Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 13 May 2015

Perkara yang Anda Akan Buat Bila Bersama dengan Adik-beradik SAHAJA!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haaa gituu panjang benor tajuknya. Aku tetiba rasa nak come out with this entry after I read this article Anda pasti faham 13 perkara ini jika anda ada adik-beradik Saja nak mengimbau kenangan suka-duka dengan adik-beradik. Masing-masing dah besar, dah bawak langkah keluar dari rumah (read : pergi belajar), so, times spent with family jadi limited. Therefore, i write an entry about my siblings and I. 
Kami 3 beradik yang selalu bergaduh tapi sape tak sayang adik-beradik oii




Aku anak sulung tau, tolonglah percaya, ramai orang ingat aku anak bongsu, hmm muka aku tak cukup matang ke untuk jadi anak sulong? Orang kata aku manja, huwaaa, tidakkkk. Kau tak tau kalau kat rumah aku la 'singa', tak caye pergi la tanya Angah dan Adik. hahaha. Nak je aku tepek atas dahi 'Saya anak sulong' booleh gitu? Hahahaha. So, kitorang 3 beradik je. I am the eldest one, then Angah -Qila Mubi and the youngerst one Faris - Adik. 

So, here we go babeh...

1. Tak Mungkin akan ada situasi di mana adik-beradik takkan sengaja cari pasal dengan satu sama lain
 

Yang ni memang selalunya aku la. Sebenarnya Angah atau Adik yang cari pasal dulu dengan aku. Then, aku kan mengada nak perhatian lebih, lol. Mesti jerit 'mama, tengok adik ni....' 'ayah, tengok Angah ni,....' Contoh, kalau balik kampung (Ganu atau Ipoh), mesti singgah kedai serbaneka stesen minyak tu kan. So, selalunya aku la paling rajin turun membeli-belah, tak tau la kenapa, tapi dah memang jadi tabiat and mostly aku la banker. 

 

Masalah aku ialah i cannot share my drinks with others sebab aku geli kecuali certain people. Adik la paling 'mengundang' sekali, dia suka minum air aku curi-curi, bila aku tidur ataupon dia main 'rembat' je, hmmm, memang suara aku je laa bergema dalam kereta. Bengang je aku. Tapi, habis kuat pon mama/ayah akan cakap 'Adik, janganlah minum air Along, nak beli sendiri, duit ada kan...' atau 'Alaaa adik beradik, takpelaa share' Masalahnya aku ni haa tak boleh share minuman, kalau kau dah minum memang aku suruh kau minum sampai habis la jawabnya. Dah kau yang untung kannn.

 

2. Berebut baju itu memang rutin harian

 

Nak kata selalu berebut baju tu takdelaa kot. Masing-masing ada baju sendiri. Eh tapi sebenarnya kitorang main rembat je baju sape-sape pon. Tadak hal punya. Pernah je berebut baju macam aku belikan sorang satu Tshirt untuk adik-adik aku tu. Sekali hari tu masa aku balik rumah, Adik pakai baju Angah yang aku beli tu, pastu, aku marah laa dia. Dia boleh cakap 'ni Adik punya laa, sape suruh lipat masuk almari Adik' Haishh budak ni,aku hempuk jugak kang. 

 

Masalahnya, mama yang lipat baju, kekadang, mama tak tau dan malas nak asing-asingkan hantar sekali je masuk bilik. Pastu, adik aku cakap 'Alaaa, Angah bukan pakai pon baju ni, sape suruh dia tak bawak balik U' Hoii ini mengundang betul statement kau ni Faris. Sabar je la Along kau ni. 

 

Pastu, antara aku dan Angah kitorang akan ada masalah bila part baju kurung sebab selalunya baju kitorang kain sama n corak potongan pon sama. Cuma, baju Angah akan lebih 1 inci dari aku, masalahnya, bila dah siap semuanya pon nampak sama, jadi, pakai jelaa mana-mana pon. Oh sebenarnya ni termasuk sekali dengan baju kurung mama tapi, selalunya baju mama boleh detect sebab size kecik cuma warna je sama. 

 

Satu yang aku rasa best pasal adik-beradik aku ialah kitorang main rembat je pakai baju sape-sape pon (aternyee adik-beradik katanya, takdehal punya) Kira untung laa saiz lebih kurang. Oh, pastu kalau pasal seluar tracksuit. Aku bengkek je dengan si Faris tu, aku tetiap sem laa beli tracksuit baru sebab asyik kena rembat dengan dia. Alasannya dia main futsal la petanque laa, banyak guna tracksuit, pastu, tracksuit pulak asyik koyak. Dulu, aku ingat sebab beli murah punya, tapi, aku kasi tracksuit Cheetah yang Pak mel hadiahkan aku sempena masuk U pon koyak. Aku sedih gila kot, yelah, orang kasi kan, pastu memang aku sayang gila laa sebab aku pakai elok je tak koyak. Dapat kat dia, rabak terus. Tak taulaa dia pakai macam mana. 

 

Yang depan tu Angah. Ni masa nak hantar dia masuk UTHM. Lagi 2 orang tu kazens belah Ipoh(mama).

 

3. Berebut bilik air setiap pagi

 

Cerita pasal bilik air ni, aku ingat laa masa sekolah rendah dulu, kitorang siap buat giliran kau tau. Hari Isnin sampai Jumaat siapa mandi first, second and last. Hahaha sumpah rasa nak gelak guling-guling bila ingat balik. Well, sape lagi kalau bukan aku yang come out dengan idea giliran ni. Up until now it become my habit to be systematic like that (read:sometimes). Konon-konon, sape punya turn mandi last tu dapat la tidur lama siket. Lawak gila kot. Yang tambah kelakar, mata pejam tapi boleh cakap 'Hari ni turn kau la mandi first, aku mandi last'. Tak ke kelakar, dalam tidur tu boleh ingat turn sape mandi dulu, tapi, kalau dah semua taknak bangun ikut jadual, memang Mama aku datang jerit pastu kata 'baik bangun sebelum mama simbah dengan air panas'. Jangan main-main woi, mama aku buat sungguh karang. Tapi, air panas tu tak pernah laa, air sejuk ada. Banyak kali kot aku kena. And selalunya bila mama dah keluar aura garang tu, aku laa volunteer mandi dulu. Kakak katakan. 

 

Pastu, masa rumah lama dulu, tandas ada satu je, aku tetiap pagi memang jenis membuang. Hmm memang dok beratur la depan toilet tu. Dah macam cerita P.Ramlee pulak weh. Terus orang kat dalam rasa tak puas dan tak tenang. Macam mana nak tenang, kalau orang luar asyik ketuk pintu je, suruh 'cepatlaaa, taik dah nak keluar' hahahaha. Pastu, kat rumah baru ni, tandas ada 2 tapi aku tak selesa guna tandas parents, so, kira berebut jugakla tapi takdelaa tahap teruk. Sebab macam takde apa nak kejar (tak sekolah), just nak rushing sebab nak gerak pergi kedai in one car. Selalunya, aku akan ketuk pintu adik sampai nak runtuh untuk suruh dia mandi sementara aku basuh pinggan after breakfast, so that, we can save time there but what make I felt so angry, he dont want to wake up. Aku laa mula la naik hantu, mulut potpetpotpet, pastu, nanti mama cakap 'korang ni ada je benda nak gaduh, pagi-pagi dah gaduh blabla'. 

 

kalau nak bermanja tau cari Along kau, tapi cakap aku kau taknak dengar kan.

 

4. Tiada siapa boleh buli kita kecuali mereka

 

Yang ni setuju laa dan yang selalu kena bulinya aku laa. Kuang hajo tak? Paling suka membuli aku Faris la. Dia akan guna taktik ugut. Dia ada rahsia kita, dia pegang, pastu, bila dia nakkan sesuatu dia akan cakap camni 'Baik kau gosok baju adik, kalau tak adik bagi tau ayah kau beli novel baru' Dia punya level 'RAJIN' tu boleh dia pergi kira total RM yang aku spent untuk beli novels and cecah ribu2 tau dak? And dia guna taktik tu untuk buli aku. Kau ghasee? Heyyy geramnya aku. Pastu kan, kitorang basuh pinggan pon ada giliran tau. Macam breakfast, Along basuh pinggan, Angah lap meja, Adik terap pinggan dan seterusnya. Takpon, sape makan last dia kena basuh. Hahaha. Masalahnya, Adik aku tu dia RAJIN bila kakak-kakak dia takde kat rumah. Bila kakak-kakak dia ada kat rumah, dia punya pemalas tu Nauzubillah aku punya level marah tu dah level 99%. 

 

Ada satu kes waktu lunch, dia makan last tau, macam kitorang semua dah habis lunch tapi dia tak makan lagi sebab keluar pergi rumah kawan kot and lunch tu turn dia basuh pinggan. Kitorang punya rules pulak, kalau kau tak makan, tak payah basuh pinggan. Punya laa aku nak dia basuh pinggan jugak sebab aku tak suka basuh pinggan kat kedai sebab air dia splash and aku sakit pinggang, habis basah baju iolss tau. lol gedik. So, sebab terpaksa, aku turutkan segala perintah Yang Berbahagia Tuan Muda Faris Yusri. Dia suruh aku cedokkan nasi, amek lauk, amek kicap, amek air' Kuat betul memerintah kau ye. Sampai mama aku cakap 'baiklaa pergi basuh pinggan dari turut perintah adik ni' Masalahnya aku taknak sebab alasan atas tu, kalau tak aku dah basuh daa.

 

5. Takkan bosan bila dalam kereta sebab ada saja benda yang nak diusik dan nak digaduhkan

 

LOL. Ini related to point number 1. Kekadang tu tercuit sikit je pon, dah kecoh satu dunia atau pon jadi point untuk cari pasal, Aku laa tu. Pastu, adik-adik aku ni suka main 'himpit'himpit'. Korang tau tak amenda ni? Bila kita kat selekoh, kita yang duduk paling tepi akan tolak orang tengah, so that, orang belah sana akan terimpit. Hahaha, pastu, every selekoh akan ada misi balas dendam ke kiri dan kanan. But make sure, pintu semua lock ye and jangan guna power kau kuat sangat, kang tercampak keluar pintu, Nauzubillahiminzalik'. Minta dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana. 

 

Pastu, diorang suka main 'cekik-cekik' orang. Kalau aku, aku suka main lempang-lempang, perghhh mampu, ini semua pengaruh wrestling laa ni. Salahkan orang lain je tau, cuba salahkan diri sendiri, baru Islam boleh tertegak dan kembali seperti zaman kegemilangan dahulu. (Tudiaaa aih, ni aku dapat masa pergi forum Tarbiah Sentap hari tu). Mulanya sebab Angah geli kalau orang pegang leher dia, so, kitorang macam 'bet', sape tak geli dapat RM 5 atau belanja something kat kedai Mesra nanti. Tapi, ni dulu laa masa zaman jahiliyah tak tau 'bet' tu kind of judi jugak. Cuma, sekarang ni just main suka-suka untuk menghiburkan diri ketika dalam perjalanan yang panjang. Perghh ayat kau. Tapi, aku palin tak suka la main 'cekik-cekik' ni, Angah dan Adik je yang selalu main. 

 

Oh, yang pasal main 'lempang-lempang' tu, aku laa yang start up. Dia macam kau dah geram gila dengan adik-adik mungkin sebab kalah main 'cekik', aku slap pipi depa, pastu, depa akan curi-curi untuk try to slap their sister face. Kau mampu? Sedap jugak main lempang-lempang ni. LOL. 

 

6. Mesti ada pertandingan siapa yang dapat perhatian lebih

 

Yang ni aku tak ingat la ada ke tidak. Tapi, ada kot tapi jarang sebab mama dan ayah aku selalu bagi layanan sama-rata, takde nya anak favourite ke hape ke. Tapi, macam kalau nak apa-apa kitorang akan gunakan Angah sebab Angah cakap 'kalau Angah yang mintak, Ayah mesti kasi punya'. So, berbekalkan cakap Angah tu laa, kitorang akan suruh Angah cakap. Ini masa zaman sekolah dulu laa. Macam nak mintak izin pergi PWTC naik KTM. Angah la jadi orang tengahnya. Takpon, macam ada 2 pendapat yang berbeza, pastu, kita mintak pandangan mama dan ayah, so, kalau mama dan ayah berpihak pada dia, mesti dengan muka berlagak akan cakap 'haa kan aku dah cakap, kau taknak percaya cakap aku'. 

 

7. Walaupon ada masa bergaduh, bila nak mengadu mesti cari adik-beradik jugak.

 

Yup, this one I totally agree as since we are children (primary school), we always share problem together until now since my family are kind of open to hear our problem. Usually, at nite we always have like pillow talk in my parents room. We will gather together and story about your life at work, U, school and etcetera up until today. And I do believe with this kind of 'pillow talk', our relationship become more stronger. Eventho, nowadays, its hard to have a talk session like that everyday as we were apart far away but bu whatsapp we still can contact each other BUT by talk face to face it is better as we can have quality time together.  

 

 Oh, one more thing that I have seen today was we can count on each other. I give you example is MONEY. As we dont want to burden our parents, when we have financial problem, we asked siblings to borrow their money and Alhamdulillah we still can pay it after that. Although we are still  STUDENTS. Hopefully it will last forever as I dont like when the relationship had problem because of someone who did not pay their debt. 

 

8. Tak payah cakap apa-apa, guna bahasa badan pun dah boleh faham satu sama lain

 

Emm yang ni aku rasa kitorang tak sampai tahap ni lagi kot ataupon ianya secara tak sedar berlaku, i mean, it is naturally to happen and we dont realize it or I myself did not notice it. Tak cukup kuat instinct aku kot but I do believe on my instinct as my instinct is always true. lalala.

 

9. Kawan-kawan bagi pandangan pelik sebab tak pernah dengar anda dipanggil dengan nama timangan

 

Standard nama timangan kitorang ialah Along, Angah dan Adik tapi ada yang lagi best. Ni Angah dan Adik la bagi. Diorang panggil aku Buncit, tu yang aku buncit tu. lol. Angah Gendut dan Adik Gemuk. Tapi, aku panggil dua-dua orang adik aku Gemuk. Biar gemuk bersama, gituuu. So, kekadang aku tersasul panggil orang 'boleh la tu Mok' terus orang tu sentap dengan aku, padahal aku tak bermaksud nak cakap dia gemuk tapi 'Mok' tu macam nama manja atau timangan dalam family kitorang. So, macam tersasul. Tapi, aku tak bermaksud nak cakap kau gemuk, aku sedar diri aku. Macam nama manja gitu. Maaf kalau hang terasa dengan aku. 


10. Adik - beradik jugalah yang paling JUJUR

 

Hmm yelaa kot. Entah tak tau nak cakap. Oh betul la depa jujur, cakap takde selindung, direct je cakap 'Along, kawan kau ni gedik la' erkkk tercekik Along kau mendengarnya. Takpon 'apsal kau gedik sangat @ baik sangat, tengok orang dah pijak kepala kau' Haa gitu kau. Kalau pasal pakaian tu, aku pernah cakap Adik tak kasi aku pakai jeans tapi aku pertahankan dengan alasan 'aku pakai jeans lelaki - straight cut' ataupon kalau aku bukak tudung time dalam kereta OTW balik kampung, dia cakap 'kau nak jadi macam indon(read:bibik) ke?' Ok sis sentap.

 

11. Mereka mengenali kita lebih daripada orang lain

 

Yup totally agreed sebab kita dah kenal lama kot. Takkan tak kenal lagi but somehow I do feel that I no longer my siblings as they moved out from house since form 1. So, they spend most of their times with friends, so, they are tend to be influence by their friends and another factor is we always pretend to be a better person at home but in front of our friends, the true colour of ourself will naturally came out. Sorry to say, I do stalk my siblings social medias to know what they are doing as I am concern and care of them. Am I psycho? No rite, as I just do my part of responsibility as an eldest. uuuu cover baik punya.

 

12. Gaduh tetap gaduh tapi tetap risaukan keselamatan kita

 

Emmm this one related to the above point. And of course, we do care about each other safety. Sape tak sayang siblings dia oii? Aku ingat lagi, masa adik-adik aku sekolah rendah dan aku form 1 @ 2, kitorang main dengan budak-budak Kg. Baru Sri Puchong which is kawan adik tapi lama-lama jadi kawan kitorang and geng tu agak ramai tau siap dengan berani matinya aku lantik diri sendiri jadi team manager lawan main ronders dengan Kg. Kenangan. Kalah teruk woi sebab depa semua lelaki semua sekolah menengah, team kami campur lelaki perempuan plus campur dari kecik sampai besar, paling besar pon form 3. Team lawan sekali pukul bola naik atas bumbun kantin SRA Batu 13, Puchong, memang sempat sangatlaa depa buat home run siap menganjing kitorang lagi bila dah berpuluh-puluh home run depa buat.

 

Oh nak cerita pasal ANGAH, masa kitorang main sesama sendiri tu, Angah aku tersilap step, dia jatuh kaki terlipat macam mana ntah sampai dia tak boleh bangun dan menangis. Angah aku tu bukan jenis kememeh macam aku-siket-siket nak nangis, so, bila dia nangis tu memang sakit sangat ataupon dia betul dan tak tipu. Kitorang semua stop game and berlari pergi kat dia, aku laa paling drama, dari jauh berlari dapatkan dia. 'Kau okay tak Angah? Boleh bangun tak?' Terus tak main dan kitorang balik, aku carry dia naik basikal. Punya teruk sampai bertongkat Angah pergi sekolah, ooo masa tu dia darjah 6 kalau tak silap. Masa dia tak boleh bangun tu memang aku menangis gila punya. 

 

Sebagai denda dan sebagai tanda penginsafan, kitorang tak pergi main selama beberapa bulan sehingga kaki Angah sembuh. Gila punya hebat penangan main ronders, sampai bawak Angah pergi jumpa tukang urut patah laa, nasib baik ayah kawan dia tukang urut. Dan Angah tu memang kuat semangat laa, Darjah 6 memang kelas kat atas sekali - tingkat 3, kau tahu dia boleh slow-slow naik tangga dengan bantuan kawan-kawan dia of course turun naik tangga and cikgu pon tak tau dia bertongkat pergi sekolah. Kira macam dah lama siket baru cikgu perasan. Itupon tusyen dia pergi jugak malam kejadian sebab takut mama marah. Padahal kat tusyen tu pon naik tangga yang agak tinggi tapi lepas tu makcik call ayah suruh amek Angah sebab dia menangis dalam kelas eh silap dia duduk kat sofa luar sebab tak tahan sakit sangat. Untunglaa tusyen tu mak sedara punya, apa-apa hal boleh kawtim. Aku ingat-ingat lupa la sama ada kitorang inform mama dan ayah pasal Angah jatuh petang tu ke tak. 


    Akhir sekali, adik-beradik tetap akan jaga satu sama lain. Yeah, hopefully we will take care of each other and for sure take care of our parents together. Along sayang korang sangat-sangat. Walaupon dalam adik-beradik kita ada macam-macam perangai tapi itulah yang akan kita kenang dalam hidup ni. Semoga koran terus bahagia dan sukses dalam apa jua yang korang lakukan.

ni masa hantar Angah kita import cousins sebab Adik kat asrama, ayah malas amek. hahaha



 Terima kasih kerana sudi baca karangan yang panjang berjela, almaklumlah kalau boleh semua benda nak sumbat kat sini so that our memories will not faded. Sis dah tua, sis lupa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...