAI ini. Then, terus chow balik Selangor-Terengganu-Perak. Raya oii raya.

Friday, 19 June 2015

My Family My Everything

Assalamualaikum dan hi uollss.

Serius lama tak update entry, ok tipu hari tu cuti gawai dah update tapi pasal SEQY BEAUTY la bukan pasal life aku.

Firstly, SELAMAT BERPUASA dan PULUN BERIBADAH untuk semua dan mohon maaf jika saya ada buat korang-korang terasa tersentap ke hape dengan post-post saya di FB, Twitter, blog dan juga IG yang sakan post pasal berniaga tu, mesti korang rasa nak unfriend dan unfollow kan?? sorry laa. Kita cari makan dan duit nak kahwin. pfffttt. Tapi, kira okay what, kita post iklan kat group yang sepatutnya dan account sendiri not spamming others. And thanks to uolls yang sentiasa support hakak. Love uolls to the max. Stok Seqy Beauty BB Cream, Seqy Beauty Cleanser dan Crazy Crunchy Rainbow ada lagi. Mai mai mai rapat, mai mai beli tang ni. Kasi licin semua stok. Ooopps teriklan pulakkk. maaf.

Ok, aku nak cerita pasal life aku sekarang ni. Sekarang ni aku ada kat rumah which is supposedly aku ada kat kolej dan sedang pulun study for final exam. Actually, this sem we dont have study weeks as they are only 2 days for study BUT we are lucky and proud to be Faculty of Business Management students as we dont have class on FRIDAY. So, plus minus almost one week to study. Best ke tidokkk?? Gila tak best dapat cuti dan tambah masa for study. Sebenarnya aku langsung takde plan nak balik rumah sebab baru je balik cui gawai tu kan? Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. 

Reason aku balik ni adalah untuk sama-sama meraikan kegembiraan mama dan ayah bila adik dapat masuk UNISZA walaupon ni intake rayuan but kau tahu tak betapa bersyukur dan gembiranya bila apa yang mama nak sangat dapat. Mama nak adik jadi ustaz sejak kecik lagi bila embah Biah(bidan) cakap bibir adik terbelah, mesti pandai mengaji. Dah tu bibir aku tak pandai ngaji ke weh? Eh gurau je. Masa kecik suara aku mengaji perghh semua puji dia punya nyaring dan sedap tu kemain lagi, bila dah besar kemanakah kesedapan dan kenyaringan suara itu? Bila mengaji suara dah macam lelaki dah kenapa?

Ok back to adik story, dia punya kecewa bila tak dapat mana-mana tawaran tu boleh bawa kepada kemurungan tau tak? Mama dan ayah takde selera makan, call sana-sini tanya ada kekosongan dan harapan nak masuk tak. Adik aku dapat tawaran IKBN sijil apa ntah, ayah aku tak kasi. Bukanlaa nak berlagak dan pandang rendah kat sijil tapi ayah aku kata rasa tak layak sangat bila adik ada 9 kredit tapi dapat sijil. Kau ghase?? Pastu, dapat Politeknik Dungun kos Civil Engineering but my parents have no confident that he can perform with that course as he has no basic in engineering like Angah who have basic since SEPTECH-KMTPh-UTHM. And also, mama insists and wish that Adik become ustaz. Insha Allah Amiin.

Kitorang ni punya laa sayang gila nak mati dekat adik sebab dia sorang my only 'jantan' sampai sanggup tau tengah study week lari balik rumah. Last week, Angah balik konon nak ikot hantar dia tapi tak dapat and this week bila dah confirm, mama call suruh balik. Alhamdulillah dapat UNISZA kos Diploma Pengajian Islam AlQuran dan Sunnah. Boleh laa weekend ke bosan-bosan ke lari balik KT dan ayah ngah pulak mengajar kat INSTEP. Huntunglaa weh. Ni kang nanti Angah habis paper hari Isnin terus naik bas balik Ganu malam tu, hantar adik hari Selasa dan malam tu jugak aku dan Angah naik bas menuju ke destinasi yang berbeza. Satu Utara, satu Selatan. Hamek kau sorang utara, sorang selatan, sorang pantai timur. Mama dan ayah selalu kata hanya 3 sebab je kita pergi ke tempat orang; anak kahwin dengan orang jauh, hantar anak belajar, kematian. 

Aku punya laa susah hati dok memikir macam mana adik survive nanti? Boleh camtu?? Susah la nak dapat kakak psycho macam ni padahal adik kau tu dah 18 tahun and duduk asrama sejak form 1 but still aku tak boleh la. Aku risau dan fikir macam-macam sebab dia masuk rayuan takde orang nak guide macam mana prosedur nak daftar kos, bukak akaun, urusan PTPTN blablabla. At least kalau UiTM tu aku ada boleh guide, masa Angah nak masuk UTHM tu aku tak risau sebab of course dia first intake plus boleh kata majority budak-budak matrik teknikal pahang tu masuk UTHM sama-sama. Ini macam dia sorang je masuk kos tu dari sekolah tu. Kot dibuatnya perangai ikot kepala dia je nanti macam mana? Huhu sis sedih. Aku siap nasihat, 'keep asking people what to do and blablabla' mampu?? Aku risau takut dia buat bodoh terus dapat status gugur taraf sebab tak daftar kos. Ya Allah jauhnya memikir. Dia tu dah la ada 4 sem je which mean 2 years to finish his study. Aku cakap kat dia kau study sehabis tinggi, pergi mintak jadi lecturer atau masuk laa badan-badan islam macam JAIS ke JAKIM ke lantak kau laa faris. 

Habis laa cerita si adik and reason aku balik rumah ni. Doakan yang terbaik untuk beliau. Kalau ada readers saya study sana tolong la ye mana patut, padahal kawan-kawan dia ada je sana n kawan Angah pon ada but still hmmm. Ada adik lelaki sorang pon dah rasa macam ada adik 10 orang. Faham tak maksud tersirat tu? Sekali dengan akak-akak dia terbabit sekali. Mama call setiap hari semata-mata nak update pasal adik. pffttt. 

Lastly, ini last sem aku before go for internship yang masih keliru lagi ni,  tolong doakan aku lulus dengan cemerlangnya semester ini ye. 7 papers start from 25/6 till 12/7. Ye memang suka tolong tutup pintu dewan tapi nasib kami paper last pagi, kalau petang lagi laa sedih tengok orang dok heret luggage and parents datang amek. Perasaan tak sabar nak habis dan nak kerja walaupon aku tau belajar lagi best dan tak stress as compare to work but i want to help my parents in many aspects and at the top list go for umrah/haji together with all my family members. Aamiiin. Doakan tau kawan-kawan. 

Oh pastu kan, mama aku kan dah buang rahim sebab kanser rahim at stage 1C. Pastu, perut mama cepat sangat masuk angin and bila makan makanan keras yang susah hadam memang cepat sangat tindak balasnya. Aku sedih sangat weh bila dengar mama muntah, pastu badan flat gila and demam. Dia punya tarik tu macam nak tercabut semua isi perut. Aku tau dugaan ni kecik as nak compare dengan orang lain but still you know kita mesti rasa lembik bila orang yang kita sayang sedang melawan sakit. Aku tak kuat ye aku akui tu. Bila balik rumah dan lihat keadaan macam ni, it make me feel so sad. Memang la doktor kata kanser rahim ni tak bahaya macam breast cancer and Alhamdulillah dapat detect cancer at early stage but still you know when it comes to CANCER, it will made your life feel insecure. But, I believe that my mom is a strong lady as she can bear the pain and calm when being diagnosed as cancer patients. IKN Putrajaya tu memang port wajib pergi laa. Kalau pergi situ, kau akan rasa bersyukur sangat-sangat bila kau tengok orang lain lagi teruk and ada satu hari tu baby pon kena tau. 

My mama with adik gemuk. ni semua effect camera penipu angah ye. Masa ni pon mama tak sihat, mama doa supaya Angah dapat bilik bawah sebab mama tak larat nak naik tangga sebab badan dah flat. Mama kata Allah dengar doa mama walaupon mama doa dalam hati je. Allahu Akbar!
When it comes to my family and also when I am read others family story, memang senang gila la air mata ni nak meleleh keluar. Hmmm hati kapas nak buek camno laie... Aku memang family oriented, no offense la kalau kau nak kata aku dah 22 but still kena control dengan mama dan ayah because I know its for my own goods. Even kekadang tu ada je yang aku terbabas pergi mana-mana tak inform dah balik baru bagi tau pergi mana blabla.

Sempena Hari Bapa yang bakal tiba nanti, tetiba jee kan. Alaa dah alang-alang aku update pasal family ni. Aku wish laa. 


@>----SELAMAT HARI BAPA!! HAPPY FATHER'S DAY!! ----<@

Love you, Ayah dan terima kasih atas semua jasa baik dan susah-payah ayah dalam mencari wang untuk hantar kitorang sekolah, tusyen sampai dah ke U ni. Ayah seorang ayah yangs angat workaholic. Weekend pon pergi kedai sebab ayah jenis tak boleh duduk diam, mesti nak kena buat kerja. Itu yang kat rumah baru ada tanah, ayah tanam macam-macam pokok. Orang akan cakap 'untungnya Eda(mama) dapat suami baik dan rajin macam ni' Yeah, ayah sangat rajin, basuh baju, sidai baju, masak, basuh pinggan, jaga anak blablabla. Kira kalau mama balik kampung(dulu la) and mama warded boleh surive la kat rumah. I want my future husband like my ayah, boleh? hahaha in your dream la Syira. 

Mama dan ayah dah ajar anak-anak(kitorang) dengan baik sekali, kalau ada salah silap tu memang kitorang yang salah. Blame us not our parents. Both my mama dan ayah had done their best by send us to mengaji, sekolah agama, tusyen, and blablabla dan sentiasa sokong kitorang dalam apa jua yang kitorang lakukan. Buktinya, bila kitorang ada game, mama dan ayah akan pergi tengok. Hari tu Angah lawan netball kat Matrik Gopeng, Angah konvo silat kat Seremban,aku sparring kat UIA Gombak pon mama n ayah pergi. Terharu ke tidokk?? Mama dan ayah cakap kalau belakangnya bin/binti Mubi(anak ayah), kalau takde aral melintang mama dan ayah akan datang. Uuuu nak nangis doe.

Aku sebenarnya nak update pasal pengorbanan mama dan ayah tapi ni pon macam dah panjang. Just short one maybe. Aku takut nak share sebab takut orang kata berlagak, tak, aku bukan maksud macam tu hmm suka hati kau la nak judge people camne. 

Orang selalu cakap and puji la kot cakap kitorang ni adik-beradik bagus terdidik, pandai-pandai pffttt konon sebab adik-adik aku masuk asrama sejak form 1 and semua masuk U. Weh aku nak jugak cakap aku dulu pon dapat asrama tapi aku gedik taknak pergi sebab sekolah agama tu kat hulu - Batu 10 padahal rupanya ramai je kawan sekolah aku dapat situ. Poyo je kan aku acah-acah takut dan dasar anak manja. Lagipon, memang ayah tak confident aku pergi asrama form 1 pon. hehe. 

Eh banyak pulak puji diri sendiri, ampun. Ok sebenarnya aku nak cakap dan nasihat kepada parents or future parents and also for me n my future fuhhhhh ahaha. Ni mama cakap dan apa yang orang sekeliling nampak, both mama dan ayah dua-dua bergabung tenaga, duit dan masa untuk hantar anak belajar ke sana-sini. Aku akui aku adik-beradik tusyen dan mengaji merata weh home tuition lagi, pusat tusyen lagi pergi pastu pergi rumah teacher/ustazah tu pulak. Kitorang bukan orang kaya like people said orang pergi tusyen ni orang kaya dan berlagak. Hello talk to yourself, my parents send us to tuition as they does not know how to teach us tapi kitorang belajar math dengan ayah, kalau tak nangis memang tak sah, aku pon tak faham. hahaa kelakar pulak bila ingat balik, they have no time to spend on us to study together as they both work but they still ask us to finish our homework and read book during school holiday, and the major factor is they know that their children were not diligent to study in our own. So, by all those sacrifices, I believe they deserve this. Kitorang tak pandai pon tapi kau fikir sendiri la kalau dah mama ayah berkorban macam-macam semata-mata nak sekolahkan anak-anak, takkan kau taknak study even main-main banyak. 

Aku harap sangat kitorang adik-beradik dapat balas jasa mama dan ayah, jaga mama dan ayah bila sakit, bahagiakan mama dan ayah and of course be a good daughter and son to them. Walau kita susah macam mana pon, keluarga kitalah yang akan bersama dengan kita walau dalam apa keadaan sekalipon. Sebab tu, mama selalu pesan 'Jangan lebihkan kawan dari family' So, hope you understand why I am being like this.
Angah, Adik n Aku. Gambar ni masa nak hantar Angah daftar UTHM. Adik tak ikot sebab dia nak SPM.
Sekian cerita untuk hari ni. Moga menjadi inspirasi untuk korang terus berjaya dengan kisah picisan dan sedikit value nya dan moga aku terus bersemangat waja to study for final. Aku bangga dengan background aku walau mama dan ayah aku tak belajar tinggi. Ini pon orang selalu cakap jugak. Hmmm lain kali laa aku buat entry lain kalau rajin. hehehe. babai. 


my family. Lagi 2 orang tu sepupu-Fika dan Izzati.

Wednesday, 10 June 2015

PROMOSI RAYA BERSAMA SEQY BEAUTY

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hari ni aku nak update pasal produk SEQY BEAUTY. Korang tau tak pasal produk yang tengah IN sekarang ni? Sebut je BB Cream orang akan ingat SEQY BEAUTY sebab bb cream Seqy Beauty ni tahan lama, ringan (takde tebal dan fake sangat muka tu), mesra solat dan paling BEST muka TAK BERMINYAK sepanjang hari dan HARGA yang BERPATUTAN. 

So, sempena HARI RAYA yang bakal tiba tak lama lagi walaupon puasa tak lagi but well typical Malay huh sibuk ke raya dulu sebab masa Ramadhan nak fokus betul-betul pada ibadah puasa dan solat sunat Terawih. Insha Allah Amiin. So, confirm semua orang pon nak kelihatan cantik, menawan, tertarik kau memang da bomb masa hari raya nanti kan? Haaa memang kena sangat laa tu. 

Oleh itu, dengan rasminya dan berbesar hatinya SEQY BEAUTY telah membuat PROMOSI gila-gila murah punyaa. Sila follow semua social medias SYIRA MUBI and Seqy Beauty NOW!!!! Tambah lagi best, pihak Seqy Beauty bagi harga murah kaw-kaw punya, saya sebagai agen sah seqy beauty akan beri anda FREEGIFT jika anda beli set combo tapi sebab aku rasa nak bagi lagi best aku kasik je FREEGIFT tu kalau korang beli produk SEQY BEAUTY dengan aku.

Nak tau aku bagi apa? Haaaa jengjengjeng trengggggg kerinchinggchingg ewahhh gaya macam nak bagi BMW sebijik kalau kau beli dengan aku kan? Hehe idokler, teman tak mampu nak bagi BMW sebijik ke kome. Tapi, Insha Allah teman mampu bagi FREEGIFT 1 jar CRAZY CRUNCHY RAINBOW. Kalau beli combo teman up lagi hadiahnya ye. Ater, kome tau ke apa menda Crazy Crunchy Rainbow tu? Tak ngape, bior teman ngabo kan ye. Itu adalah campuran bertih beras dengan coklat or we called it as Choco rice Jar. Sedap dia memang tak payah cakap laa, ater gilaa nak kabo chocolate tak sedap? hmm berani ye. 

SKINCARE SET BY SEQY BEAUTY

Ok sekarang aku nak cakap SEQY BEAUTY dah keluarkan set SKINCARE SET tau. Paling best TIADA kesan pengelupasan macam korang selalu takut tu kan bila guna skincare mengelupas kulit pedih kot. Tapi, Insha Allah based on feedback from SQB customers yang dah guna skincare set ni depa kata takde mengelupas. Oh lupa nak cakap skincare by Seqy Beauty ni bukan untuk MEMUTIHKAN kulit tau tapiii untuk  kulit berjerawat, kusam dan berjeragat. Skincare ni telah mendapat kelulusan KKM and NO MERCURY hokayy. Dalam tu ada 4 items iaitu :-

1. Cleanser 50 ml
 Cleanser ni sama je dengan yang korang pernah beli dulu tu, cuma yang ni lebih kecik siket. Beza 10 ml je pon. But no worries, still can use more than 1 and half month.



2. Toner

1. Membantu menstabilkan pH kulit
2. Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepukkan toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
3. Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air disaat anda membersihkan wajah.
4. Bertindak sebagai humektan, mengunci kelembaban sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari.
5. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut.
6. Mengawal sebum (kelenjar minyak)
7.Mengurangkan radang (kemerahan). 
 
3. Serum

1. Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal.
2.  Melembapkan kulit wajah yang kering akibat jerawat.
3. Mengurangkan kedutan pada wajah (Anti penuaan)
4. Menghalus serta mencerahkan kulit.
5. Menutrisikan kulit.
6. Mencegah kegatal (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat.
7. Menghilangkan flek pada wajah.
8. Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat
 
4. Day & Night Cream 15g

1. Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat.
2. Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
3. Mengecilkan pori-pori
4. Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah.
5. Menghilangkan parut di wajah
6. Menyegarkan kulit wajah.
7. Mengawal minyak
8. Mengurangkan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
9. Melicinkan tekstur kulit
10. Melindungi kulit dari sinaran UV
SKIN CARE SET by SEQY BEAUTY. RM 130

ni laa dia baby product by Seqy Beauty RM 130 FREE POSTAGE + FREEGIFT

Membeli sambil beramal. Setiap pembelian skincare set by Seqy beauty ni akan didermakan ke Tabung Amal. Sila follow ramai-ramai IG @mari_menderma yang ditubuhkan oleh owner Seqy Beauty sendiri iaitu Puan Sepet.

Feedback Customer Skincare Set by Seqy Beauty





ni student UiTM Penang tau. Hai junior. hahaha




Untuk tahu lebih details, boleh terjah blog SEQY BEAUTY Instagram Seqy Beauty dan SYIRA MUBI

PROMOSI SAMPAI AKHIR RAMADHAN

chuolls cepat cepat wassap SYIRA MUBI 019-2148697 FREE POSTAGE + FREEGIFT



Dan aku nak buat CLEARANCE STOCK BEFORE RAYA, SO, HURRY UP GAIS CEPAT CEPAT ORDER SEKARANG!!!! CONFIRM KORANG NAK NAMPAK CANTIK DAN FLAWLESS TIME RAYA KAN?? APO TUNGGU LAIE?? MAI LEKAIH BELI DENGAN CHEQ. 

Pastu, nak kasi tau kepada mahasiswa dan staf UiTM PERMATANG PAUH, Boleh dapatkan produk Seqy Beauty ni di Mini IT Festival anjuran Jabatan Skolastik & Jaringan Industri, Institut Pemikir Mahasiswa di Laman Siswa @ sebelah ATM pada 10 - 12 JUNE 2015 dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Serbu ramai-ramai tau.  Kalau ampa nak booking awai pon boleh, wassap/call SYIRA MUBI 019-2148697/012-3299709.

*campuran bahasa adalah my strength hahaha.


POS Seluruh Malaysia
COD Telok Panglima Garang, Putra Heights, Puchong, UiTM Bertam, Kepala Batas(PNG), UTHM BATU PAHAT dan kawasan berdekatan dengannya.

*selagi stok masih ada dan sebarang pindaan tertakluk kepada owner.

Wednesday, 13 May 2015

Perkara yang Anda Akan Buat Bila Bersama dengan Adik-beradik SAHAJA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haaa gituu panjang benor tajuknya. Aku tetiba rasa nak come out with this entry after I read this article Anda pasti faham 13 perkara ini jika anda ada adik-beradik Saja nak mengimbau kenangan suka-duka dengan adik-beradik. Masing-masing dah besar, dah bawak langkah keluar dari rumah (read : pergi belajar), so, times spent with family jadi limited. Therefore, i write an entry about my siblings and I. 
Kami 3 beradik yang selalu bergaduh tapi sape tak sayang adik-beradik oii




Aku anak sulung tau, tolonglah percaya, ramai orang ingat aku anak bongsu, hmm muka aku tak cukup matang ke untuk jadi anak sulong? Orang kata aku manja, huwaaa, tidakkkk. Kau tak tau kalau kat rumah aku la 'singa', tak caye pergi la tanya Angah dan Adik. hahaha. Nak je aku tepek atas dahi 'Saya anak sulong' booleh gitu? Hahahaha. So, kitorang 3 beradik je. I am the eldest one, then Angah -Qila Mubi and the youngerst one Faris - Adik. 

So, here we go babeh...

1. Tak Mungkin akan ada situasi di mana adik-beradik takkan sengaja cari pasal dengan satu sama lain
 

Yang ni memang selalunya aku la. Sebenarnya Angah atau Adik yang cari pasal dulu dengan aku. Then, aku kan mengada nak perhatian lebih, lol. Mesti jerit 'mama, tengok adik ni....' 'ayah, tengok Angah ni,....' Contoh, kalau balik kampung (Ganu atau Ipoh), mesti singgah kedai serbaneka stesen minyak tu kan. So, selalunya aku la paling rajin turun membeli-belah, tak tau la kenapa, tapi dah memang jadi tabiat and mostly aku la banker. 

 

Masalah aku ialah i cannot share my drinks with others sebab aku geli kecuali certain people. Adik la paling 'mengundang' sekali, dia suka minum air aku curi-curi, bila aku tidur ataupon dia main 'rembat' je, hmmm, memang suara aku je laa bergema dalam kereta. Bengang je aku. Tapi, habis kuat pon mama/ayah akan cakap 'Adik, janganlah minum air Along, nak beli sendiri, duit ada kan...' atau 'Alaaa adik beradik, takpelaa share' Masalahnya aku ni haa tak boleh share minuman, kalau kau dah minum memang aku suruh kau minum sampai habis la jawabnya. Dah kau yang untung kannn.

 

2. Berebut baju itu memang rutin harian

 

Nak kata selalu berebut baju tu takdelaa kot. Masing-masing ada baju sendiri. Eh tapi sebenarnya kitorang main rembat je baju sape-sape pon. Tadak hal punya. Pernah je berebut baju macam aku belikan sorang satu Tshirt untuk adik-adik aku tu. Sekali hari tu masa aku balik rumah, Adik pakai baju Angah yang aku beli tu, pastu, aku marah laa dia. Dia boleh cakap 'ni Adik punya laa, sape suruh lipat masuk almari Adik' Haishh budak ni,aku hempuk jugak kang. 

 

Masalahnya, mama yang lipat baju, kekadang, mama tak tau dan malas nak asing-asingkan hantar sekali je masuk bilik. Pastu, adik aku cakap 'Alaaa, Angah bukan pakai pon baju ni, sape suruh dia tak bawak balik U' Hoii ini mengundang betul statement kau ni Faris. Sabar je la Along kau ni. 

 

Pastu, antara aku dan Angah kitorang akan ada masalah bila part baju kurung sebab selalunya baju kitorang kain sama n corak potongan pon sama. Cuma, baju Angah akan lebih 1 inci dari aku, masalahnya, bila dah siap semuanya pon nampak sama, jadi, pakai jelaa mana-mana pon. Oh sebenarnya ni termasuk sekali dengan baju kurung mama tapi, selalunya baju mama boleh detect sebab size kecik cuma warna je sama. 

 

Satu yang aku rasa best pasal adik-beradik aku ialah kitorang main rembat je pakai baju sape-sape pon (aternyee adik-beradik katanya, takdehal punya) Kira untung laa saiz lebih kurang. Oh, pastu kalau pasal seluar tracksuit. Aku bengkek je dengan si Faris tu, aku tetiap sem laa beli tracksuit baru sebab asyik kena rembat dengan dia. Alasannya dia main futsal la petanque laa, banyak guna tracksuit, pastu, tracksuit pulak asyik koyak. Dulu, aku ingat sebab beli murah punya, tapi, aku kasi tracksuit Cheetah yang Pak mel hadiahkan aku sempena masuk U pon koyak. Aku sedih gila kot, yelah, orang kasi kan, pastu memang aku sayang gila laa sebab aku pakai elok je tak koyak. Dapat kat dia, rabak terus. Tak taulaa dia pakai macam mana. 

 

Yang depan tu Angah. Ni masa nak hantar dia masuk UTHM. Lagi 2 orang tu kazens belah Ipoh(mama).

 

3. Berebut bilik air setiap pagi

 

Cerita pasal bilik air ni, aku ingat laa masa sekolah rendah dulu, kitorang siap buat giliran kau tau. Hari Isnin sampai Jumaat siapa mandi first, second and last. Hahaha sumpah rasa nak gelak guling-guling bila ingat balik. Well, sape lagi kalau bukan aku yang come out dengan idea giliran ni. Up until now it become my habit to be systematic like that (read:sometimes). Konon-konon, sape punya turn mandi last tu dapat la tidur lama siket. Lawak gila kot. Yang tambah kelakar, mata pejam tapi boleh cakap 'Hari ni turn kau la mandi first, aku mandi last'. Tak ke kelakar, dalam tidur tu boleh ingat turn sape mandi dulu, tapi, kalau dah semua taknak bangun ikut jadual, memang Mama aku datang jerit pastu kata 'baik bangun sebelum mama simbah dengan air panas'. Jangan main-main woi, mama aku buat sungguh karang. Tapi, air panas tu tak pernah laa, air sejuk ada. Banyak kali kot aku kena. And selalunya bila mama dah keluar aura garang tu, aku laa volunteer mandi dulu. Kakak katakan. 

 

Pastu, masa rumah lama dulu, tandas ada satu je, aku tetiap pagi memang jenis membuang. Hmm memang dok beratur la depan toilet tu. Dah macam cerita P.Ramlee pulak weh. Terus orang kat dalam rasa tak puas dan tak tenang. Macam mana nak tenang, kalau orang luar asyik ketuk pintu je, suruh 'cepatlaaa, taik dah nak keluar' hahahaha. Pastu, kat rumah baru ni, tandas ada 2 tapi aku tak selesa guna tandas parents, so, kira berebut jugakla tapi takdelaa tahap teruk. Sebab macam takde apa nak kejar (tak sekolah), just nak rushing sebab nak gerak pergi kedai in one car. Selalunya, aku akan ketuk pintu adik sampai nak runtuh untuk suruh dia mandi sementara aku basuh pinggan after breakfast, so that, we can save time there but what make I felt so angry, he dont want to wake up. Aku laa mula la naik hantu, mulut potpetpotpet, pastu, nanti mama cakap 'korang ni ada je benda nak gaduh, pagi-pagi dah gaduh blabla'. 

 

kalau nak bermanja tau cari Along kau, tapi cakap aku kau taknak dengar kan.

 

4. Tiada siapa boleh buli kita kecuali mereka

 

Yang ni setuju laa dan yang selalu kena bulinya aku laa. Kuang hajo tak? Paling suka membuli aku Faris la. Dia akan guna taktik ugut. Dia ada rahsia kita, dia pegang, pastu, bila dia nakkan sesuatu dia akan cakap camni 'Baik kau gosok baju adik, kalau tak adik bagi tau ayah kau beli novel baru' Dia punya level 'RAJIN' tu boleh dia pergi kira total RM yang aku spent untuk beli novels and cecah ribu2 tau dak? And dia guna taktik tu untuk buli aku. Kau ghasee? Heyyy geramnya aku. Pastu kan, kitorang basuh pinggan pon ada giliran tau. Macam breakfast, Along basuh pinggan, Angah lap meja, Adik terap pinggan dan seterusnya. Takpon, sape makan last dia kena basuh. Hahaha. Masalahnya, Adik aku tu dia RAJIN bila kakak-kakak dia takde kat rumah. Bila kakak-kakak dia ada kat rumah, dia punya pemalas tu Nauzubillah aku punya level marah tu dah level 99%. 

 

Ada satu kes waktu lunch, dia makan last tau, macam kitorang semua dah habis lunch tapi dia tak makan lagi sebab keluar pergi rumah kawan kot and lunch tu turn dia basuh pinggan. Kitorang punya rules pulak, kalau kau tak makan, tak payah basuh pinggan. Punya laa aku nak dia basuh pinggan jugak sebab aku tak suka basuh pinggan kat kedai sebab air dia splash and aku sakit pinggang, habis basah baju iolss tau. lol gedik. So, sebab terpaksa, aku turutkan segala perintah Yang Berbahagia Tuan Muda Faris Yusri. Dia suruh aku cedokkan nasi, amek lauk, amek kicap, amek air' Kuat betul memerintah kau ye. Sampai mama aku cakap 'baiklaa pergi basuh pinggan dari turut perintah adik ni' Masalahnya aku taknak sebab alasan atas tu, kalau tak aku dah basuh daa.

 

5. Takkan bosan bila dalam kereta sebab ada saja benda yang nak diusik dan nak digaduhkan

 

LOL. Ini related to point number 1. Kekadang tu tercuit sikit je pon, dah kecoh satu dunia atau pon jadi point untuk cari pasal, Aku laa tu. Pastu, adik-adik aku ni suka main 'himpit'himpit'. Korang tau tak amenda ni? Bila kita kat selekoh, kita yang duduk paling tepi akan tolak orang tengah, so that, orang belah sana akan terimpit. Hahaha, pastu, every selekoh akan ada misi balas dendam ke kiri dan kanan. But make sure, pintu semua lock ye and jangan guna power kau kuat sangat, kang tercampak keluar pintu, Nauzubillahiminzalik'. Minta dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana. 

 

Pastu, diorang suka main 'cekik-cekik' orang. Kalau aku, aku suka main lempang-lempang, perghhh mampu, ini semua pengaruh wrestling laa ni. Salahkan orang lain je tau, cuba salahkan diri sendiri, baru Islam boleh tertegak dan kembali seperti zaman kegemilangan dahulu. (Tudiaaa aih, ni aku dapat masa pergi forum Tarbiah Sentap hari tu). Mulanya sebab Angah geli kalau orang pegang leher dia, so, kitorang macam 'bet', sape tak geli dapat RM 5 atau belanja something kat kedai Mesra nanti. Tapi, ni dulu laa masa zaman jahiliyah tak tau 'bet' tu kind of judi jugak. Cuma, sekarang ni just main suka-suka untuk menghiburkan diri ketika dalam perjalanan yang panjang. Perghh ayat kau. Tapi, aku palin tak suka la main 'cekik-cekik' ni, Angah dan Adik je yang selalu main. 

 

Oh, yang pasal main 'lempang-lempang' tu, aku laa yang start up. Dia macam kau dah geram gila dengan adik-adik mungkin sebab kalah main 'cekik', aku slap pipi depa, pastu, depa akan curi-curi untuk try to slap their sister face. Kau mampu? Sedap jugak main lempang-lempang ni. LOL. 

 

6. Mesti ada pertandingan siapa yang dapat perhatian lebih

 

Yang ni aku tak ingat la ada ke tidak. Tapi, ada kot tapi jarang sebab mama dan ayah aku selalu bagi layanan sama-rata, takde nya anak favourite ke hape ke. Tapi, macam kalau nak apa-apa kitorang akan gunakan Angah sebab Angah cakap 'kalau Angah yang mintak, Ayah mesti kasi punya'. So, berbekalkan cakap Angah tu laa, kitorang akan suruh Angah cakap. Ini masa zaman sekolah dulu laa. Macam nak mintak izin pergi PWTC naik KTM. Angah la jadi orang tengahnya. Takpon, macam ada 2 pendapat yang berbeza, pastu, kita mintak pandangan mama dan ayah, so, kalau mama dan ayah berpihak pada dia, mesti dengan muka berlagak akan cakap 'haa kan aku dah cakap, kau taknak percaya cakap aku'. 

 

7. Walaupon ada masa bergaduh, bila nak mengadu mesti cari adik-beradik jugak.

 

Yup, this one I totally agree as since we are children (primary school), we always share problem together until now since my family are kind of open to hear our problem. Usually, at nite we always have like pillow talk in my parents room. We will gather together and story about your life at work, U, school and etcetera up until today. And I do believe with this kind of 'pillow talk', our relationship become more stronger. Eventho, nowadays, its hard to have a talk session like that everyday as we were apart far away but bu whatsapp we still can contact each other BUT by talk face to face it is better as we can have quality time together.  

 

 Oh, one more thing that I have seen today was we can count on each other. I give you example is MONEY. As we dont want to burden our parents, when we have financial problem, we asked siblings to borrow their money and Alhamdulillah we still can pay it after that. Although we are still  STUDENTS. Hopefully it will last forever as I dont like when the relationship had problem because of someone who did not pay their debt. 

 

8. Tak payah cakap apa-apa, guna bahasa badan pun dah boleh faham satu sama lain

 

Emm yang ni aku rasa kitorang tak sampai tahap ni lagi kot ataupon ianya secara tak sedar berlaku, i mean, it is naturally to happen and we dont realize it or I myself did not notice it. Tak cukup kuat instinct aku kot but I do believe on my instinct as my instinct is always true. lalala.

 

9. Kawan-kawan bagi pandangan pelik sebab tak pernah dengar anda dipanggil dengan nama timangan

 

Standard nama timangan kitorang ialah Along, Angah dan Adik tapi ada yang lagi best. Ni Angah dan Adik la bagi. Diorang panggil aku Buncit, tu yang aku buncit tu. lol. Angah Gendut dan Adik Gemuk. Tapi, aku panggil dua-dua orang adik aku Gemuk. Biar gemuk bersama, gituuu. So, kekadang aku tersasul panggil orang 'boleh la tu Mok' terus orang tu sentap dengan aku, padahal aku tak bermaksud nak cakap dia gemuk tapi 'Mok' tu macam nama manja atau timangan dalam family kitorang. So, macam tersasul. Tapi, aku tak bermaksud nak cakap kau gemuk, aku sedar diri aku. Macam nama manja gitu. Maaf kalau hang terasa dengan aku. 


10. Adik - beradik jugalah yang paling JUJUR

 

Hmm yelaa kot. Entah tak tau nak cakap. Oh betul la depa jujur, cakap takde selindung, direct je cakap 'Along, kawan kau ni gedik la' erkkk tercekik Along kau mendengarnya. Takpon 'apsal kau gedik sangat @ baik sangat, tengok orang dah pijak kepala kau' Haa gitu kau. Kalau pasal pakaian tu, aku pernah cakap Adik tak kasi aku pakai jeans tapi aku pertahankan dengan alasan 'aku pakai jeans lelaki - straight cut' ataupon kalau aku bukak tudung time dalam kereta OTW balik kampung, dia cakap 'kau nak jadi macam indon(read:bibik) ke?' Ok sis sentap.

 

11. Mereka mengenali kita lebih daripada orang lain

 

Yup totally agreed sebab kita dah kenal lama kot. Takkan tak kenal lagi but somehow I do feel that I no longer my siblings as they moved out from house since form 1. So, they spend most of their times with friends, so, they are tend to be influence by their friends and another factor is we always pretend to be a better person at home but in front of our friends, the true colour of ourself will naturally came out. Sorry to say, I do stalk my siblings social medias to know what they are doing as I am concern and care of them. Am I psycho? No rite, as I just do my part of responsibility as an eldest. uuuu cover baik punya.

 

12. Gaduh tetap gaduh tapi tetap risaukan keselamatan kita

 

Emmm this one related to the above point. And of course, we do care about each other safety. Sape tak sayang siblings dia oii? Aku ingat lagi, masa adik-adik aku sekolah rendah dan aku form 1 @ 2, kitorang main dengan budak-budak Kg. Baru Sri Puchong which is kawan adik tapi lama-lama jadi kawan kitorang and geng tu agak ramai tau siap dengan berani matinya aku lantik diri sendiri jadi team manager lawan main ronders dengan Kg. Kenangan. Kalah teruk woi sebab depa semua lelaki semua sekolah menengah, team kami campur lelaki perempuan plus campur dari kecik sampai besar, paling besar pon form 3. Team lawan sekali pukul bola naik atas bumbun kantin SRA Batu 13, Puchong, memang sempat sangatlaa depa buat home run siap menganjing kitorang lagi bila dah berpuluh-puluh home run depa buat.

 

Oh nak cerita pasal ANGAH, masa kitorang main sesama sendiri tu, Angah aku tersilap step, dia jatuh kaki terlipat macam mana ntah sampai dia tak boleh bangun dan menangis. Angah aku tu bukan jenis kememeh macam aku-siket-siket nak nangis, so, bila dia nangis tu memang sakit sangat ataupon dia betul dan tak tipu. Kitorang semua stop game and berlari pergi kat dia, aku laa paling drama, dari jauh berlari dapatkan dia. 'Kau okay tak Angah? Boleh bangun tak?' Terus tak main dan kitorang balik, aku carry dia naik basikal. Punya teruk sampai bertongkat Angah pergi sekolah, ooo masa tu dia darjah 6 kalau tak silap. Masa dia tak boleh bangun tu memang aku menangis gila punya. 

 

Sebagai denda dan sebagai tanda penginsafan, kitorang tak pergi main selama beberapa bulan sehingga kaki Angah sembuh. Gila punya hebat penangan main ronders, sampai bawak Angah pergi jumpa tukang urut patah laa, nasib baik ayah kawan dia tukang urut. Dan Angah tu memang kuat semangat laa, Darjah 6 memang kelas kat atas sekali - tingkat 3, kau tahu dia boleh slow-slow naik tangga dengan bantuan kawan-kawan dia of course turun naik tangga and cikgu pon tak tau dia bertongkat pergi sekolah. Kira macam dah lama siket baru cikgu perasan. Itupon tusyen dia pergi jugak malam kejadian sebab takut mama marah. Padahal kat tusyen tu pon naik tangga yang agak tinggi tapi lepas tu makcik call ayah suruh amek Angah sebab dia menangis dalam kelas eh silap dia duduk kat sofa luar sebab tak tahan sakit sangat. Untunglaa tusyen tu mak sedara punya, apa-apa hal boleh kawtim. Aku ingat-ingat lupa la sama ada kitorang inform mama dan ayah pasal Angah jatuh petang tu ke tak. 


    Akhir sekali, adik-beradik tetap akan jaga satu sama lain. Yeah, hopefully we will take care of each other and for sure take care of our parents together. Along sayang korang sangat-sangat. Walaupon dalam adik-beradik kita ada macam-macam perangai tapi itulah yang akan kita kenang dalam hidup ni. Semoga koran terus bahagia dan sukses dalam apa jua yang korang lakukan.

ni masa hantar Angah kita import cousins sebab Adik kat asrama, ayah malas amek. hahaha



 Terima kasih kerana sudi baca karangan yang panjang berjela, almaklumlah kalau boleh semua benda nak sumbat kat sini so that our memories will not faded. Sis dah tua, sis lupa.

Saturday, 25 April 2015

AGEN SAH SEQY BEAUTY

Assalamualaikum dan Salam sejahtera uolls.

Hai lama tak update tetiba up entry pasal AGEN SAH #seqybeauty. Err maaf aku busy cari duit nak kahwin. . Kohkohkoh (batuk En. Syabab Musafir Kasih). Doakan aku bertemu jodoh yang soleh ye. Amiin.

Ok, actually aku nak bagi tau aku telah melebarkan sayap dengan menjadi agen SAH yang menjual produk dari Seqy Beauty. Currently ada 2 produk iaitu BB Cream dan Cleanser. BB Cream tu aku dah pakai dan memang pakai pon sampai sekarang. Cleanser tu baru je sampai stok dan akan pakai secepat mungkin. Sebab kita yang jual mestilah kena pakai kan? Baru orang percaya. 

Pastu, nak cakap ni produk ni keluaran Bumiputera. So, support our local product. 


My Own Testimoni

Aku beli BB Cream tu hujung bulan November yang lepas, konon nak pakai pergi Dinner IPM nak nampak vogue vavavoom. Tapi, tak sempat sampai. So, lepas dapat tu aku pon pakailah. Mula-mula memang tak reti nak bajet sekali terbanyak dan nampak tebal siket. Oh BTW aku punya first batch yang ada 1 tone colour je iaitu natural. Nampak putih siket sebab aku kan gelap. TAPI, yang bestnya dia akan blend dengan kulit kita. So, no worries. 

Ini semalam otw balik dari Penang-Shah Alam. Abaikan tudungku sebab iron dah hantar masuk stor simpanan. Aku pakai BB Cream dari pagi ke hulur ke hilir settle kat HEP n Bendahari. Pastu seret beg yang banyak tengah panas terik. Dan, langsung tak berminyak n luntur pon. Itu yang aku suka produk ni. Tetiba rasa muka aku flawless. Pfftt. Seriously aku tak pakai 360 pon sebab tak install. Aku kan tak suka selfie.
Lagi satu, yang aku suka pasal BB Cream by Seqy Beauty ni dia tak berminyak. Aku ni kan memang mudah berpeluh, kena panas terus cair macam lilin. Disebabkan itulah aku malas pakai make up pergi kelas atau hang out. TAPI dengan BB Cream ni Alhamdulillah walau aku berpeluh pon dia tak cair sebab water-based. Mula-mula aku tak percaya tengok orang lain review cakap camtu, sekali dah pakai 'Ok ok aku percaya'. Senang cerita 'Kau Pakai Kau Rasa'. Cakap banyak tarak guna maa. 

Oh lagi satu yang aku suka, bila dah pakai BB Cream ni kita boleh berJIMAT sebab tak payah pakai compact powder sudaa. See, jimat sangat uolls. Pastu satu botol tu boleh tahan 2 bulan. Kira berbaloi-baloi ler. Dan botol dia yang sangat comey tu memudahkan kita untuk bawak BB Cream by Seqy Beauty ke mana saja, walau ke mana jua...

 nampakkk bos iolls meletop vavavoom. Dulu aku customer kak sepet, sekarang dah naik satu level. hehe.

comey kan botol dia and looks elegant. 

LAIN-LAIN TESTIMONI

Haa jangan tak tau, produk by Seqy Beauty ni artis-artis pon dah guna tau seperti Yatt Hamzah dan Erry Putra. Nampak tak produk ni lelaki pon boleh pakai. Nak-nak anda yang selalu terdedah dengan cahaya matahari. Sebab produk BB Cream ni ada SPF 30+. Pastu, blogger Cik Epal pon dah try dan bagi testimoni tau. Kalau korang tak percaya pergi kat IG cari hashtag #testimoniseqybeauty #seqybeauty #feedbacksqb.



Ada berapa tone BB Cream?

Hah, apa tunggu lagi?? #cubatrytest


How to Grab this Product?

 So, kepada anda anda dan juga anda yang berminat untuk mencuba secara langsung membelinya boleh hubungi aku melalui facebook (link kat sidebar, ekau klik yo situ haa) atau whatsapp/call Syira Mubi 019-2148697. Aku cover area Telok Panglima Garang (TPG), Puchong - boleh amek stok kat kedai ayah aku Makmur Print Enterprise dan juga kepada korang sama ada staf mahupon students, Insha Allah next sem aku bawak stok ke kampus UiTM Penang. Korang boleh pilih sama ada nak COD ataupon pos. POSTAGE Charge RM 5 ONLY. TAPIII kalau amek COMBO SET FREE Postage + FREEGIFT. Itu yang best kan? Gila tak best. Hehe. Insha Allah aku boleh COD sementara tengah cuti sem ni. Nanti dah masuk U balik, aku mintak tolong ayah aku hantar ke rumah customer. Hehehe.

In case aku tak cover area korang dan korang taknak pos sebab tak sabau nak guna produk ni, korang boleh tengok agen mana yang available kat area korang di BLOG SEQY BEAUTY

Untuk maklumat lanjut, boleh tengok di blog Seqy Beauty (link di atas) dan juga  IG SEQY BEAUTY.

publish on Dec 2014.

Friday, 24 April 2015

Aku dah penat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semoga korang bersemangat. A better tomorrow.


Eeh ehh tetiba rajin update dah kenapa? Hehehe adalaaa. 

Tadi aku pergi Hospital Serdang konon nak tengok baby yang baru lahir semalam la konon. Sekali, takde rezeki, baby kat dalam NICU sebab gula banyak sangat dalam badan. Takpe takpe nanti Along balik bulan depan kita jumpa ye. Pastu, sampai je lepas makan dan solat, terus gerak hantar adik pergi SAMTTAJ sebab ada nasyid malam ni dan petang tadi deme ada buat jualan.

Aku paling tak suka pergi hospital bila sampai tang nak cari parking. Kenapa lah susah benor nak park kereta? Kerajaan ni pon, tak tau ke yang masyarakat Malaysia sangat berbudi bahasa dan baik. Bila dengar ada orang sakit, laju je pergi melawat sambil bawak buah sebakul. Eh ye ke? Hehehe. Pengaruh drama sangat ni. 

Tapi, mama bagi tau mama dengar ceramah UKE hari tu, ustza kabo 'asey datang je hospital bawak buah, orang yang nunggu tu nengoknya dan dalam hati cakap bila ler deme ni nak balik, aku nak mencekik buah tu. Sedap bebenor teman nengoknya. Sekali tetamu dah beransur balik, dia pon ngupas ler buah tu, baru nak masuk mulut orang tu patah balik. Tengtengteng kantoi ler. Ghopernyer tetamu tertinggey phone.' Sekian bahasa perak yang tak pior dari saya. 
 
So, UKE suggest to bring air zam-zam untuk pesakit, lebih afdhal sebab orang sakit takde selera makan and selalunya deme udah tak larat benor, terbaring je dah nazak, so, at least bila bawak air zam-zam boleh ler titiskan ke mulutnya. Kan air zamzam tu mukjizat, insha Allah banyak kelebihannya.

Oh back to our topic, aku sebenarnya dah penat drive. Memang la orang akan cakap 'Hekeleh drive je kot' ni adik aku r selalu cakap. Ataupon kau akan cakap 'Lesen pon baru dapat dah penat drive'. Weh, kau tak tahu serius penat gila. Ye, aku admit aku baru 5 tahun dapat lesen and drive but hmmm. Aku mengaku jugak masa mula-mula dapat lesen tu, kalau ayah mintak tolong pergi mana-mana hantar adik ke angah ke mama ke semua aku bedal sebab well aku dah ada lesen kot. orang lain takde, rasa nak show off tu memang at high level orang kabo. Tapi, since when i cant remember the exact date when i felt so bored and tired to drive but at that time I really hope 'cepatlah adik-adik aku ada lesen, so that I can be a passenger not a driver anymore' And my dad also always said that when we are going back to Ganu.

Actually bukan penat sebab apa tau tapi sebab keadaan yang stress masa drive tu buat kau jadi penat. Kaki dan tangan of course penat sebab aku drive kereta manual. Pastu penat mental sebab asyik maki marah orang yang drive macam tettt. Itu yang buat kau ahhhhh rasa nak langgar je semua kereta yang cari pasal tu.

Tapi, bila dah ada lesen ni rasa bahagia sebab dapat senangkan hati dan kerja mama dan ayah. Yelah, at least nak ke mana-mana pon tak susah dah, anak-anak ada boleh bawak. Well, ayah aku kan workaholic. Hari Ahad pon nak pergi kedai, yelah betul jugak kata ayah dari duduk kat rumah tak buat apa baik ayah pergi kedai. Hmmm yelah. And mama aku memang weekend tu offday. Duduk rumah kemas rumah, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, masak, tengok TV dan tidur. Memang heaven la weekend tu mama kat rumah. 

Dan kau taulaa lelaki ni kan kalau beli barang satu kedai je ok dah bayar terus balik. Tapi, kalau perempuan kan mesti la nak belek-belek segala jenis barang dalam kedai tu. Kalau boleh satu kedai tu nak beli tapi apakan daya duitku cukup-cukup. Hahhaha. So, mama aku kurang suka la kalau pergi dengan ayah aku. So, mama akan tunggu aku atau Angah balik, baru pergi shopping barang dapur. And mama aku dah fully retired drive since entah tak ingat sebab mata mak aku tak nampak, orang santau dan kencing manis dan kanser. Eh aku tak taulaa sebab apa, senang cerita bercampur dan mama aku memang tak nampak. Aku sedih tau tak tapi buat-buat chillax. 

Bila aku rasa penatnya nak drive, malas nak drive, aku remind myself 'at least this is one of many ways for you to repay your parents as they had raise you up till nowadays. So, do ease their burden and help them' Ecewahhh kemain lagi kau. Lagipon, kerja aku drive je, minyak ayah dah isi kasi full tank, Touch N Go dah ada. Apa lagi yang kau nak, huh? Bawak je kereta dan hadap laa realiti jalan raya.


Saja je tepek gambo ni sebab aku gain so many experience and knowledge at Seminar DAO last year. And cantik kan kami pakai pink secara kebetulan, tak rancang pon. But girls always be girls hmm. Gambo ni memang trangtangtang aku rembat dari Luq kan. hahha

Oh pastu nak promote siket depa atas ni hebat-hebat tau. Kawan Luq tu aku tak tau la berniaga apa sebab aku tak kenal. Maaf bro, tapi rasanya sama course dengan Luq n Kak Rawai Civil Engineering kot. 


So, let me introduce uolls to all those awesome people. 

Yang baju Hijau tu Luqman Hakim. Dia jual Powerbank. Aku dah beli dengan dia. Korang, kalau sape2 belum ada PB lagi boleh ler contact beliau. LH POWERHOUSE dan sekarang dia dah jadi Pakar Snek Sihat iaitu KrupkrupKaramel. Murah rezeki Luq naa. Aku banyak belajar dari beliau melaui post-post di FB beliau. Boleh PM   FB saudara LUQMAN HAKIM jika anda berminat untuk jadi agen Krup Krup Karamel yang tengah up di pasaran sekarang.

Pastu hat tudung pink yang paling hujung tu adalah kak yong kawasan geng Intan. yeayy. Dia ni agen Krup Krup Karamel. KKK ni memang sedap giler. Sape yang tak pernah cuba memang tak tau laa betapa sedapnya. Aku roommate agen KKK kot, sekejap je licin stok KKK ni. Sape nak boleh PM FB NOOR ASHIKIN atau wassap 018-9155084 atau korang boleh follow IG @miss_ekin92. Selain itu, beliau juga menjual perfume One Heart Perfume RM 15/bottle dan paling best sempena nak dekat Raya ni korang boleh order Popia Simpul. Ikan fresh dari Dungun. Serius sedap tak tipu. Memang makan tak sedar diri, sedar-sedar dah habis dan rasa nak lagi. Ini memang betul-betul, aku tak tipu tau. Even kazen aku hat kecik tu pon tau beza hat ni sedap gila, siap kata hat lain tu basi. hahaha.

 Kak Rawai tu aku kenal sebab joined IPM and dia pon ada jugak berniaga. Masa kat sem lepas dia jual monopod, fish eye and etcetera. Tapi, sekarang ni tak tau la pulak. Mungkin sibuk dengan site je kot. hehehe. 

Lastly, WAJIB promote barang yang tuan punya blog jual kan. Hehehe. So, tuan blog jual produk Seqy Beauty yang memang terbukti puas hati oleh pengguna-penggunanya. Korang boleh follow IG @seqybeauty dan tengok #feedbackSQB #feedbackcustomerSQB Sekarang ni, Seqy Beauty dah keluarkan Cleanser SQB, BB Cream SQB dan Sakura Mask SQB. Memang best semua produk by Seqy Beauty ni. Kalau tak percaya, meh PM kita, korang beli dan rasai sendiri. 

Then, kita ada jual Crazy Crunchy Rainbow by Monster Chocolate Crunchy (MCC). Apa itu MCC? Ye, aku tau ramai yang tak tau amenda yang aku jual ni. Meh nak habaq. Kita jual chocolate rice jar. In Malay Bertih Beras dalam Balang. Haaa gitu. Sape je yang tak suka makan coklat kan walaupon tau coklat equal to gemuk. But who cares? Dah coklat tu sedap sape suruh. hahaha, tak kuat nak lawan nagsu coklat leleh. MCC ni boleh makan begitu sahaja atau nak lagi kreatif dan rare makan dengan roti boleh makan masa breakfast dan tea time with family. Walaweh tak ke heaven gitu? Hari tu, kitorang makan dengan lempeng tau. 


 Senang je nak makan, terbalikkan jar tu dan rendam dalam air panas around 5 min or more sebab nak cairkan coklat tu. Then, gaulkan dengan bertih beras tu dan aummm makan hingga menjilat sudu ler. Dulu bertih beras tu warna putih je. Sekarang, dia dah upgrade jadi warna-warni. Lagi menarik, tertarik kau memang da bomb. Dah la sedap pastu rangup pulak tu. Perghh, memang dah makan sekali mesti nak lagi dan lagi. Harga pon murah jer RM 7/jar. Exclude postage dan delivery charge ye. 


Kalau berminat nak beli, boleh PM/wassap SYIRA MUBI 019-2148697 @ 012-3299709 
FB: SYIRA MUBI 
IG: @syiramubi93

Walk in : Makmur Print Enterprise
S 562-B, Lorong 3, Kg. Bersatu, Jalan Klang-Shah Alam, Batu 13, 47150 Puchong, Selangor D.E.
9am - 6pm
03-80609457

COD: UiTM BERTAM, KEPALA BATAS, TELOK PANGLIMA GARANG(Petronas Batu 9), JALAN KEBUN, BANDAR PUTERA, PUCHONG, PUTRA HEIGHTS






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...