Total Pageviews

Kalau sudi, followlah ye. TQ

Monday, 13 February 2017

Babai 2016...Hellooo 2017



Assalamualaikum dan halllooooooo.... (kena panjang sebab so long tak update. Last Ogos lepas. )

Sebenarnya sebelum masuk tahun baru tu nak update tapi dok tangguh terus la tak berupdate kan. Biasalaa bila hari cuti tu memey aku cover tidur yang tak cukup tu. Lagi sanggup tidur dari buat benda lain. Gituuu.

Alhamdulillah, masih lagi bernafas dan melalui hari-hari yang kekadang indah, kekadang sedih. Dah nama pon realiti kehidupan ye dok... Actually, aku rasa awkward nak type ni sebab rasa idea nak mengarang tersekat. Padahal kalau kat ig and facebook tu kemain berjela panjangnya kau menaip ye.  

I want to update or recap what had happened in 2016 in my life :-

Jan 2016 - Tamatlah diriku bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda di UiTM Pulau Pinang. Alhamdulillah settle viva and siap thesis. Rasa macam tak percaya tapi Ya Allah aku bersyukur sangat dapat habiskan degree.
my thesis, my baby. Ni yang baru dok usung sana-sini bawak pergi interview.
Image may contain: 12 people, people smiling
Gambar dinner dengan budak kelas
sempat lagi masa viva tu pergi short vacay ke Cameron Highlands and acah-acah raikan Bride to be Kak Syida masa tu. Laa ni dah bersalin dah kak syida haa.
Feb 2016 - Atok Kg Kenangan meninggal. Aku sedih gila, walaupon bukan atok kandung, tapi sejak lahir aku dah kenal atok sebab opah jaga aku(babysitter). Dah macam family tau. Masa ni aku masih kerja sebagai kru part time di McDonalds Puchong Gateway start dari cuti sem sambung part time weekend masa tengah praktikal. Gigihnya seorang Syira cari duit kan. Tapi, lagi gigih perabih duit beli barang online. Hahaha.  

Mac 2016 - Alhamdulillah, 1hb Mac 2016 aku start kerja sebagai Trainee Manager di McDonalds Bukit Tinggi Drive Thru. Aku guna degree ye bukan dari bawah step by step tapi disebabkan aku kru McD la aku dapat kerja ni sebab ada pengalaman kan. Masa interview tu aku dah set taknak guna 'cable' yang ada, biar aku try sendiri dan aku isi pon online ye tak guna OC and RGM pon. Tapi, aku mintak nasihat diorang and diorang pon selalu update aku. Terima kasih sangat-sangat OC Ahmad dan RGM Abang Aiman dan Kak Aida. Lepas interview pergi OJE kat Kota Kemuning pulak 2 hari dan ada la procedure kena buat. Thank you Abang Hafiz, sekarang dah jadi RGM Section 3. Insha Allah, Syira ingat jasa-jasa kalian. Moga Allah merahmati kalian.


April 2016 - First time jadi organizer handle Annual Dinner untuk store Bukit Tinggi DT dan Giant Jalan Kebun and first time jejak kaki kat Setia City Mall tu. Yelaa memey la kita orang Selangor tapi kita merantau menimba ilmu..gitu...Masa ni dia dah start masuk jarum tapi kena reject. Kahkahkah, sombong sangat kau Syira kan, tengok sekarang sape yang masuk jerat. Lalalala

May 2016 - Short vacation trip to Mersing. Bukan senang nak kumpul 5 orang sekali. Sorang kat UTHM, sorang kat UniSZA, aku kerja tak tentu syif. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak. Konon advance annievarsary celebration untuk mama and ayah. Then, pergi ke Melaka Wonderland Theme Park. Crew Outing dengan budak-budak store, best sangat.
 

Jun 2016 -  Sambut puasa dan celebrate beday dengan yang tersayang..Mula-mula memey ler sweet sawwitt. Hopefully sampai ke akhir hayat la ye. 

Dapat bear besar gabak. Iols agen Beauty Nayra tau. Wassap 019-2148697 #jomcubatrytest #sp5booster #promotedimanamana #5stemcell #beautynayra
July 2016 - Kali ni best sebab dapat raya dengan family. Ingatkan 1st year kerja tak dapat cuti raya. Naik ETS balik Ipoh sebab sepupu2 aku beratur amek tiket free by Tropicana Twister tu.  Thank you kazens.. Tapi, tahun ni memey kompom tak dapat cuti raya ye. Beraya la dengan budak-budak store ye. Best jugak. cehh ayat nak sedapkan hati. haha.


Ogos 2016 - Done SMX Class kat HQ Damansara. Alhamudulillah dapat Dean List, Archie Award and Best Team Challenge. Aku tak bijak weh sebab tu tak pernah dapat Dekan sepanjang kat Universiti. Tapi, aku all out study macam hape ntah untuk BCTC and SMX class sebab nak jaga nama baik budak degree dan nama store. Store manager aku cakap 'Kau budak degree takkan la failed, aku tau kau bawak balik award'. Perghh dia punya pressure tu. So, hopefully bila master nanti aku nak all out pecahkan rekod untuk dapatkan DL. Rindu la dengan budak-budak kelas ni sebab kita jumpa manager dari store lain-lain Seluruh Malaysia. Dan still keep in touch dalam group wassap. Aku kawen datang tau, boleh jumpa lagi. 
 
Sept 2016 -  Err tak boleh nak recall any event happened. Tengok kat insta pon nan hado. Ingat lelaki je ke ada short term memory, aku kalau tak tulis kat mana-mana memey lupa la.

Oct 2016 - Balik Ganu, Kak Long Munirah kawen. Masa ni dah hint-hint la nak tunang lalala.

Nov 2016 - Officially became an Alumni of UiTM Penang. Kitalaa first time merasa konvo, sebelum ni asasi kan. Transkrip asasi pon aku amek masa dah habis degree. Jenuhlaa panjat tangga UiTM Shah Alam ni untuk proses amek transkrip asasi dan degree. Happy convo to all my friends, moga jumpa lagi di masa akan datang. Bulan ni jugak pergi HQ belajar pasal Mc Cafe sebab store kitorang renovate and upgrade ada Mc Cafe and Dual Point System (DPS). 
 

Dec 2016 - Happy month sebab aku tunang bulan ni. Hahaha. December ni beday mama, maksu dan encik tunang. Tunang on his birthday - 18th Dec, gigih ke idok aku kasi hadiah beday dia ialah jadi tunangan aku.  Kahkahkah. Pastu, nak cakap aku sweet la apalaa, memey idok la weh. Kebetulan tarikh tu jatuh on weekend. kalau tak kita balun je hari apa pon asalkan tunang ye dak.. Tapi, baru je 2 minggu tunang dia balik Sabah 2 minggu. Pergh, tak sangka aku boleh rindu dia, nangis dan gaduh hari-hari bila OTP. Macam whatthe la Syira, kemon baru tunang. Masa hantar dia kat airport tu la paling sakainya jenuh aku tahan dari nangis nak tunjuk aku kuat kan. Sampai lari masuk tandas la taknak bagi dia nampak aku nangis sebab dia dah cakap 'Jangan nangis masa kat airport'. Aku pulak dengan berlagaknya cakap 'Eleh, takde maknanya orang nak nangis. Nak sangat balik Sabah tu, pergila balik. I can life without you' Pergh statement tak boleh nak berlagak lagi kan Syira. Padahal dalam hati tu dah sebak.  

Doakan yang terbaik untuk kami. Amiin.
 

KONKLUSI

Akhir kata, doakan SYIRA MUBI terus sukses dan happy dalam hidup ni dan doakan SYIRA dan ISA cepat-cepat diijabkabulkan. Tak sabar nak kawen sebab aku rasa dah tak larat nak gaduh baik gaduh baik balik. KAhkahkah macam hareyy kan perangai. Pastu, gaduh bukak cincin, dah baik pasang balik. Matilanakk kau dapat tunang kaki drama gini. Oh BTW, aku dah dapat tawaran sambung master kat UiTM Shah Alam. 18 Feb ni daftar. Mac start kelas. Plannya kawen lepas habis master. Setahun setengah camtu. Tapi, lagi cepat lagi bagus kan... Jadi, marilah pulun kumpul duit kawen ye. Support bisnes akak SP5 BOOSTER, SEQY BEAUTY dan TOPUP.   


ps: gambar semua amek dari IG n FB sebab aku malas nak transfer gambar dari phone and laptop.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...