Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 19 February 2016

Alhamdulillah Done Degree

Assalamualaikum dan salam Jumaat penghulu segala hari.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Lailaha Illallah. Allahu Akbar! (Bagi sama-sama dapat pahala)


Its been so long for not updating my blog. Serius dah bersawang gilak ni. Biasalah sibuk dengan urusan duniawi, kerja part time, bisnes, family, intern, thesis eh macam-macam laa. Since, hari ni aku off day and taknak hilang memori berkasih aku nak update jugak. Sebab aku suka baca balik apa yang aku tulis dalam blog ni. Kahkahkah sengal kan obses dengan diri sendiri?


So, here is my story...

18/2/2016 - Mesti semak kat TL korang kan pasal budak-budak degree UiTM update pasal result masing-masing. Ye, tau korang annoying. Angah aku cakap 'macam korang je ada result final exam, ingat budak-budak U lain takde' Ye, faham tapi satu kau kena faham UiTM ni ada banyak cawangan, tu yang macam TL tu diconquer oleh budak-budak UiTM. Dan, diorang tunjukkan rasa cuak, sedih, gembira dengan result pasal dapat apa yang depa aim atau macam batch aku happy sebab dah habis belajar. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku berjaya menghabiskan degree for 3 years. Terima kasih yang tidak terhingga kepada mama, ayah, Angah, Adik, family, PENDIDIK (lecturers, ustaz-ustazah and cikgu-cikgu yang mengajar since tabika), classmates, housemates, batch mates, rakan-rakan persatuan dan tak lupa juga kawan-kawan yang ada di social medias and real life since childhood gitu. Dan paling penting TERIMA KASIH UiTM Pulau Pinang kerana menerima diri ini dan menjadi satu kenangan dalam garis masa diri ini. Malas nak update sebenarnya, konon-konon nak tunggu #HariJubah yang tak tau bila. Tapi, aku risau masa tu aku busy dengan kerja ecewah, so update je laa.


TERIMA KASIH DAUN KELADI, TOLONG DOAKAN SYIRA/NURUL/ALONG LAGI..hehe


3 tahun tu macam-macam berlaku, macam-macam pengalaman yang hopefully mematangkan seorang Nurul 'Asyirah Mubi. Macam-macam perasaan sudah digaul sebati sampai aku dah tak larat nak tulis one by one. Biarlah.. selagi masih melekat dalam kepala otak aku ni, adalah memori tu atau aku masih terasa hati? Eh kau dah kenapa? 


Perasaan aku bila dah tengok result malam tu memang sebak sebab Ya Allah, aku rasa tak layak dapat semua ni sebab banyak dosa. Entahlaa aku pon tak tau why I am being or feel like that. Even sekarang tengah taip ni pon dok bergenang ayaq mata pasaipa tak tau. Allah dah banyak tolong (kabulkan doa) tapi apa yang aku dah buat? Aku mohon kat Allah bagi aku grad dengan 3.0 and above and Alhamdulillah i get it. Anugerah Dekan tu memang idok ler sebab aku tau aku macam mana. Sem lepas punya result memang jatuh sampai aku dah give up. Tambah pulak, masa praktikal and thesis ada krisis yang biarlah aku and yang rapat je tau. Alhamdulillah ini yang terbaik Allah bagi dekat aku. 

Dan. bila dah bergelar seorang fresh graduate secara rasminya confirm seboleh mungkin kita nak avoid dari dicop sebagai PENGANGGUR YANG BERJAYA, kan?  Alhamdulillah, one day before result keluar aku dapat call dari HQ Damansara. 1hb Mac ni aku naik manager di McDonald's Bukit Tinggi Drive Thru. Biarlah orang nak kata kat aku ke nak pandang rendah kat aku ke sebab bukan aku tak usaha apply kerja lain, tapi nampaknya ni jalan yang dipermudahkan, so, I just go with the flow.


yeah I AM worrying about my future. Aku dah bahagi tolak gaji aku, aku rasa tak cukup weh. So, kerja dulu bagi kukuh ekonomi, sambung study, baru fikir kahwin. Tapi, ni perancangan aku la kan, semuanya Allah yang Maha Mengetahui. 

Ketahuilah hakikat ekonomi dan keadaan di Malaysia sekarang. Jangan cakap fresh graduate tak usaha nak mintak kerja or cari kerja, taknak kerja bawahan, nak gaji tinggi je blablabla. Kalau kau hanya tahu cakap and bash fresh graduate, kau boleh jalan. Kalau nak dengar cakap-cakap orang ni sampai ke sudah tak terlayan. As long as, aku tak menyusahkan parents, bayar hutang PTPTN dan lepas diri sendiri tu dah syukur Alhamdulillah. Semua pon bermula dari bawah, kalau kau fresh grad dapat kerja terus 3-4k tu sila bersyukur dan jangan pandang rendah kat orang dan jangan lupa untuk tolong orang yang memerlukan.


Doakan agar Malaysia terus aman makmur. Doakan aku dipermudahkan urusan, diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan dan menjadi lebih solehah dan baik dari sebelum ini. Amiin. 

 
THE POWER OF SEDEQAH 


Okay ni nak share siket dengan korang la pasal sedeqah. Bukan nak berlagak tapi aku rasa nak share dengan my readers. Mana tau lepas korang baca ni, terus tergerak nak bersedeqah, moga-moga aku dapat pahala dari situ. Tengah gila kejar pahala yang berterusan sebab banyak dosa. Erkk. Bila dengar ceramah agama kat radio pasal orang tu sedeqah gayung kat setiap masjid yang dia singgah. Perghhh hebatnya dia. Kita pon boleh buat.


Punya laa aku macam tak percaya and keep asking why Allah give me this as I dont deserve it. Sampai dalam kereta on the way nak balik kerja malam esoknya tu aku dapat jawapan. Yes, the power of SEDEQAH and of course memang dah ketentuan Allah. Aku pun menangis lagi sebab nampak dan rasa kehebatan Allah, kekuasaan Allah. Allah.. Selama ni aku tak sedar pon bila orang kata the power of sedeqah. I just do it as my parents teach me to sedeqah, pergi masjid bagi, orang datang mintak sedeqah bagi sampai dah jadi habit la kan. 


But, since aku dah masuk U, and to be exact involve in business and start follow otai-otai bisnes, dari situ la tau and ada knowledge pasal the power of sedeqah. And, lately actually aku nampak benda tu. Masa kat Penang hari tu, tetiba ada duit masuk dalam akaun Maybank, jenuh la tanya sape yang masukkan duit (ayah ke kawan-kawan atau mak-mak sedara bayar hutang topup ke) tapi nan hado, so, aku assume as rezeki dari Allah. Ini bukan cerita nak show off tapi nak kasi tau sedeqahlah walau RM 1. Takkan miskin, malah Allah bagi lebih lagi. Tapi, jangan la mengharapkan balasan, just give it as part of our responsibility sebab aku berpegang pada 'itu semua bukan milik kita, ada hak orang lain dalam tu'. 

And the latest, hari Isnin tu aku belanja budak2-budak mcd nasi lemak. Ni benda biasa la bila kitorang kerja shift pagi, gilir-gilir kena belanja. Then, esoknya dapat call dari HQ. Pastu, kat store ada letak tabung derma untuk anak staf yang sakit, biasalah gaji baru masuk kan, so invest for saham akhirat tu banyak siket. Dan, aku dapat berita gembira result tamat degree tu. Bila aku fikir-fikir balik, bila kita tak berkira dengan Allah, Allah pon tak berkira nak bagi rezeki kat kita. 

Mohon jangan bash. Aku tak tau macam mana nak susun ayat tu untuk tak nampak show off, tak nampak ustazah sangat pasal aku type based on experience and apa yang aku rasa. Kalau ada salah, mohon yang lebih arif tegur saya. Terima kasih. 


Jumpa lagi di entry yang lain. Ececeh...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...