Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 14 March 2016

Lepasan SPM, Ke Mana Arah Tujumu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kemain lahaii dah lama tak update blog, tetiba kau datang tuptup tajuk heavy. Perghhh. Emm, aku bukan apa, selama ni ada je benda nak taip, masa tu ada je boleh je nak selit untuk up entry tapi satu yang kau kena faham bila manusia lebih menurut rasa MALAS dari melawannya. Hmmm. Ini pon aku tetiba semangat pasal aku tengok apehal tetiba blogger2 favourite aku semua up entry hari ni. Hehehe terus semangat dan other factor i have my brother n cousins yang tengah pening nak buek apo lopaih espiem. Sama ada nak belajar ke kahwin ataupon duduk rumah menghabiskan beras dan tunggu orang pinang kau, gitu?
Nak belajar pon banyak pilihan ye dak? Korang pon pening nak pilih matrik ke asasi ke diploma ke STPM. Takpe takpe akak paham benor apa yang kome lalui sekarang. Sebab dulu akak pon macam kome ler. But, one thing for sure apa yg akak buat adalah baca blog-blog orang yang lebih tua dari akak, parents opinion for sure is the best as they know more as compared to us. 

Oh one more thing, for those who are the eldest in family, this one is specially for you sebab akak dulu pon macam tu. Kita tak tau nak rujuk kat sape kan? Kaunselor sekolah boleh kot cuma masa tu akak tak rapat sangat, tu laa lain kali jadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) masa sekolah mesti kamceng dengan kaunselor. Hehehe. Tanya senior korang pon boleh and of course do your solat Istikharah as Allah is the best place for you to ask for guidance. 

1. Matrikulasi

Keputusan matrik dah keluar kan? Haaa jangan nak tipu. Ada yang dapat dan ada yang tak dapat. Alhamdulillah bagi yang dapat, kamu patut bersyukur tau. Sebab dalam beribu-ribu lepasan SPM yang mohon ke matrikulasi, kamu yang terpilih. So, what are you waiting for?  Hehehe but i know some of you will reject this offer due to some other reasons. 

Those yang dapat matrik ni adalah insan-insan yang terpilih sebab uolls ni bijak tau. So, thats the reason why I believe u can fly eh sorry I believe U can perform in Matrik. Maybe uolls ada dengar rumours kata matrik ni susah nak mati but let me tell uolls, belajar apa pon dan kat mana-mana pon ada susahnya adik-adik. Its the matter of you, if you study then you can do it. 'Matrik tak susah kalau korang study betul-betul'. Ini memang pesanan azimat turun-temurun dari senior-senior. So, korang cuak la? 

Akak tak boleh nak cakap banyak sangat pasal matrik ni sebab akak bukan lepasan matrik tapi one thing for sure you can do it if you keep on track. And also i would suggest you to accept the offer IF you want to graduate at early age coz matrik is one of fast track to Degree.Tapi, kalau korang 'kantoi' matrik ni, takde sijil yg melayakkan korang untuk apply kerja ye. Guna la SPM korang yang cemerlang tu.

Satu la yang aku kurang minat dengan matrik ni ialah their style is so school method. Panggil tenaga pengajar as CIKGU, disiplin ketat la jugak macam kat sekolah gitu. But, i have no objection about that BUT there will be some problem to adapt with new environment when you further study in degree later. Even, my sister always ask me and she was very nervous before entering his degree phase. 'Along macam mana gaya budak U study eh?' Hahaha i laughed not becuase i want to humiliate my sis, it just i feel it is funny for asking that type of Q's as when I started my pre law, I dont even think about that coz I just go with the flow. BUT, if you are good enough to adapt with new environment, it should be no problem at all. Alaaa, sebenarnya boleh je, lama-lama mesti kamu boleh adapt. No worries. 

Oh but please my adik-adik yang pergi matrik ni, nanti bila kamu masuk degree please jangan assabiyyah sangat. Err faham tak what i meant? I mean uolls ni berselerak laa, janganlaa kawan dengan geng matrik dulu je. No no no, tak best la macam tu. Kawan dengan semua orang ye sayang.
 
My sister previously studied at Kolej Matrikulasi Jengka in civil engineering and now Alhamdulillah she further her study at UTHM. In case you need further explaination or etcetera do find her at FB: Nurul Aqillah  Its not that I want to promote my sis, BUT I want to help adik-adik especially if you are from SEPTECH, SAMSMEL or HICOM. Sure will help you if she is not busy. Dia tu sibuk dengan PALAPES n Silat.

Matrik yang akak tau 2 tahun untuk science stream and for others 1 YEAR ONLY. Kalau salah betulkan, komen kat bawah eh.


2. ASASI

Asasi ni pulak sama macam matrik cuma lagi cepat sebab 1 YEAR ONLY! Ini pon FAST TRACK to DEGREE. Yeay best kan? Ada Asasi Sains, Kejuruteraan, Law, TESL, and others that i'm not familiar maybe. Akak dulu Pre Law at UiTM Merbok. So, i'm proud to be one of asasians. 

Asasi ni pon orang kabo SUSAH gila nak mati. Tapi, itu je offer yang akak dapat, so, terima je laa. Nak demand lebih-lebih pon tak boleh jugak sebab result akak 'cemerlang' sangat. First choice, second intake, my mom choice. So, what should I said? Diploma pon aku tak layak, sedih betul masa tu. 

Asasi best gila sebab dapat so called BIASISWA dari kerajaan. Sumpah rasa kaya gila, eh salah masa tu aku rasa kaya sebab duit gaji masa kerja tu ada lagi. But still, kau tak rasa bahagia ke bila kau shopping dengan duit free. Eh bukan semedang kau boleh berbelanja, ingatlah masa depan. Pergi invest siket duit tu. Tau laa jiwa remaja dan baru merasa pegang duit sendiri habis semua nak dibelinya. Luckily, my parents tarik siap2 RM 500/sem masuk ASB. Itu yang kaya sekejap tu, sekarang menangis la kau di sana. 

Asasi ni lebih kurang MATRIK je. FAST TRACK, BIASISWA/ELAUN, SIJIL ASASI TAK LAKU untuk MINTAK KERJA. But one thing for sure, korang dah 90% akan further your degree in that University. Tak mao cakap 100% sebab aku la kes-kes terpencil tak dapat tu. Sedih lagi. Sebab nanti, korang dikira sebagai PENERAPAN takke best tu, nama pon dah special. Oh yea, this one i'm referring to UiTM only but i think other U will do the same thing. They will choose those from their U first, then, they will open from other institution like matric and others. 


Oh, lupa nak kabo, memang la orang kata asasi ni susah tapi sebenarnya tak susah pon. Serious talk. Cuma aku je main-main dulu, yelaa masih muda, tak tau hala tuju hidup lagi and maybe bcoz i'm not used to stay at hostel like no one want to supervise us. Lantak kau la nak buat apa pon kan, nak tidur tak nak tidur, tertonggeng terbalik pon gasak kau la. Its just matter of you yourself yang arrange your life. I'm sure you can do it. 


3. DIPLOMA

Yeah DIPLOMA ni laa yang akak harap akak dapat dulu, tapi Allah plan better than what I know. Diploma ni standard 3 tahun la, tapi ada certain course 2 and 1/2 years and also 4 years for professional courses. So, korang ada 6 sem untuk mereput belajar di U. Tapi, okay apa kalau amek diploma sebab once you continue your degree in SAMA COURSE there will be a FAST TRACK. Jadi 2 tahun je degree.

For example, diploma in civil engineering, then, degree, you continue your degree in Civil Engineering, you can jump to 3rd sem or 4th sem. Other than that, those from Diploma have more practical as compares to those from matric, asasi and STPM. 

Sebab korang siap pergi Latihan Industri lagi, so, you dah didedahkan dengan dunia pekerjaan. Kalau macam those from others (asasi, matrik n STPM) diorang takde working experience and this will give you MORE BENEFITS. Kalau uolls fikir taknak belajar lama-lama, boleh la amek diploma. Habis je Dip, terus kerja and kumpul duit nak kahwin. Eh..

4. STPM

Haa here you go, SIJIL TERPALING MENYUSAHKAN. Eh tak bukan akak yang cakap, rumours je. Orang kabo, sape amek STPM ni memang korang pandai la sebab susah gila. Hmmm akak tak tau, sebab tak amek pon. Dapat offer tapi parents tak kasi. 

Pelajar-pelajar STPM ni memang tak dapat lari dari pergi sekolah n pakai uniform sekolah la kan. Tapi, sekarang dah much more better than dolu-dolu. Dah boleh pakai macam mahasiswa U, but i'm not sure whether all schools had apply this and also method pon dah berubah. I mean diorang ikot macam U, ada semester gitu. 

Dan, ingatlah kalau korang amek STPM jangan anggap korang seorang yang tak bijak. Salah. Korang bijak sebab aku dapat rasa STPM tu susah nak mati sebab banyak pengetahuan am. Kalau kau jenis suka benda-benda menghafal and pengetahuan am gitu boleh la. 

Oh one more yang best pasal STPM ialah korang lepas habis STPM boleh terus sambung degree. Pointer kasi cun, Insha Allah u get what course u want.

5. KERJA

Kalau korang rasa, otak dah tepu benor dan dah malas benor nak belajar. Pergi je laa kerja. Cari duit, tolong mak ayah. Oh, aku kena buat elaboration nanti ada yang terasa. I know some of them really want to study tapi parents tak bagi, suruh kerja cari duit bantu adik-adik yang sekolah. Ya Allah, aku sedih sangat bila jumpa kes-kes yang macam ni and made me bersyukur that my parents support and force us to study, Hahaha one of the other good things bout my parents. Oh back to that case, you still can further your study but at the same time you can work. 

Korang boleh amek class on weekend. On weekdays pergi kerja. But its took you to sacrifice your money, time, leisure time and other barriers. You have to be strong to face this. Takpe mula dari bawah, my lecturers selalu cerita kisah-kisah kejayaan begini. I believe you can do it cuma kena kuatkan diri ye. 

6. KOLEJ KEMAHIRAN

Bagi adik-adik yang rasa tak minat belajar ataupon result SPM korang tak cemerlang macam yang korang harapkan, its okay jangan sedih-sedih sampai nak bunuh diri. Korang dah usaha, doa and do your best. Ini rezeki korang. Kalau tak berjaya dalam pelajaran bukan maknanya dah takde hala tuju dan dah gelap masa depan. NO! Why not kamu semua apply masuk belajar kemahiran kat IKBN, ILP, Kolej Komuniti dan macam-macam lagi laa kerajaan dah bukak untuk tolong kita ni - Bumiputera. Dah laa senang dapat kerja Insha Allah, pastu dapat elaun lagi. Mama dan ayah aku belajar Printing kat ILP KL tau. Ini based on experience kawan-kawan dan saudara-mara la ye, diorang tak pandai dalam pelajaran, masuk kemahiran, keluar dapat kerja terus jadi manusia erk I mean ada masa depan. Sampaikan dulu parents dia rasa itulaa anak yang paling tak berguna sekali, sekarang itulah anak yang diharapkan bagi duit kat parents tetiap bulan, support adik-adik sekolah(bayar yuran semua). Nampakkk?

KONKLUSI

Konklusinya, belajar kat mana-mana pon sama je sebenarnya. Apa yang penting bincang dengan family, tanya cikgu atau senior atau family, istikharah and ikut kata hati. Ye, akak tau sometimes kita tak sependapat dengan parents, tapi, kita anak kan, ikot je la selagi tak bercanggah dengan agama. Diorang lebih dulu makan garam dari kita. Ceceh gaya cakap macam bagus je kan. Tapi, i really meant it. Tapi, akak kau ni dulu, apa yang ada sebat je. Masa tak dapat offer sedih gila tahap takmao keluar rumah, sekali dapat terus tak tau nak pilih yang mana. Tapi, asasi tu aku ikot cakap parents aku. To those yang tak dapat offer, keep calm and doa n solat hajat banyak-banyak. Just to let you know, akak apply UiTM intake November. U lain akak tak tau. 

Akhir kata, selamat menempuh ke alam baru. Jangan jadi katak bawah tempurung, make new friends, try and explore new things (jangan la buat yang against agama dan budaya pulak) and also jangan menyusahkan family. Sekarang ni korang dah besar, so, be matured. Peace. 

Jangan lupa isi borang UPU. Kalau kau tak isi borang macam mana UPU nak proses permohonan kau? Kalau tak dapat buat RAYUAN, nak lagi ekstrem terus WALK IN pergi Universiti/Politeknik/Kolej Komuniti dan seangkatan dengannya. Baru orang tu nampak kau beriya nak masuk belajar. Paham ke idok? Ni cakap based on experience ye. Pastu, FOLLOW UP CALL orang pejabat tu biar dia stres nak layan kau hari-hari lalu terus luluskan permohonan kau. Ewahh.

ps: maaf atas kekurangan isi dalam entry ni. Anything, you can PM me on FB or wassap me. If I can answer it, I'll try my best to help u guys. 

 ps2: Do read others views/opinions from other bloggers or forums or chat with the eldest and also go for any exhibition. Rajinkan diri untuk membaca, bandingkan and made a decision.  


I would suggest you to read this blog as this is the only one that I remember until now. The others were out of memory. Sorry. 



 

Ni entry tahun 2014 tapi aku tambah siket info.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...