Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Friday, 26 August 2016

Kisah Sepanjang SMX Class #09 2016 PART 1

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Punya lama aku tak update blog sampai entry Hari Raya pon nan hado, tetiba tuppp cerita pasal SMX Class. Ko dah kenapa? Hehehe. Actually ini pon tak tau la aku publish ke idok. taip ni dah tengahari. Tadi pagi pergi Brands Outlet kat IOI Mall, Puchong tengah sales RM 5 - RM 20. Sementara aku off day ni, moh ler pergi menjongket ye dak.Dan, aku rasa benda ni bersejarah dalam hidup aku. So, mesti kena update jugak. hahaha.

Okay, aku percaya maybe most of you tak tau amenda la yang syira dok merapu pasal SMX Class ni kan? Unless kau memang kerja dengan McDonalds ataupon family korang kerja McD, korang tau la amenda yang aku dok post kat FB dan instagram tu. For those yang tak tahu tu, meh ler teman cerita.

Apa Itu SMX Class?

SMX Class ni ialah Shift Management Excellent Course yang WAJIB DIHADIRI oleh semua manager (Shift Manager dan Trainee Manager) selama 4 hari di RSC atau HQ kat Uptown Damansara nun. Tahun depan takde dah SMX ni. Makna kata selagi kau tak pergi SMX ni kau belum confirm position tu dan kalau macam aku TM ni tak dapat bonus. Kau kerja macam mana pon, selagi tak confirm selagi tu laa tak dapat bonus. Huhu sedih weh. Dan yang paling penting, selagi belum pergi kelas kau tak boleh pegang safe (deposit dan tak boleh kasi drawer kat crew). Sebelum menghadiri kelas SMX ni kita kena lengkapkan sebuah file MDP 1 dan kena verified by RGM. Terus aku jadi cikgu ke hulu ke hilir bawak file dalam kereta. Tapi, buatnya nan hado. Last minute baru gelabah siapkan, kejor RGM sana sini nak cop. Sudahnya pakai cop store dan PM aku yang sign. Padan muka mung. 

Tempoh probation atau persediaan untuk ke SMX class ni between 2 to 6 months. Its depend la, patutnya aku pergi kelas masa bulan puasa tu tapi ada laa masalah teknikal dan actually bulan puasa tu la aku baru pergi BCTC Class. Kalau tak pergi BCTC tak boleh pergi SMX. Nampakk kemain banyak kelas aku dah pergi? Bulan depan RGM aku dah daftar nama aku pergi kelas lain pulak. Like seriously, I love to work at McD sebab kita boleh dapat banyak training. Sijil-sijil ni mahal dan berguna la if you want to jump to other F&B Restaurants atau lain-lain bidang yang related la. Apa lagi kau nak? Dah la pergi training free of charge, gaji jalan blablabla. 

In short, SMX Class ni pasal macam mana kita nak jadi seorang syif manager. Belajar pasal Cash Handling Policy, Safety, Security, Communication with Crew, Systems in McD dan banyak lagi la. Kira ni semua teori. Yang betul-betul, macam mana kita nak on floor kat store. Tu yang aku cuak weh. Faham la kot naa.

DAY 1

Pukul 5 pagi aku dah bangun, malam tu aku tak boleh tidur weh sampai 2 lebih sebab cuak gila dok mikir pagi ni ada Entrance Exam. Kalau TAK LULUS entrance exam ni kena balik dan daftar nama next SMX Class. Aku takut gila namateyy. Baca notes segala pon tak tenang hati sebab macam rasa dah cukup penuh ilmu, padam lampu rasa tak puas. Eh memacam la dok kalih ke kiri kanan sampai tertidur. Bangun kena awal la pasal nak iron uniform dan nak keluar awal. Walaupon naik motor but still jauh kot perjalanan dari T.P.G nak ke Damansara dengan jalan jem gila waktu pagi. Pastu, kau tau laa perangai aku ni memey senang sangat terlelap nak-nak kalau naik motor rasa terbuai-buai ditiup angin. Mampus kena marah dengan ayah. Sedangkan kalau aku drive malam-malam pon boleh terlelap, tu yang selalu tidur tepi jalan atau kat Petronas tu. 
first day SMX Class. Terpaksa hokayy makan kat kedai mamak.


bangga la, aku yang tulis nama kumpulan. Selalu aku mengelak sebab tulisan aku buruk. Tapi, nak kejor masa lantak sana.
Dan masalah aku bila pergi HQ ni aku tak tau nak makan kat mana. Yelah, family aku semua tak makan kedai mamak, mana nak cari kedai melayu kat situ. Kalau ada KFC atau McD pon takpe, ini entah la tak reti aku nak makan kat restoran ghope itu. Ater, akak ni orang kampung. Hahaha. Sudah tawaf banyak kali, TERPAKSA la aku dengan ayah makan kat kedai mamak. Kira aku boleh masuk siket la kedai mamak sejak dengan dia ni. Tapi, takat roti canai je la pon. 

Sampai awal jugak la sebelum 8 ke 8 lebih siket macam tu, terus naik lif pergi tingkat 13A. Apakkk sherammm naik lif sorang-sorang, dalam kepala dok mikir kalau lif ni tetiba rosak mati la aku, dah la 14 tingkat ni. yayayaya seorang syira sangat la overthinking ye. Sampai tu jumpa orang Temerloh dengan sape ntah, semua masing-masing pegang notes dan PQRG. Semua pon cuak weh. Nak menyembang pon rasa macam takde masa, sebab study lagi penting meh. 

ni laa teammate aku. Semua sporting dan mudah mesra. Paling jauh dari TC, Kuantan dan Setia Tropika, JB.
Dalam pukul 8:45 pagi macam tu kitorang mula entrance exam. Oh lupa nak kabo, aku punya group depan sekali dan tempat duduk aku memey helokk sangat ngam-ngam depan facilitator. Kau ghasee?? Nak meniru pon memey tak dapek la. Cuak gila sebab soalan tu memang berbelit. Standard aku jawab tak sampai setengah jam dah siap, tapi takkan aku nak keluar awal. Mana tau hujung-hujung fasi nak bagi jawapan bocor, rugi la aku. Kahkahkah merepek je. Ye, soalan semua objektif dan hanya 40 soalan sahaja tapi dia punya pusing tu sampai kau was-was. Kejap kau dah yakin jawapan A, pastu baca lagi soalan eh B la. Tak mampuih kau. Pastu, kan kitorang yang area Klang Valley ni dah pergi jawab macam pre test la one week before kat McD Petron, Sek 7 Shah Alam. TAPIII sangat pandai okay soalan yang kitorang jawab ni dia tukar soalan. Contoh, yang OKA dulu soalannya step no.2, sekali yang ni dia tanya step no.3. Ater, kalau tak baca soalan betul-betul main hafal je matilanakkk terus salah jawapan kau. Ni pon perlukan knowledge jugak laa. Kena la baca MDP dan PQRG dan juga E-Learning tu. 

Dah siap, abang Shahir suruh duduk kat luar. Dup dap dup dap oiii. Aku macam rasa je aku kena balik, aku fikir gini la. Kalau aku kena balik, kesian ayah nak patah balik dari Puchong nak amek aku, padahal ayah baru je sampai kedai. Sebelum exam tu memang aku hantar whatsapp kat semua group suruh doakan aku. Ye, aku memang tak malu mintak orang doakan selain dari parents aku sebab the power of doa tu memang powerrrr dan aku ni serius tak pandai, malas belajar haa apa lagi semualaa. Bukanlaa tak pandai, sederhana je la orang kabo. Balik kerja terbongkang tidur, mana ada masa nak study. Cuti pulak baik pergi jalan-jalan ye dak? So, memey last minute tu la aku baru study.


ni yang hari tu pergi jawab OKA kat Petron Sek 7.
Alhamdulillah, LULUS dan aku tak tau pon berapa aku dapat. Tapi, ada budak-budak ni cakap the highest dapat 90 markah. Pastu, geng yang jawab soalan kat Sek 7 tu semua cakap aku yang dapat the highest sebab masa kat sana dulu aku dapat full marks. Tapi, aku kabo la bukan aku sebab ramai lagi orang pandai dan soalan susah weh. Mana aku tau ramai orang pandai? Sebab majority kat situ Trainee Manager yang bermaksud deme semua ada Diploma atau Degree. Paham ke idok? Kan orang kabo 'alaa syira kau budak Universiti kot, mesti kau boleh tapau habis punya kelas tu' Wakluu susah okay, aku ni dah laa ilmu kurang dah tu sederhana pulak. Aku macam lantak kau laa sape yang dapat the highest pon bukan dapat apa pon asalkan aku lulus dan boleh proceed kelas. Ada yang kena balik okay, serius cuak. So, tinggal la 20 orang dalam kelas ni. Majority orang pahang weh walaupon diorang kerja store Lembah Klang. Aku dah lama tak dengar dan cakap dialek pahang ni. Last masa asasi tahun 2012. jenuh nak beraok keh deme. 

Kelas habis lewat siket la dalam 6 lebih macam tu. Balik tu ayah amek naik motor, jalan jem weh. Pastu, aku dah memey tak cukup tidur, lalu aku pon tidur tersengguk-sengguk atas motor. kena maroh lagi dengan ayah. Dah tu sedak tidur atas motor rasa macam nak terbang dah. Overall, first day kelas best cuma aku kan mengantuk so memey aku malas nak cakap atau aktif sangat. Sape nak present pergi la, kang kalau aku dah dapat mic tu habis semua orang tak boleh bercakap nanti. But still i am not a sleeping partner eh, aku contribute idea jugak and kalau tak paham angkat tangan tanya soalan. Yelaa, kalau aku pasif benor kang ada terus lentok kepala atas meja tu. Dah laaa sejuk. Satu lagi kelemahan aku, bila kena aircond yang tahap dewa punya sejuk confirm lentok. 

weh apehal macam panjang benor cerita DAY 1 ni.. ayooo, gamaknya kena buat 2 entry ni. Inilaa penangan dah lama benor tak buat karangan kat blog ye. Sekali henjut hamekkk kau.

DAY 2

Hari kedua aku bangun lewat siket, pukul 6 baru bangun, gerak dari rumah sebelum 7 pagi and again aku tidur atas motor, Yayaya hebat sangat aku ni kan sebab dah lama benor hidup gamaknya. Dah banyak kali nak terlentang ke belakang, gamoknye mikir tengah tido atas katil weh. 

Hari kedua laa aku baru berani buat air kat pantri dia. Serius la aku macam malu, eh aku memang pemalu. Sila percaya ye. Hari pertama aku kurang bergaul but still make new friends and senyum kat orang bila berselisih. And dah memang aku mewarisi perangai ayah dan mama yang mudah mesra dengan orang, mulut tak reti diam. Kalau berselisih tu mesti ada je benda yang aku tanya to break the ice. But still its depend on my mood la, kalau macam hari Isnin tu memang aku banyak menyendiri sebab mengantuk tu lagi banyak control aku. 

Overall, hari kedua berjalan lancar. Oh ye, dan aku dah pandai makan kat foodcourt. Kalau dulu masa datang HQ buat orientasi bulan 3 dulu, aku makan roti je weh. Dah la lapo gila, tapi tak tau nak makan kat mana dan aku pulak kawan dengan budak tu. Dia kata nak makan roti je. Huhu sadis benor kau ni syira. Balik pon aku tidur ye atas motor, Againnnnn kena marah dengan ayah lagi. Sampai kedai memang ngam2 pukul 7 malam. Solat asar kat kedai ayah, pastu terus balik rumah. Sampai rumah dalam 8 lebih, solat maghrib dan terus tidur terbongkang. Pukul 5 bangun solat Isyak, gosok baju, basuh pinggan makan malam semalam, solat Suboh dan gerak. Itulah rutin aku sepanjang 4 hari. Pastu, lupa nak kabo Training Consultant aku ada dua orang satu Abang Shahir dan satu lagi abang Fauzi. Abang Fauzi ni aku kenal sejak aku kerja kat McD Puchong Permai lagi tahun 2011 camtu sebab dia selalu datang store dan crew outing pon ada dia. Dia tak kenal pon aku, aku je kenal dia sebab masa tu dia Store Manager kot. Pastu, abang Shahir ni aku baru teringat if I'm not mistaken dia la MC masa kitorang punya dinner kat Karaoke SCM hari tu. 


to be continue.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...