Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 24 August 2015

What I am doing rite now?

Assalamualaikum and hello babe!

Boleh la tajuk ghope itu? Gasakkan. Aku sebenarnya dah type kat words tapi latop tinggal kat rumah. Pastu, malas nak transfer ke pendrive lalu mereput la banyak-banyak entry kat Docs tu. Masalah aku sekarang ialah kat rumah ada laptop and idea datang time malam-malam yang sunyi gitu TAPI takdak Internet. Line macam haram. Kalau kat kedai ayah ni selalunya aku balik kerja petang dah penat, takpon berkejar dengan masa. Tapi, kat kedai ada Wifi and PC. So, just use whatever I have right now. LOL. 

So, Alhamdulillah masih lagi bernafas walaupon sesak dengan masalah duniawi. Pfftt poyonya lahai. Aku habis final exam tu bulan July memang dah dekat gila nak Raya. Ooo entry hari raya pon takde tahun ni punya busy. No, acah-acah busy. LOL. Macam aku cakap tadi la, aku balik Selangor lagi 2-3 hari nak raya. Pastu, shoot balik Ganu amek adik kat UNISZA (Dah jadi satu rutin ye bila balik Ganu n since he study there). Raya ke-2 terus balik Ipoh pergi beraya sana-sini, esoknya terus balik Selangor sebab Adik ada kelas dia cuti sekejap and Angah kerja kat Pizza Hut. Bila dah kerja, takkan sesuka hati kau nak mintak cuti seminggu ye dak? Kesian la kat kawan-kawan kerja macam nak mati sebab tak cukup staff kan? Even hari raya, orang tetap penuh makan fast foods. Tak paham betul. Ingat time raya dapat relax siket. Dah balik dari open house pon singgah makan fast foods okay. Memang untung la bukak fast foods. 

Pastu, aku kerja kat McDonalds Puchong Gateway. Masuk raya ke-4. Bolehlaa buat cari duit poket siket-siket. Aternya dah cuti sem, maka duit pon takde la. Parents aku bukannya orang kaya yang bila mintak je hulur 3-4 ratus. lalalaa. Nak-nak sekarang ni bisnes slow. Nak salahkan GST? Hmm entahlaa nak, semua orang nak jimat. Fotostat/Print/Binding buat kat ofis secara curi-curi and persaingan pon banyak. Ok abaikan teremosi pulak. Back to my reason why I work? Aku rasa diri aku ni dah besor, malu r nak mintak duit parents. Lagipon, daripada terbongkang kat rumah, baiklah pergi kerja. Alhamdulillah diterima kalau tak, mereput jugaklah kat kedai ayah ni online je kerja.   

Crew Meeting cum Hari Raya Celebration

Muka bahagia sebab dapat duit raya. Gambo rembat dari FB Kak Huda.

Kalau nak ikot takde la berbaloi mana pasal jarak perjalanan tu jauh aku drive dari T.P.G ke Gateway about 45 minutes, tol lagi, minyak kereta lagi. But, luckily tol dan minyak ayah tanggung. Duit gaji tu dapat kat aku la. Tapi kan bila aku kerja ni, sebenarnya lagi ramai orang travel pergi kerja lagi jauh dari aku, naik motor lagi. Sakit bontot n kaki kot ride jauh-jauh gitu. Ada manager tu 2 tahun ulang-alik Shah Alam-Port Klang. Punya sabar dia, so, aku pon terinspirasi la lepas tu. Hehehe. 

Bila dah semua pon bekerja cuti sem ni, kenderaan rasa macam tak cukup kau tahu. Kat rumah ni ada 2 kereta dan 2 motor tapi buat masa ni motor lagi 1 tu rosak. And if possible nak avoid naik Innova sebab nak jimat minyak. Nampakkk kegawatan ekonomi? Kadang-kadang, ayah dengan mama balik rumah naik motor kekadang dalam hujan. Allahu memang kesian sangat but its our choices. Setiap hari, kitorang akan plan. Angah aku memang most of the time tak balik rumah sebab dia closing terus balik hostel. Aku pulak selalunya open. Tapi, kalau dapat kerja petang tu yang masalah siket. Sampai kekadang aku rasa nak beli motor/kereta yang save minyak lagi satu. Acah macam duit berkepuk-kepuk kan? 

Tapi, this week memang aku yang mintak petang pasal nak settle hal intern and nak buat kenduri Sabtu ni. Aku tunang. Hahaha. idokler mama aku memang dah niat, kalau adik dapat masuk U, mama buat kenduri kesyukuran. Memang selalu macam tu la. Bukannya pilih kasih Adik je ada kenduri ye, masa aku dengan Angah pon ada buat kenduri tapi masa tu buat dengan family je. Ini kira sekali include open house hari raya walaupon dah lepas. Tahun lepas pon buat kenduri dekat-dekat nak merdeka. Sebab itu je time yang ada, untuk kitorang adik-beradik ada kat rumah. Maklumlaa semua tengah menadah ilmu di menara gading. Waduh kok ayatnya.

So, itulah rutin hidup aku buat masa ni. And Insha Allah 1hb SEPTEMBER ni aku akan bergelar pelajar praktikal a.k.a Internship a.k.a Latihan Industri di Amkor Technology (M) Sdn Bhd kat Telok Panglima Garang. Ini pon ada gak nak update pasal proses and story before intern. Tapi, hmmm i am a busy woman tak tau bila nak type nya tu. Like seriously aku nervous nak matii bila dah makin dekat nak pergi intern. Memanglah, aku pernah kerja tapi aku tak pernah kerja dekat ofis or company. Kalau kat kedai ayah ni memang sesama family feelnya nan hado. Moga dipermudahkan urusanku. Amiin.

Sekian wassalam. (eh macam tulis surat pulak gayanya. hahaha).

Aku masuk kerja pukul 3 hari ni. Ooo in case uolls ada singgah McD Gateway yang tepi highway tu dan nampak muka 'karai' aku tu tegur laa naaa. Aku ingat dah p jauh takdak orang dikenali, sekali ada jugak. Blogger ramai dah jumpa. Artis je belum. ahahaha. Pasal kat Permai dulu banyak jumpa retiss.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...