Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Wednesday, 6 April 2016

#1 TODAY IS MY OFF DAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hello...apa khabar semua? Its been so long aku tak update. Kbaii tipu , baru je update bulan lepas. Tapi, tu entry lama aku update siket dan publish. I miss my old time where I have time to spent on my blog story whatsoever. Well, time fly so fast and we have our own commitment which had make us have limited time eventho we all have 24 hours per day. Not more than that and not less than that. Its all about us, cause we are the one who have to manage and control our time not vice versa. Yeeehaaa kemain kata-kata semangat untuk diri sendiri... 

Okay, saja nak cerita serba sedikit pasal tajuk aku # TODAY IS MY OFF DAY konon-konon setiap kali aku off day aku akan update blog laa gitu. Selalunya, aku akan guna hashtag gini kat instagram aku. Itupon kalau aku ada keluar ke mana-mana ke ada buat something ke. Kalau setakat terbongkang kat rumah memey idok ler teman nak ngapdate nya. Ooo, lagi satu kalau off day tu aku pergi kedai ayah baru laa aku update ye pasal kat rumah takde wifi. Ingat nak pasang, tapi macam membazir je. 

So, I just want to let you know that I am a Trainee Manager at McDonalds Bukit Tinggi Drive Thru since 1st March 2016. Alhamdulillah, dah sebulan bekerja dah boleh 'masuk' dengan diorang, mula adapt dengan culture n customer sana, dah banyak merayap area Klang tu tapi kena ada tourist guide laa, kalau tak sesat la aku, dah ada macam-macam pengalaman yang aku tak sangka boleh jadi. Takpe, jadikan pengalaman dan pengajaran ye dok?


Kerja aku ni TAK TENTU MASA sebab kami bekerja ikut shift, ada schedule masing-masing. Manager kerja 9 jam sehari ye. Jadual tu pulak siap sebulan terus. Jadinya, kalau aku tak datang korang kahwin ke buat reunion ke apa-apa event tu mintak maaf ler banyak-banyak, iolls bukan kerja office hours yang weekend cuti. Weekend tu laa aku kerja jam 10 pagi atau 12 tengahari yang mana customer in non stop. Biasalah kan weekend, kita pon kalau boleh nak breakfast, lunch and dinner kat luar. Taknak masak kat rumah. Gituuu. 

So, please remark kalau nak jemput aku join apa2 event, inform awal. At least sebulan awal. Bukan aku nak kekwat sangat nokk tapi dah kerja aku gitu. Tolonglah faham ye. Ingat aku tak sentap ke bila kau kata aku kekwat? 'Ingat dia tu sape, penting sangat ke kita nak inform dia awal?' Eh hello, like I care, kalau aku tak datang pon bukannya kau tak boleh kahwin pon kan. Pastu, nanti nak kata kalau aku tak datang wedding kau, takde sape nak datang wedding aku nanti. Like I care?? Aku dah biasa weh, setiap tahun family aku buat open house and setiap kali tu aku jemput semua kawan-kawan aku kat semua social medias. Jauh ye laa cakap nak datang, kang hari kejadian berduyun-duyun whatsapp, mesej, PM cakap 'sorry tak boleh datang..aku ada hal blablabla' So, aku dah tersangat biasa dengan keadaan ni. So, aku memang tak letak harapan tinggi yang beribu orang akan datang kenduri aku. Jimat duit kan.. Dasar sentap aku ni.. 

Kalau macam aku ni, tetiba orang jemput in short notice, If I can make it, aku pergi je even jauh macam hari tu Zana punya kenduri dekat Rawang. Fattah punya kenduri pon aku pergi tapi awal la and tak jumpa pengantin sebab aku kejar nak pergi kerja. Lagi satu, aku malas nak janji tunggu ramai-ramai ni, aku tak suka menunggu. Thats it. Macam dalam bulan ni banyak jemputan kahwin including anak kawan mama and ayah punya wedding. Ada satu tu kat Melaka hujung bulan, Insha Allah boleh pergi sebab cuti melainkan ada aral melintang. 

Aku rasa macam dah lari dari tujuan asal je ni, amekaw sekali dapat membebel meluahkan perasaan memang berjela jadinya. Padahal nak explain pasal cuti je pon. 

Sebenarnya, aku nak kabo bila off day je baru berkesempatan nak bukak social medias. Serius, bila balik kerja pegang phone konon nak scroll tapi sudahnya phone tercampak ntah mana-mana kadang tu sampai terhempas kat lantai. Ye, aku memang ganas tak sayang barang lalalala. Thats why I need phone yang tahan lasak, yang terhempas banyak-banyak kali pon masih okay. Emel pon bila masuk notti, aku tengok je tapi tak baca. Takde masa seh. Waktu kerja pulak memang laa phone dalam poket je, tapi, takkan laa asyik nak main phone je. Apa pulak customer and crew cakap. 'Manager ni makan gaji buta je'.

Aku ni bukan nak berlagak acah-acah rajin bekerja, tapi bila fikir gaji tu yang kita makan jadi darah daging, bagi parents duit, bayar itu ini blablabla mesti la taknak dapat rezeki yang tak berkat. Macam sekarang ni aku macam takde function sangat macam aku tak perlu nak update sales, kira deposit semua tu sebab belum verified lagi, memang aku langsung tak duduk kat bilik manager tu. Aku memang berdiri je laa 9 jam tu, kot nak duduk masa pergi solat dan rehat je laa. Lagipon, bilik pon kecik je, kasik chance laa manager-manager yang senior buat kerja ye dok.. Semak je ramai-ramai dah laa semua badan besar-besar kan terutama aku ni. Pastu, kena marah 'syira, awak tu manager, takyah buat kerja crew biar je diorang' Aku ni ntah laa lembut hati sangat macam tak sampai hati tengok diorang, takpon aku dah cakap banyak kali buat bodoh jugak aku buatlaa. Lagi satu, sebab aku mula dari crew, kira aku tau apa rasanya bila karai takde sape tolong dan manager duduk dalam bilik je. Gituuu konsepnya. Tapi, kau tunggu laa bila aku dah verified hmmm...
padu tak?? 

  Aku memang suka save quote and kata-kata motivasi. Habis penuh kat folder PC ayah, laptop aku, hard disk, pendrive, handphone merata okay. Dulu, masa zaman sekolah aku tulis dalam buku keras okay, kalau jumpa kat dalam majalah atau surat khabar ke, potong tampal dalam buku keras tu. Segala jadah tips kecantikan ke nak kurus ke make-up ke (dasar pompuan kan), resipi la, artis la. Aku kan bercita-cita nak jadi pegawai psikologi ke kaunselor gitu dulu. Tapi, tersasar... Konon-konon nak bagi motivasi kat orang, tapi aku sendiri pon tak cukup motivasi. Tapi, memang sukalaa dengan quote semua ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...